Tazkirah Jumaat…

October 30, 2009

Suatu saat Rasulullah saw. pernah bertanya kepada para sahabatnya:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَكْرَمِ أَخْلاَقِ الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ؟ تَعْفُو عَمَّنْ ظَلَمَكَ وَتُعْطِى مَنْ حَرَمَكَ وَتَصِلُ مَنْ قَطَعَكَ

Nabi saw bersabda : “Mahukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu.” (HR. Baihaqi)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

“Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).

“Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan tsaum (puasa)?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan orang yang sedang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyatukan berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan.” (H.R. Bukhari-Muslim).


Memohon maaf dan memberi maaf manakah yang lebih mudah? Memohon maaf suatu yang begitu sukar untuk dilakukan, kita merasakan mungkin telah jatuh darjat kita jika kita memohon maaf, mungkin perasan ego kita begitu besar sehingga kita katakan tiada maaf buat diri mu lagi,  namun adakah kita akan merasakan kebaikannya sekiranya kita memaafkan orang lain dan pada ketika itu Allah swt memaafkan diri kita pula.

Memberikan kemaafan adalah apabila sesuatu itu telah berlaku, kesalahan itu telah dilakukan oleh seseorang dan kita sebagai manusia yang menerima kesan akibat kesilapan itu memberikan maaf, persoalan adakah kesilapan yang dilakukan oleh seseorang itu telah melanggar syarak atau melanggar hukum Allah swt?  Sekiranya telah melanggar hukum Allah kita memang sepatutnya memarahi mereka namun Allah swt maha pengampun dan Dia mengampunkan hamba-hamba yang dikehendakinya.  Siapakah kita yang begitu sombong tidak memberikan kemaafan terhadap kesilapan yang dilakukan oleh seseorang yang melakukan kesilapan.

Memperkatakan untuk memberikan kemaafan begitu mudah tetapi untuk melaksanakan didalam kehidupan adalah sukar kerana hubungan yang jelas dengan Allah swt sudah rapuh dan tidak kuat, kita mungkin merasakan yang kita sahaja yang berkuasa dan tidak merasakan akan kekuasaan Allah swt.  Mengapa seseorang itu marah, mungkin sebab tidak dihormati atau tidak disanjungi atau tidak di puji atau tidak diberikan penghormatan, maka ketika itu kita akan merasakan terkilan dan perasaan marah mula menyala dan akhirnya membesar dan apabila ada kesempatan maka marah akan dilahirkan seperti api yang menyala apabila disiram minyak.

Namun sekiranya apabila mahu marah seseorang itu merasakan bahawa apa yang orang lain lakukan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh dirinya terhadap Allah swt.  Dia memohon kepada Allah swt agar di maafkan dirinya apabila dia memaafkan orang lain yang melakukan kesilapan kepada dirinya.  Dia hanya mengharap kepada Allah swt agar segala kesilapan yang telah dilakukan akan dapat diperbaiki dan menegur dengan penuh kasih sayang kerana inginkan yang terbaik didalam kehidupan mereka.

Kita adalah didalam satu perjalanan untuk mencari surga Allah swt dan orang yang terbaik disisi Allah swt adalah orang yang benar-benar bertaqwa bukan yang banyak menulis dan meletak gambar di BLOG atau banyak berkata atau yang hanya membaca dan copy gambo blog orang atau yang tidak membaca kerana Allah swt tahu apa yang ada dihati-hati kita.  Allah swt tidak pernah silap menilai dan menghukum hamba-hambanya, Dia yang menentukan segala-galanya dan kita perlu melakukan yang terbaik kerana kita percaya Allah swt maha melihat dan maha mengetahui apa yang kita lakukan.  Allah hu ‘alam.

*sumber asal di sini

i

Bertambah kalut…

October 28, 2009

  1. Tok Guru dah bagi arahan agar “Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru ! “. Tapi apa dah jadi kat rumah PJ Selangor kelmarin??? Siapa yang ingkar pada arahan Tok Guru Presiden ini? Aku mengharapkan orangnya ialah Husam Musa, orang yang dikatakan selalu membawa masalah kepada Tok Guru Presiden, namun malangnya bukan dia.
  2. Apa keperluan menceritakan kerahsiaan parti kepada orang luar terutama kepada pihak musuh (dibaca blogger GOMO) sedangkan telah dipersetujui bahawa akan diadakan Mesyuarat Khas parti malam ini. Apakah kedua-dua individu ini mempercayai bahawa diri mereka tidak akan mendapat keadilan yang sepatutnya nanti??? Dimana adab menjaga kerahsiaan parti? Adakah tindakan itu dibenarkan dlm jemaah?
  3. Apa keperluan memanggil blogger bagi menjelaskan permasalahan dalam jemaah? Tidakkah beliau tahu bahawa blogger ini mempunyai cara penulisan yang pelbagai dan tidak terlepas dari berpihak? Adakah nanti terdapatnya kemungkinan bahawa isi yang cuba diceritakan nanti tersasar dari yang apa yang diminta walaupun setelah dirakam??? Lihat sekarang, ada blogger yang berjanji utk tidak menerbitkan isi kandungan perbincangan, tetapi telah mulai mungkir?
  4. Adakah dengan memberi penjelasan kepada para blogger ini memberi kesan yang baik atau lebih memburukkan lagik keadaaan? Kenapa ketika salah seorang calon Timb Presiden ketika sebelum muktamar dahulu telah membuat sidang media untuk menyatakan hasrat untuk bertanding dikatakan gila glamour, tetapi bila kalian berjumpa blogger tidak dicop sedemikian?
  5. Kenapa kalut sangat??? Mana sifat sabar kalian???

Kasi jaga…

October 26, 2009

Pepagi ari sudah ader worrang kasi bakar sama saya punya hati dalam. Tara patut dia kata saya punya itu team ada sama dengan budak skolah punya team. Dia kata lagik saya punya team itu merah setan itu kalu lagik baik main sama Liga M punya. Cheitttt porrah… Lu worang tunggu, itu setan merah mau mengamuk blakang kira, itu biru Be End punya team kasi hantam minggu depan. *&#@%%^&*##$#

i

Tok Guru MU

i

Jenuh rupanya tidoq aku x lena duk membaca posting kenkawan maya nih pasai isu EGM PAS ni. Macam² punya teori pun sudah kuar. Baru aku tau, universiti terbuka ni lebih menjadikan rakyat negara kita cemerlang dalam memberi tafsiran politik, berbanding dengan pencacai UMno yang dilahirkan oleh NC UUM dan NC UiTM tu. Hik hik…jgn panas beb. Malam makin sejuk ni. Ujan lebat td. Hajat hati nak g jamuan raya Pakatan Rakyat pun terencat. Berbelah bagi antara kepentingan parti ataupun nafsu bolasepak yang meruntun². Lastly aku tewas kepada bolasepak. Dan team kesayangan aku jugak tewas. Cilakak. Huk huk huk…

Back 2 da topic, betuika Tok Guru Mursyidul ‘Am PAS ni teringin sangat nak bermesyuarat agung luar biasa???

Agak² hangpa camne?

Bagi aku, Tok Guru Nik Aziz nih saja ja nak test camna pe’el ‘teloq’ si Najib nih. Duk kat luar senantiasa ka, ataupun jenis kekura. Ada masa tersembul kuaq ada masa nyorok.

Kalau benaqla ‘teloq’ yang Najib jumpa time Perhimpunan Agung UMno aritu senantiasa duk kat luaq, tergantung melayut jek, apa kata dia Bubarkan DUN Perak. Timing ngah cantik skang. Be End menang besaq kat Bagan Pinang aritu. PAS lak ngah kecoh dikatakan bergaduh sesama pimpinanya. X ke bonus besar buat Najib dan kerajaan barua Perak tuh. Time Najib xder bonus nak kasi kat rakyat, PAS leh bagi bonus kat dia? Bukanka cantik?

So apa lagik wahai Najib laki Rosmah oi…Ko dah ada 2 isu yang kuat skang nih. Tok Guru dah kasi buah tanggung tuh. Xkan x berani lagik. Xkanla tiap kali hang nak buat keputusan hang kena gagau ‘teloq’ hang tu Najib oiiii. Kalau camtu, aku cadang hang gajikan jek si Saiful tu jadik tukang gagau ‘teloq’ hang tu. Musti dia nak nye. Wakakaka….

Apapun aku tunggu 28hb nih. Jadi ke x anak kelin Pangkoq tuh bubarkan DUN. Kalau xdak jugak, sah la ‘teloq’ Najib nih spesis kekura. Maap la Najib. Sapa suh hang g cita satu dunia pasai hang dh jumpa ‘teloq’ hang aritu. Kan dah jadik bahan.

i

Kampung Dusun Boy…

October 24, 2009

Samseng diupah kawal sidang DUN Perak?

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat “rayuan peribadi” kepada Sultan Perak supaya membatalkan sidang bajet Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana beliau bimbang berlaku kekecohan jika ia diteruskan.

Nizar mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang “samseng” untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang “berlaku sebarang kekecohan dari pihak kami”Malaysiakini

i

Maslin Sham Razman (KP Perak) copy

Maslin Sham

Bagi aku, menda nih x leh la nak diherankan sangat. Samseng ngan UMno memang bagai isi dan kuku. Dat y syarat nak dapat keje kerajaan negeri Perak skang ni bukannya hanya buat lulusan IPTA ataupun IPTS tetapi syarat lebih utama buat masa ini ialah kebolehan sipeminta kerja itu memukul orang. Cuba hangpa pikir bila samseng dh x sior kat UMno, mudah kata suma jadik baik cam Saidina ‘Umar Al-Khattab dahulu.

Kalau jadi lagu tu, kompom aku rasa UMno akan berketuakan pondan siam. Haha. Kalau x caya, baca kisah pondan siam si Maslin Sham, ketua pemudi UMno Perak tu di sini. Pelik bebeno. Dulu berani sangat ceroboh premis DAP masa nak antor memo bantahan, tapi la nih bila orang nak g premis dia nak kasi surat, dia x kasi lak? G anto surat jekkk. Bukan nak g serang. Haha, siap upah samseng halang x bagi datang. Apa hal beb? Apa yang takot sangat? Memang x dak teloq betoi la ketua pemuda UMno Perak ni. Aku ingat bila Najib dah jumpa teloq dia kat Perhimpunan Agung UMno aritu, dia sorang je la yang jenis teloq menyorok nih. Upernyer si Maslin Sham ni pun sama.

Aku rasa pondan lagik layak jadik ketua pemuda UMno perak ni. Haha, duk usung keris kesana kemari, tapi nak guna keris pun x gheti. Kena mintak tlg orang lain bukakkan sarung. Taik kuceng betoila Maslin Sham ni. Dh le nama cam pompuan. Perangai pun nak sama cam pompuan? Buat malu oghang Kuale jek. Xpe, nanti kalau aku jumpa aku nak tolong gagaukan teloq dia. Nak tengok ada teloq ke xdak. Manataukan kot si Maslin Sham ni memang spesis xda teloq. Mari kita gelakkan si Maslin Sham ni reramai. Hahahahahahahaaaa….(dengan gaya gelak para samseng).

i

Antara Alphard dan Exora…

October 24, 2009


“Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar” TGNA dalam Malaysiakini

i

Nampaknye 2 hari ni kecoh giler isu idea mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul ‘Am PAS, Tuan guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hampir sebahagian besar komuniti blogger mahupun forumer² meluangkan masa berharga mereka demi memberi penumpuan untuk mengulas isu ini. Memang benar, isu besar seperti ini bukannya datang selalu. Jadi kesempatan yang datang ini perlu dipergunakan sebaik²nya oleh semua pihak yang berminat. Kalau tidak masakan TPM Malaysia, Muhyiddin Yasin pun turut berminat mengulas isu tersebut walaupun rumahtangga parti dalam komponen Be End juga turut mengalami masalah yang agak kronik.

Berbalik kepada persoalan tadi, hasil pembacaan aku menunjukkan rata² komuniti blogger bersatu hati untuk bersetuju tentang perlunya muktamar khas ini diadakan. Namun agak menghampakan kerana tidaklah kesemua blogger yang mempunyai keahlian PAS ini aktif terlibat dalam gerak kerja cawangan mahupun kawasan (walaupun ada juga yang memang aktif). Mereka ini kadangkala dilihat seringkali bertindak menjadi sharpshooter kepada tindak tanduk kepimpinan kawasan yang tidak kena dengan mereka. Termasuk jugalah aku dalam kalangan mereka ini.

Jadinya mana mungkin ahli yang tidak aktif ini nanti terpilih menjadi perwakilan kepada muktamar khas yang bakal diadakan nanti? Kalau mereka² ini tidak hadir sebagai perwakilan, maka adakah terdapat keberangkalian bahawa kepimpinan PAS akan bertukar kerana jika mengharapkan perwakilan yang bersifat nonblogger, sudah tentulah kepimpinan yang ada tidak akan ditukar. So apa yang boleh dibuat komuniti ini hanyalah dengan menyuarakan ketidakpuasan hati yang ada dihalaman blog masing². Jadi apa nak heran dengan keputusan yang telah dibuat oleh para ahli perwakilan dalam muktamar itu nanti. Yang penting hati puas.

Aku tertarik untuk memetik tulisan mantan S/u Perhubungan PAS Perak yang aku lihat paling ganjil jiwa dan pembawaannya berbanding pemegang² jawatan itu samada sebelum mahupun sesudahnya iaitu Sdr. Muhaimin Sulam. Titahnya ;

“Kerja nak menyingkir kepimpinan memang mudah. Kerja budak tak da SRP pun boleh buat. Rasa tak berkenaan, buang. Singkir. Konon atas nama demokrasi. Atas kepentingan parti. Lebih-lebih lagi kalau bijak berselit hujah al Quran dan hadis.

Sebaliknya kerja membina kepimpinan adalah kerja pengorbanan, kebijaksanaan dan perjuangan yang panjang. Kepimpinan bukan boleh dilihat pada wajah yang tampak hebat, comel molek atau bijak mengatur bicara. Ketinggian ilmu dan budi belum memadai.”

Jadi secara jujurnya, apa yang aku nampak hasil cetusan idea Tok Guru tidak lain tidak bukan menyatakan rasa kecewa teramat sangat apabila presiden dan anak² buah partinya tidak lagi dihormati dan menjadi buah mulut para penyokongnya sendiri. Sapa yang x terguris, tambahan pula hati seorang tua sepertinya. Aku yang muda belia ni pun terasa hati bilamana Presiden yang aku sayangi seringkali ditohmah. Jadi untuk mengunci mulut² nakal yang suka mengata dan mencaci kepimpinan partinya, maka sekali lagi Tok Guru Mursyidul ‘Am mengambil pendekatan kritis dengan mencadangkan diadakan mesyuarat agung luar biasa. Ianya seolah² dilihat satu platform terbaik untuk menukar kepimpinan yang dianggap lemah dan bermasalah sekarang ini, tetapi tiada siapa yang melihatnya dari sudut mengembalikan sokongan maksima buat kepimpinan sedia ada sekarang ini.

Adakah Tok Guru Mursyidul ‘Am PAS tertarik dengan nukilan Proff Aziz Bari tempohari?

Aku yakin Tok Guru sebenarnya langsung tidak terikut² dengan apa yang disuarakan oleh proff tersebut. Kalau anda mengatakan sedemikian, anda sebenarnya menafikan cerdik politik yang sekian lama wujud dalam diri Tok Guru ini. Bukan calang orang yang tewas dengan kecerdikan Tok Guru ini berpolitik, hatta Dr. Mahathir yang digelar ‘genius’ oleh pencacai UMno itu juga seringkali mati hujah apabila berhadapan dengan orang tua ini. Nah, hebat bukan?

Persoalannya, andai benar apa yang dikatakan oleh proff tersebut, perlukah kita menukar kepimpinan setiapkali kita tewas dalam PRK nanti. Menurut laporan di sini, terdapat kemungkinan berlakunya 10 PRK lagi sebelum bertemu PRU ke-13 akan datang. Maknanya kalaulah dari 10 PRK itu nanti, PAS bertanding 5 kerusi dan kita kalah kesemua 5 kerusi tersebut maka kita akan mendapat 5 Presiden parti yang baru. Kalah negara Jepun.

Akhir sekali aku sekali lagi tertarik dengan ucapan penggulungan oleh Tuan Guru Presiden sewaktu wakil Dewan Pemuda PAS Pusat ketika itu, Suhaizan Kaiat mempertikaikan kredibiliti Presiden dan menyuruhnya meletakkan jawatan sebagai langkah mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk PAS pada PRU-11 yang mana PAS turut kehilangan Terengganu, lantas dijawab oleh Presiden dengan meminta kita melihat kembali apakah dasar perjuangan yang kita ikut. Sekiranya kita berjuang atas dasar Islam yang diperjuangkan oleh RasuluLLah saw, maka adakah RasuluLLah saw telah diminta meletakkan jawatan ketika kalah dimedan Uhud dahulu?

Seandainya kita boleh menerima kekalahan Islam kepada kuffar dimedan Uhud dahulu adalah kerana melanggar arahan RasuluLLah saw selaku pimpinan ketika itu,  kenapa tidak di Bagan Pinang tempohari? WALlahua’lam

i

Man U berjaya mengalahkan CSKA Moscow dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Antonio Valencia minit ke 86 pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan B sebentar tadi. Ini merupakan kemenangan ketiga Man U dari tiga perlawanan, seterusnya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan kumpulan. Dengan kemenangan ini juga, Man U seakan sudah layak untuk ke perlawanan peringkat kedua nanti.

Walaubagaimanapun, 2 lagi pasukan Liga Perdana Inggeris yang bermain awal pagi semalam iaitu Arsenal dan Liverpool mengalami nasib yang berbeza. Arsenal seri 1-1 dengan kelab dari Belanda iaitu AZ Alkmaar manakala Liverpool pula tewas MENGEJUT kepada kelab Lyon dari Peranchis 1-2. Satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris yang akan bermain lewat pagi ini iaitu Chelsea yang akan bertemu pasukan La Liga, Atletico Madrid.

Selepas ini, pasukan Man U pastinya akan menumpukan perlawanan penting derby menentang Liverpool yang sudah tewas 2 kali berturut-turut pada perlawanan terakhirnya. Seandainya Man U berjaya mengalahkan Liverpool ahad nanti, ianya sudah pasti akan mengukuhkan kedudukan pasukan itu dipersada liga. Manakala sebarang kekalahan buat Liverpool akan menutup terus impiannya menjulang piala kejuaraan Liga Perdana yang pernah dimenanginya kali terakhir 20 tahun lalu. Sekian berita sukan dari Budak Ipoh Timor.

i

p/s-sesapa terbakar baca brita sukan nih, mintak alihkan siaran. terima kasih

i

Tewasss…

October 21, 2009

Nampaknya semenjak dua nih, parti² Pakatan Rakyat mulai sukar untuk menerima berita kekalahan. Mungkin sudah terlalu asyik disuap dengan berita kekuatan parti memasing, sehingga memampukan Pakatan Rakyat memenangi majoriti dari Pilihanraya Kecil yang wujud selepas sahaja PRU ke-12 yang lepas, maka kekalahan bukanlah satu benda yang menarik untuk diterima. Makna mudahnya, tidak akan ada kekalahan mulai sekarang buat parti dari Pakatan Rakyat.

So bila sahaja menerima keputusan tewas teruk di Bagan Pinang, maka berbakul² ulasan tentang kekalahan diterima. Bukan hanya penyokong dan pendokong parti, malah pimpinan² parti juga sibuk nak bercakap. Seolah² sbb musabab kekalahan itu telah maklum terlebih awal, sebelum bedah siasat dijalankan. Kenapa time menang kita x kecoh sebegini, tapi time kalah bebagai telahan kita mampu buat? Adakah kita dilihat bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh sewaktu menang, dan nampak lompong dah lemah ketika kalah?

Aku harap semua pihak mampu untuk bersabar. Pihak PAS telah pun melantik Abg Mat untuk mengetuai sesi bedah siasat sbb kekalahan di situ. Sabar itu bukankah separuh dari iman? Mana iman kita kalau hanya untuk bersabar sedikit itupun tidak mampu? Maknanya bukan di Bagan Pinang saja kita tewas kali ini, tapi juga tewas dalam diri² kita sendiri. WALlahua’lam…

i

Musang Hasang

October 19, 2009

Detik berganti detik, minit berganti minit, jam berganti jam, hari berganti hari, kita terus-terusan disogokkan dengan berita jenayah yang amat menakutkan. Andaikata kejadian seperti di sini pun sudah dianggap sebagai suatu kebiasaan yang tidak perlu diherankan lagi, maka adakah sudah sampai masanya rakyat negara ini diberi kebenaran memiliki senjata api bagi melindungi diri dan keluarga mereka?

Pada sapa lagik nak kita harapkan menjaga keselamatan diri kita dan keluarga andai pihak keselamatan polis pun bersifat seperti di sini???

Apapun kita dah leh agak apa jawapan si Musang Hasang 2 nnt? Itu kes terpencil. Aduhhh x selamatnyaaaa…

i