Punah rakyat camni weh…

September 17, 2009

Ibu pejabat F1 Malaysia di Sepang

PASUKAN Formula Satu (F1) 1Malaysia bakal mempunyai sebuah ibu pejabat di kawasan seluas antara 8,000 dan 12,000 hektar di kawasan berhampiran dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata, ibu pejabat pasukan F1 1Malaysia di litar itu akan menempatkan pelbagai kemudahan.

Ia termasuklah kemudahan paling penting untuk sesebuah pasukan F1 iaitu terowong angin untuk menguji aerodinamik kereta F1 buatan Malaysia yang akan digunakan oleh pasukan itu – KOSMO

Memang punah rakyat Malaysia pasni. Dengan ekonomi yang x menentu, dengan inflasi yang semakin membarah, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita Malaysia bakal memiliki pasukan F1 nya sendiri. Cuba bayangkan berapa nilai operasi sebuah pasukan F1 itu nanti. Yang aku pasti, pasukan cikai cam Minardi dulupun terpaksa belanja puluhan juta setahun.

Ketika mana pasukan BMW Sauber yang mana Petronas, sebuah syarikat petroleum nasional adalah salah satu dari penajanya pun dah ngaku kalah dan menarik diri dari kejohanan tersebut tahun hadapan, tiba-tiba Malaysia pula nak masuk bertanding. Cuma aku nak bgtau hangpa, BMW ni bukannya syarikat bilis cam Proton yang mempunyai LOTUS tu. BMW nih dah establish. Bukan wak jual sate yang mampu pakai BMW nih. Tokoh-tokoh korporat jek yang slalunya mampu nak gunakan kenderaan berjenama mewah ni. So kalaula BMW pun dh ngaku kalah dan x mahu terus menanngung kerugian, amat pelik kita lak bersedia untuk melabur kearah itu.

Lagi satu hangpa ingat nak jadi team yg establish cam Scuderia Ferrari atau McLaren Mercedes tu makan masa setahun dua ke? Jangan berangan laaaa. Silap-silap habis duit royalti minyak yang patutnya diberi kepada Kelantan akan digunakan bagi menjayakan misi bahalol ini. Inikah yang dikatakan Rakyat didaHULUkan, pencapaian diuTAMAKan??? Yang pasti, Najib amat teruja dengan projek terbaru ini demi memastikan namanya tersenarai di dalam golongan pemimpin yang berjaya membuat pembaharuan walaupun ianya bakal memberi kesengsaraan kepada ekonomi rakyat.

Ayuh kita kuburkan Be End di Bagan Pinang. Selagi Be End tidak diajar, selagi itulah mereka akan terus melakukan perkara bodoh yang sama sekali tidak menguntungkan rakyatnya.

i

p/s-siap ada terowong angin sendiri tuhhhh. ntahla, yg aku tau ade 2-3 team jek yg ada terowong angin sendiri termasuk BMW Sauber tuh. Mungkin Malaysia leh beli terowong angin 2nd hand BWM Sauber tuh. Kan ke Malaysia nih minat barang² 2nd hand 😀

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: