Tewasss…
October 21, 2009
…
Nampaknya semenjak dua nih, parti² Pakatan Rakyat mulai sukar untuk menerima berita kekalahan. Mungkin sudah terlalu asyik disuap dengan berita kekuatan parti memasing, sehingga memampukan Pakatan Rakyat memenangi majoriti dari Pilihanraya Kecil yang wujud selepas sahaja PRU ke-12 yang lepas, maka kekalahan bukanlah satu benda yang menarik untuk diterima. Makna mudahnya, tidak akan ada kekalahan mulai sekarang buat parti dari Pakatan Rakyat.
So bila sahaja menerima keputusan tewas teruk di Bagan Pinang, maka berbakul² ulasan tentang kekalahan diterima. Bukan hanya penyokong dan pendokong parti, malah pimpinan² parti juga sibuk nak bercakap. Seolah² sbb musabab kekalahan itu telah maklum terlebih awal, sebelum bedah siasat dijalankan. Kenapa time menang kita x kecoh sebegini, tapi time kalah bebagai telahan kita mampu buat? Adakah kita dilihat bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh sewaktu menang, dan nampak lompong dah lemah ketika kalah?
Aku harap semua pihak mampu untuk bersabar. Pihak PAS telah pun melantik Abg Mat untuk mengetuai sesi bedah siasat sbb kekalahan di situ. Sabar itu bukankah separuh dari iman? Mana iman kita kalau hanya untuk bersabar sedikit itupun tidak mampu? Maknanya bukan di Bagan Pinang saja kita tewas kali ini, tapi juga tewas dalam diri² kita sendiri. WALlahua’lam…
i
October 21, 2009 at 8:00 pm
Pandangan yang baik.
Apabila menang, anggaplah ia sebagai ganjaran manakala apabila kalah anggaplah sebagai peringatan.
Harap ramai yang membaca dan menjadikan tulisan saudara satu cetusan pemikiran.