Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan BN

KUALA KRAU: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Sambil memberi contoh pembinaan jambatan Kuala Krau merentangi Sungai Pahang yang berharga RM64 juta, baginda bertitah usaha itu adalah agenda pembangunan mampan bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tinggal di kedua-kedua belah sungai berkenaanBerita Harian

i

Ni la kalau pemikiran pengundi saluran 1. Hanya sekadar mendapat jambatan baru jek dah leh suh undi parti tuh seumur hidup? Cikai sungguh pemikiran jenis nih. Aku rasa hina sangat la UMno Be End kalau disamakan pemerintah yang hanya reti membuat jambatan jek. Kalau orang kampung skolah rendah x abis di Manek Urai tu pun leh beza pembinaan jambatan tu tanggungajawab yang wajib dilaksanakan oleh pihak pemerintah, x kisahla samada yang memerintah itu dari parti mana sekalipun, xkanlah Sultan yang tahap super power nih x reti¬≤? Ke Sultan Pahang ni mempunyai tahap pendidikan lebih rendah dari pengundi Manek Urai???¬† Pendapat aku, pihak istana janganla nak jadi parti komponen terbaru Be End. Hilang hormat rakyat nanti. WALlahua’lam…

i