Bebal lagik Lembab…
September 17, 2009
…
40,000 Dos Vaksin H1N1 Tiba Akhir Bulan Depan, Kata Liow
BENTONG, 17 Sept (Bernama) — Sebanyak 40,000 daripada 400,000 dos vaksin Influenza A(H1N1) yang ditempah Kementerian Kesihatan dijangka tiba di negara ini akhir bulan depan, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata vaksin tersebut akan diedarkan secara sama rata, namun disebabkan dos yang terhad kementerian akan mendahulukan golongan barisan hadapan seperti doktor dan jururawat selain golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung serta kanak-kanak.
Baki 360,000 dos vaksin pula akan tiba awal Januari tahun depan, katanya – Bernama
…
Kelmarin aku terbaca laporan Kementerian Kesihatan yang agak sedikit berbangga kerana tiadanya kematian akibat pandemik Influenza AH1N1 di Malaysia. Katanya, dari Jumaat hingga kelmarin tiada sebarang kematian dilaporkan. Wahhh bangga bebeno yop. Cam menang tikam nombor jek. Tup tup semalam dah 2 orang kojol. Kah kah kah, baru nak bangga dah kantoi. Tu pasal ALlah larang dan x suka sikap bangga tuh. Kenapa x bersyukur jek bila xda kematian. Xyah nak bangga². Bukannya dapat hadiah pun.
Lagipun jgn duk eksyen sangat. Vaksin wabak ni baru nak sampai. Bila nak sampai? Ujung bulan depan. Tu pun kalau flite x delay. Kalau delay ataupun harga vaksin tu naik, mungkin tangguh lagik. Alaaa baru 76 orang kojol. X banyak mana pn. Rakyat Malaysia yang sihat ada lagi 27 juta beb. 1% pun x sampai. Jangan gabra. Jangan la jadik ahli menteri di Taiwan tu. Baru terlambat nak tangani kirsis taufan, dah letak jawatan. Kita dah dapat tahap negara maju. Nak berbanding ngan Taiwan yang xda apa benda tu, apa sangatla kan???
i