Terkini Liga Juara-Juara 2009/2010
October 22, 2009
…
Man U berjaya mengalahkan CSKA Moscow dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Antonio Valencia minit ke 86 pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan B sebentar tadi. Ini merupakan kemenangan ketiga Man U dari tiga perlawanan, seterusnya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan kumpulan. Dengan kemenangan ini juga, Man U seakan sudah layak untuk ke perlawanan peringkat kedua nanti.
Walaubagaimanapun, 2 lagi pasukan Liga Perdana Inggeris yang bermain awal pagi semalam iaitu Arsenal dan Liverpool mengalami nasib yang berbeza. Arsenal seri 1-1 dengan kelab dari Belanda iaitu AZ Alkmaar manakala Liverpool pula tewas MENGEJUT kepada kelab Lyon dari Peranchis 1-2. Satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris yang akan bermain lewat pagi ini iaitu Chelsea yang akan bertemu pasukan La Liga, Atletico Madrid.
Selepas ini, pasukan Man U pastinya akan menumpukan perlawanan penting derby menentang Liverpool yang sudah tewas 2 kali berturut-turut pada perlawanan terakhirnya. Seandainya Man U berjaya mengalahkan Liverpool ahad nanti, ianya sudah pasti akan mengukuhkan kedudukan pasukan itu dipersada liga. Manakala sebarang kekalahan buat Liverpool akan menutup terus impiannya menjulang piala kejuaraan Liga Perdana yang pernah dimenanginya kali terakhir 20 tahun lalu. Sekian berita sukan dari Budak Ipoh Timor.
i
p/s-sesapa terbakar baca brita sukan nih, mintak alihkan siaran. terima kasih
i