Bertambah kalut…

October 28, 2009

  1. Tok Guru dah bagi arahan agar “Kemelut dalaman yang sedang dihadapi PAS perlu diselesaikan secara musyawarah dan bukannya menerusi penggunaan media massa dan media baru ! “. Tapi apa dah jadi kat rumah PJ Selangor kelmarin??? Siapa yang ingkar pada arahan Tok Guru Presiden ini? Aku mengharapkan orangnya ialah Husam Musa, orang yang dikatakan selalu membawa masalah kepada Tok Guru Presiden, namun malangnya bukan dia.
  2. Apa keperluan menceritakan kerahsiaan parti kepada orang luar terutama kepada pihak musuh (dibaca blogger GOMO) sedangkan telah dipersetujui bahawa akan diadakan Mesyuarat Khas parti malam ini. Apakah kedua-dua individu ini mempercayai bahawa diri mereka tidak akan mendapat keadilan yang sepatutnya nanti??? Dimana adab menjaga kerahsiaan parti? Adakah tindakan itu dibenarkan dlm jemaah?
  3. Apa keperluan memanggil blogger bagi menjelaskan permasalahan dalam jemaah? Tidakkah beliau tahu bahawa blogger ini mempunyai cara penulisan yang pelbagai dan tidak terlepas dari berpihak? Adakah nanti terdapatnya kemungkinan bahawa isi yang cuba diceritakan nanti tersasar dari yang apa yang diminta walaupun setelah dirakam??? Lihat sekarang, ada blogger yang berjanji utk tidak menerbitkan isi kandungan perbincangan, tetapi telah mulai mungkir?
  4. Adakah dengan memberi penjelasan kepada para blogger ini memberi kesan yang baik atau lebih memburukkan lagik keadaaan? Kenapa ketika salah seorang calon Timb Presiden ketika sebelum muktamar dahulu telah membuat sidang media untuk menyatakan hasrat untuk bertanding dikatakan gila glamour, tetapi bila kalian berjumpa blogger tidak dicop sedemikian?
  5. Kenapa kalut sangat??? Mana sifat sabar kalian???