Antara Alphard dan Exora…

October 24, 2009


“Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar” TGNA dalam Malaysiakini

i

Nampaknye 2 hari ni kecoh giler isu idea mengadakan Muktamar Khas oleh Mursyidul ‘Am PAS, Tuan guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hampir sebahagian besar komuniti blogger mahupun forumer² meluangkan masa berharga mereka demi memberi penumpuan untuk mengulas isu ini. Memang benar, isu besar seperti ini bukannya datang selalu. Jadi kesempatan yang datang ini perlu dipergunakan sebaik²nya oleh semua pihak yang berminat. Kalau tidak masakan TPM Malaysia, Muhyiddin Yasin pun turut berminat mengulas isu tersebut walaupun rumahtangga parti dalam komponen Be End juga turut mengalami masalah yang agak kronik.

Berbalik kepada persoalan tadi, hasil pembacaan aku menunjukkan rata² komuniti blogger bersatu hati untuk bersetuju tentang perlunya muktamar khas ini diadakan. Namun agak menghampakan kerana tidaklah kesemua blogger yang mempunyai keahlian PAS ini aktif terlibat dalam gerak kerja cawangan mahupun kawasan (walaupun ada juga yang memang aktif). Mereka ini kadangkala dilihat seringkali bertindak menjadi sharpshooter kepada tindak tanduk kepimpinan kawasan yang tidak kena dengan mereka. Termasuk jugalah aku dalam kalangan mereka ini.

Jadinya mana mungkin ahli yang tidak aktif ini nanti terpilih menjadi perwakilan kepada muktamar khas yang bakal diadakan nanti? Kalau mereka² ini tidak hadir sebagai perwakilan, maka adakah terdapat keberangkalian bahawa kepimpinan PAS akan bertukar kerana jika mengharapkan perwakilan yang bersifat nonblogger, sudah tentulah kepimpinan yang ada tidak akan ditukar. So apa yang boleh dibuat komuniti ini hanyalah dengan menyuarakan ketidakpuasan hati yang ada dihalaman blog masing². Jadi apa nak heran dengan keputusan yang telah dibuat oleh para ahli perwakilan dalam muktamar itu nanti. Yang penting hati puas.

Aku tertarik untuk memetik tulisan mantan S/u Perhubungan PAS Perak yang aku lihat paling ganjil jiwa dan pembawaannya berbanding pemegang² jawatan itu samada sebelum mahupun sesudahnya iaitu Sdr. Muhaimin Sulam. Titahnya ;

“Kerja nak menyingkir kepimpinan memang mudah. Kerja budak tak da SRP pun boleh buat. Rasa tak berkenaan, buang. Singkir. Konon atas nama demokrasi. Atas kepentingan parti. Lebih-lebih lagi kalau bijak berselit hujah al Quran dan hadis.

Sebaliknya kerja membina kepimpinan adalah kerja pengorbanan, kebijaksanaan dan perjuangan yang panjang. Kepimpinan bukan boleh dilihat pada wajah yang tampak hebat, comel molek atau bijak mengatur bicara. Ketinggian ilmu dan budi belum memadai.”

Jadi secara jujurnya, apa yang aku nampak hasil cetusan idea Tok Guru tidak lain tidak bukan menyatakan rasa kecewa teramat sangat apabila presiden dan anak² buah partinya tidak lagi dihormati dan menjadi buah mulut para penyokongnya sendiri. Sapa yang x terguris, tambahan pula hati seorang tua sepertinya. Aku yang muda belia ni pun terasa hati bilamana Presiden yang aku sayangi seringkali ditohmah. Jadi untuk mengunci mulut² nakal yang suka mengata dan mencaci kepimpinan partinya, maka sekali lagi Tok Guru Mursyidul ‘Am mengambil pendekatan kritis dengan mencadangkan diadakan mesyuarat agung luar biasa. Ianya seolah² dilihat satu platform terbaik untuk menukar kepimpinan yang dianggap lemah dan bermasalah sekarang ini, tetapi tiada siapa yang melihatnya dari sudut mengembalikan sokongan maksima buat kepimpinan sedia ada sekarang ini.

Adakah Tok Guru Mursyidul ‘Am PAS tertarik dengan nukilan Proff Aziz Bari tempohari?

Aku yakin Tok Guru sebenarnya langsung tidak terikut² dengan apa yang disuarakan oleh proff tersebut. Kalau anda mengatakan sedemikian, anda sebenarnya menafikan cerdik politik yang sekian lama wujud dalam diri Tok Guru ini. Bukan calang orang yang tewas dengan kecerdikan Tok Guru ini berpolitik, hatta Dr. Mahathir yang digelar ‘genius’ oleh pencacai UMno itu juga seringkali mati hujah apabila berhadapan dengan orang tua ini. Nah, hebat bukan?

Persoalannya, andai benar apa yang dikatakan oleh proff tersebut, perlukah kita menukar kepimpinan setiapkali kita tewas dalam PRK nanti. Menurut laporan di sini, terdapat kemungkinan berlakunya 10 PRK lagi sebelum bertemu PRU ke-13 akan datang. Maknanya kalaulah dari 10 PRK itu nanti, PAS bertanding 5 kerusi dan kita kalah kesemua 5 kerusi tersebut maka kita akan mendapat 5 Presiden parti yang baru. Kalah negara Jepun.

Akhir sekali aku sekali lagi tertarik dengan ucapan penggulungan oleh Tuan Guru Presiden sewaktu wakil Dewan Pemuda PAS Pusat ketika itu, Suhaizan Kaiat mempertikaikan kredibiliti Presiden dan menyuruhnya meletakkan jawatan sebagai langkah mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk PAS pada PRU-11 yang mana PAS turut kehilangan Terengganu, lantas dijawab oleh Presiden dengan meminta kita melihat kembali apakah dasar perjuangan yang kita ikut. Sekiranya kita berjuang atas dasar Islam yang diperjuangkan oleh RasuluLLah saw, maka adakah RasuluLLah saw telah diminta meletakkan jawatan ketika kalah dimedan Uhud dahulu?

Seandainya kita boleh menerima kekalahan Islam kepada kuffar dimedan Uhud dahulu adalah kerana melanggar arahan RasuluLLah saw selaku pimpinan ketika itu,  kenapa tidak di Bagan Pinang tempohari? WALlahua’lam

i

7 Responses to “Antara Alphard dan Exora…”

  1. uma Says:

    alamak..
    abis wa punye reply pjg2 td..hampeh

    wa wat summary je laaa yeaa..
    pedas punye…haha

    rasullullah riki2 dan bdoa individu2 tertentu dgn ciri2 tertentu masuk islam sebab apa?
    saja2?
    awat, rasullullah x cukup or x mampu ke?

    so riki2lah individu yg punye ciri2 tertentu utk mguatkan pjuagan ni sesuai dgn realiti semasa
    jgn lah tamak & bodo sombong nak pegang jawatan sampai mati…hehe

    nak jadi pdakwah
    or bg kuliah
    or ceramah..
    x perlu pegang jawatan as presd parti yg bgerak dlm system yg ada.
    jadi mcm qardawi

    utk muhaimin,
    lu bgtahu kat dia..
    lain kali x perlu pemilihan..
    kekal je jawatan sampai mati..
    coz takut jemaah pecah… kepimpinan pecah….haha
    senang citer..hehe

    wa rasa
    mahadir, pak lah dan lain2 pakai dalil hadi
    utk kekal jawatan masing2…hahaha

    bg wa
    perwakilan PAS
    ala mcm perwakilan MIC
    dlm mgekalkan presd mereka…hahaha
    tp dlm sebab yg bbeza…hehe

    melayu pas dgn melayu UMNO yg undi BN tu
    adik beradik je..
    selesa dgn yg lama..
    takut utk berubah
    dgn mcm2 riso dlm pale…hehe
    melayu…melayuuu….hehe

    solongan kepimpinan ulamak
    jgn wat cari makan dpt jawatan
    jgn wat baju kalis peluru dari kene hentam..haha

    sabooo je lah yeaaa…hahaha

    • uka Says:

      alaa uma..
      lu cakap belakang tabir bolehla
      lu mana turun ke cawangan
      nanti asyik berpolitik,tggl anak bini kat rumah
      tentu risau kan kan kan
      melayu UMNO dan melayu PAS mana sama
      jangan “tembak” jer pandai…
      sesekali tinggalla anak bini tuu uma…

      • uma Says:

        ramai org hentam UMNO
        xperlu turun cawangan UMNO pon…hehe

        bior je lah org nak tembak…
        jiwo kene beso skit klu rasa nak jadi pimpinan niee
        tgk hadi, tu lah jiwo pimpinan yg beso cume
        bg wa
        beliau x sesuai lg pglima perang dlm realiti semasa ni.
        biar lah org lain berentap dgn najib nie..
        elok beliau fokus tgganu & obersi
        berentap dgn mat said..hehe

        wa setuju bebeno
        klu hadi prepare utk ganti nik aziz.

        sepatutnya MA
        x perlu main game ni sgt.
        tp dah terbalik MA yg byk main game ni.
        presd ntah ke mana…hehe
        mungkin wa je kot bpandangan mcm tu..

        lu try tanya2 org luar..
        jgn tanya mamat2 dlm kotak sendiri.

        nak menang undi dari org luar..
        kene tanye org luar..

        lain lah klu nak undi dlm PAS
        tu sal presd x tukar..
        klu org luar undi presd PAS..
        dah lama hadi x jadi presd…hehe

        saboooooo…

    • yuna Says:

      entahnya…….kalau cakap je semua org boleh ckp.sampai kiamat pun tak habis.kalau duk jer rumah tak join jemaah tak jadi jugak.peh tu nak kutat org tak tentu pasal tak jadi jugak beb..klu nak buat kesimpulan berdasarkan utusan meloya ngan berita hairan tak payah la beb..org mana baca utusan meloya ngan berita hairan dah..lu ketinggalan zaman la beb.kata power i.t.tapi ayat putar² mcm president MIC…..tu la lain kali nak buat kesimpulan aktif le ngan jemaah.jgn aktif dgn jemaah2 utusan meloya dan berita hairan jer.bahananya mcm nie le beb..tak tahu hujung pangkal main kutat jer.bla leeee..ada ke lu samakan melayu umno dgn melayu pas..lu mungkin sama,sbb lu kaum atas pagar…lu pkir2kan laa yer.

      • uma Says:

        lu try check dgn utusan,berita hairan,dan lain2..
        brapa byk diaorg juai?
        pastu lu check lak..
        harakah dan lain2..
        brapa byk diaorg juai..
        pastu lu wat statistik..
        akhbar mana yg majoriti rakyat msia baca…

        so jgn syok sendiri,
        tu sal PAS menang ciput sebab ramai yg syok sendiri merasakan org msia
        menerima PAS…hehe

        2008 sebab apa PAS byk ckit kerusi?
        kekuataan sendiri ke?
        org msia setuju dgn sologan negara islam ke?
        org ramai “tergoda” dgn presd PAS ke?
        wa x nampak org msia terima PAS
        wa nampak org myampah kat paklah & BN.hehe

        perwakilan PAS
        ala perwakilan MIC je..hehe
        selesa dgn presd yg lama
        seperti mana org melayu selesa dgn UMNO & BN
        takut nak berubah…

        letak je presd skarang kat majlis syura
        utk prepare ganti nik aziz.

        bg ruang pd org lain utk jadi presd
        yg sesuai dgn realiti dan tuntutan semasa.

    • shamsuleffendey Says:

      alamak uma. dah ada yang maki lu nih? wa tarak boleh tolon lorr…

      Wa tertarik ngan kisah sirah RasuluLLah SAW yang lu cuba kaitkan tuh? Wa rasa cam x kene jek. Tambah dari spesis cam lu nih bawak kisah tu. Lagik x kena. Musti lu blajak dari AT bab sirah nih. Wakaka. AT mana tau syarah sirah beb. Sejarah Melayu dia tau la sesket. Wakaka

      Lagik satu, wa nak tegaskan Tok Guru Presiden x penah ada niat pun nak pegang jawatan sampai mati. Yang tu wa pretty sure beb. Dia cuma menjalankan amanah perwakilan. Itu jek.

      So kalau boleh lu jgn kaitkan ngan presiden bab tu beb. Lu salahkan perwakilan yang kekalkan dia. Dan kalau boleh lu ajak AT masuk jadik ahli PAS then jadik perwakilan. Baru wa dapat dengaq camne gaya dia tibai Presiden. Ke dia yang kene tibai ngan perwakilan lain. Wakaka

      • uma Says:

        ilang lg wa punye reply…hampeh

        wa kasi yg pendek je lah.
        tadi pjg2 dah ilang…huhu

        rasullullah riki2 dan bdoa individu2 yg punye ciri2 tertentu bersama islam pd masa tu, pd realiti masa tu.. sesuai pd masa tu.
        ni kan pula manusia biasa yg dok bjuang atas agamaNYA
        yg pegang jawatan dlm parti bg mcilok agamaNYA dlm negara andaikata parti nya menang.
        maka riki2lah individu yg punye ciri yg sesuai dgn realiti semasa utk rakyat msia
        bg menangkan parti nya demi mcilok agamaNYA dlm negara.

        jawatan ni bukan jawatan company sendiri..
        bukan jawatan company mak bapak..
        tp jawatan ni adalah jawatan pjuangan agamaNYA
        maka x perlu pegang sampai mati…
        x perlu nak org terajang baru nak kluar…
        tp as pemimpin or ketua
        yg mahukan agamaNYA di cilok dlm negara yg pbagai lapisan masyarakat
        dlm mguna pakai system yg ada
        maka
        riki2.. bdoa dan mgilap
        individu yg punye ciri2 tertentu yg sesuai dgn realiti semasa diberi peluang
        mjadi pglima utk mcilok agamaNYA dlm negara mguna pakai system realiti semasa.

        tgk je kisah iman hanafi..
        bdk kecik yg coutim mamat yg mgalahkan iman2 beso masa tu.
        awat? iman beso masa tu iman x power ke?
        awat? iman beso ilmu x power ke?
        sampai bdk kecik yg coutimkan…
        tgk mcm ne mamat tu dgn angkuh mgatakan..
        brapa ramai ulamak beso serba beso tergolek kat dia..
        akhirnya bdk kecik je yg leh terajang mamat tu…hehe

        so pglima g medan perang biar sesuai dgn realiti semasa
        jgn merasakan diri tu hebat..
        sentiasalah riki2 dan bdoa individu2 yg punye ciri2 tertentu
        yg sesuai dgn realiti semasa utk diberi peluang utk mjadi pglima
        ke medan perang ni.
        x perlu sampai nak kene terajang baru nak lepas jawatan.

        sologan kepimpinan ulamak
        jgn wat cari makan utk nak dpt jawatan.
        jgn wat baju kalis dari kene hentam.

        1 lg,
        rasanye x perlu jadi pwakilan UMNO
        utk tibai najib…haha
        maka begitu gak dlm situasi PAS ni
        x perlu jadi pwakilan PAS utk tibai hadi….hehe
        seperti mana x perlu masuk list jaminan manusia yg dijanjikan syurga oleh rasulNYA
        utk hentam saidina umar.

        saidina umar pon x bertanya
        lu sapa mau hentam wa.
        lu punye nama ada masuk jaminan syurga oleh rasulNYA tak?

        wa x maki sahabat2 yg wa kenai.
        wa maki pimpinan je….haha

        sabooo je laaa…hehe

        ps:tadi punye lg pjg..lg pedas…haha
        lu kasi senang skit laa org nak reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: