Salam Idul Adha 1430h…

November 27, 2009

i

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan Selamat Aidiladha kepada seluruh umat Islam supaya kita menghidupkan hari yang mulia ini dengan membangkitkan semula semangat, bersedia untuk berkorban segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT, mengambil contoh daripada Nabi Ibrahim a.s. yang menjadi contoh dan teladan kepada seluruh umat Islam.

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan sesiapa yang tidak suka kepada ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, dia adalah orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Tuhan memilihnya di dunia ini (menjadi nabi dan rasul) dan di akhirat nanti dia termasuk di kalangan orang-orang yang salih (yang mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah). Ingatlah apabila Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Serahlah diri kamu (yakni Islam), Ibrahim menjawab: Saya Islam, menyerah diri kepada Allah Tuhan semesta alam. Ibrahim memberi wasiat kepada anak-anaknya, begitu juga Nabi Yaakub (memberi wasiat yang sama): Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah memilih kamu satu agama iaitulah agama Islam, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam yang sebenar.” (Surah al-Baqarah: 130-132)

Apakah Islam yang sebenar yang dianut oleh Nabi Ibrahim a.s.? Iaitulah Islam yang berasaskan akidah tauhid, mengesakan Allah pada zat-Nya, sifat-Nya, hukum syariat-Nya dan segala perkara yang menjadi hak istimewa bagi Allah SWT dan menolak sebarang bentuk syirik, menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain pada perkara-perkara yang menjadi hak istimewa bagi Allah SWT dalam perkara ibadat, termasuk juga dalam perkara cara hidup yang diwajibkan mengabdikan diri kepada syariat Allah SWT sama ada cara ibadat, sunat, wajib, diri dan harta benda termasuklah juga cara hidup yang berkait dengan individu, yang berkait dengan makanan, pakaian, pergaulan.

Cara hidup yang berkait dengan keluarga, masyarakat dan negara, politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain mestilah berlandaskan syariat Allah SWT, tidak melakukan syirik dengan menerima cara hidup berlandaskan syariat dan hukum- hakam ciptaan manusia yang dinamakan ideologi, teori dan sebagainya kerana Allah SWT meluaskan perkara ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “Adakah mereka itu mempunyai sekutu-sekutu yang lain daripada Allah Taala yang mengadakan hukum syariat dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah Taala.” (Surah asy-Syura: 21)

Dalam perkara tauhid, menentang syirik ini, kita memerlukan islah dan tajdid, memerlukan pembaharuan kerana berlakunya perubahan masa dan keadaan. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Perbaharulah iman kamu. Lalu para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah kami memperbaharukan iman kami? Sabda Rasulullah s.a.w.: Perbaharulah iman kamu dengan lailahaillallah.”

Dengan makna menegakkan tauhid dalam semua perkara, dalam ibadat dan seluruh cara hidup yang luas sebagaimana yang disebutkan tadi, mestilah berlandaskan kepada ajaran Allah SWT dan menolak segala bentuk syirik, yang lain daripada Allah SWT. Di mana kefahaman tauhid dan menolak syirik memerlukan pembaharuan. Pembaharuan supaya umat Islam sentiasa memahami bagaimana Islam adalah sesuai di sepanjang zaman. Islam boleh menghadapi perubahan masa dan tempat yang berlaku sepanjang kehidupan manusia.

Di sana ada perkara yang qat’iyat dan disebut dengan sawabit, yang tetap yang tidak berubah dalam perkara rukun- rukun ini, dalam perkara prinsip akidah, dalam perkara halal dan haram, dalam perkara yang diputuskan yang tidak berubah dalam kehidupan manusia. Dan di sana ada perkara yang disebut dengan mutaghayirat, yang berubah mengikut keadaan dan masa seperti cara bermesyuarat, cara mempertahankan umat dan negara, cara memberi penyampaian dan kefahaman kepada manusia di mana cara ini berlaku perubahan dalam kehidupan manusia. Agama membenarkan kita melakukan perubahan.

Apa yang menjadi masalah pada hari ini berlakunya syirik, menyengutukan Allah dalam perkara yang terang-terang dan nyata, yang dinaskan oleh Allah, mengadakan hukum sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah dan hilangnya semangat keyakinan kepada Allah SWT sehingga menjadi pergantungan kepada wang ringgit, harta benda, pangkat dan kedudukan, mengatasi keyakinan kepada Allah Taala.

Maka di sini menunjukkan adanya berhala baru yang dipuja oleh manusia di zaman kini iaitulah wang ringgit, bantuan kewangan dengan berbagai-bagai nama yang boleh merosakkan iman dan keyakinan seseorang kepada syariat Allah SWT, sanggup meninggalkan syariat kerana mengejar kewangan, kemewahan dan kesenangan dunia.

Kita perlu menyedari musuh-musuh Islam membiayai penentangan terhadap Islam melalui kewangan, melalui Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan berbagai-bagai agensi, gerakan-gerakan zionis antarabangsa yang menyumbang kewangan bagi menyesatkan umat Islam supaya menjadi murtad sama ada meninggalkan agama secara total ataupun meninggalkan syariat Allah secara sedikit demi sedikit, sebagaimana yang diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Kamu akan terikut-ikut dengan perjalanan ajaran orang-orang yang terdahulu daripada kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedikit demi sedikit sehingga mereka masuk ke dalam lubang biawak, kamu akan ikut masuk sama. Lalu para sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Kristian, ya Rasulullah? Jawab Rasulullah s.a.w.: Maka siapakah?”

Inilah kefahaman yang perlu disampaikan kepada umat Islam terutama pada hari raya yang mulia, ketika kita menghadapi tokoh nabi-nabi dan rasul-rasul, Nabi Ibrahim a.s. yang menentang syirik dan menegakkan tauhid di mana seluruh umat Islam merayakan hari ini di samping jemaah haji yang berhimpun di Mekah.

Sebaik sahaja mereka memakai ihram, mereka bertalbiah menyahut seruan Allah yang bermaksud:

“Ya wahai Tuhan, ya wahai Tuhan, tiada sekutu bagi-Mu. Ya wahai Tuhanku, sesungguhnya segala kepujian, segala nikmat menjadi milik-Mu, begitu juga pemerintahan menjadi milik-Mu, ya wahai Tuhan.”

Mudah-mudahan dengan sepatah dua ucapan memberi pengajaran kepada kita.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

i

*sumber poster/teks di sini dan di sini

i

Ku Li atau kuli?

November 26, 2009

“Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya – Malaysiakini

Pas satu-satu masalah dihadapi oleh pihak UMno Be End. Tengah sibuk nak uruskan masalah MCA, tetiba kuar lak laporan mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang bersetuju untuk memikirkan tawaran mengetuai *kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.

Kelam kabut pulak Muhyiddin Yasin meminta agar perlantikan Ku Li itu difikirkan semula. Katanya kes tersebut diluar kebiasaan terutama buat parti memerintah seperti UMno ini. Jadi aku pun setuju la jugak dengan pandangan TPM kita nih. Memang betul apa yang dia cakap. Seumpama Tok Guru Haji Hadi dilantik mengetuai kaukus PKFZ. Memang pelik bukan?

Cumanya kalau Ku Li dilarang untuk terlibat dengan kaukus anjuran Pakatan Rakyat itu, apakata pihak UMno Be End sendiri mengadakan kaukus bagi tujuan tersebut? Apa macam? Ada berani ka Muhyiddin?

i

*Kaukus (Bahasa Inggeris: caucus) secara umum didefinisikan sebagai sebuah pertemuan dari para pendukung atau anggota sebuah parti politik atau gerakan [ link ]

i

Bila Badut buat kenduri…

November 26, 2009

Alkisahnya seperti yang selalu termaktub dalam skrip lakonan drama² melayu, maka pihak hero sekali lagi terpaksa memendam rasa melihat krook (orang jahatla) dan kuncu²nya meraikan keputusan Mahkamah Rayuan malam semalam.

“Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh” Malaysiakini

Ramai jugak yang mengeluh dengan keputusan ketiga-tiga hakim tersebut. Mungkin mereka merasakan bahawa kali ini hakim tidak akan berpihak lagi kepada SPR dan Be End. Namun kesemua telahan mereka itu tersasar sekali lagi. Bayangkan keputusan diumumkan pada jam 7.30malam? Begitu tekun sekali mereka bekerja. Kalaulah kesemua penjawat awam bekerja sepertimana para hakim Mahkamah Rayuan ini, sudah tentu kadar KDNK negara tahun ini tidaklah seteruk zaman Pak Lah dulu.

So nampak gayanya hakim sekali lagi akan dihukum oleh rakyat disebabkan sikap mereka yang sekali lagi terang²an cuba mengubah keputusan asal. Pernah terjadi sebelum ini keputusan YAB Menteri Besar Perak, Hj Nizar yang telah diisytiharkan masih kekal sah sebagai MB Perak ketika itu. Namun keputusan berpihak semula kepada Be End hanya sehari selepas itu.

Persoalannya adakah hakim² di Malaysia sekarang ini bertindak di atas kepentingan masyarakat umum ataupun untuk hanya parti Be End sahaja?

Xpa kita tunggukan episod selanjutnya. Kita akur dengan penggantungan sementara perlaksanaan keputusan mahkamah tinggi kelmarin walaupun dengan hati yang berbelah bahagi.

Tetapi seandainya keputusan itu masih kekal, maka mahu tidak mahu kita terpaksa jugak mengupah Sivaji Da Boss untuk menangani hal tersebut. Sudah bersediakah para hakim negara ini untuk berhadapan dengan Sivaji Da Boss??? Hangpa tau jawapannya kan?

Bagi yang x brapa nak kenai ngan si Sivaji tu, aku paprkan imejnya di bawah 😀


i

Bila badut sarkas berbicara…

November 24, 2009

“Kita berharap Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan kita dan buat keputusan yang memihak kepada kita. Harapan kita agar panel hakim akan meneliti kes ini secara rapi kerana kes ini merupakan kes pertama kali dalam sejarah pilihan raya di Malaysia… sangat penting bagi rujukan pada masa-masa akan datang”

Haha…pernahkah hakim x dengar rayuan perayu? Buta kayu ka mamat yang bercakap nih? Ke ada tujuan nak mempengaruhi sang hakim yang bijaksana tuh? Dia kata kes ini merupakan kali pertama dalam sejarah? Betoi ke. Oii mangkuk hayun. Nak nipu 2 agak-agak la. Yang kes di Perak 2 apa citer?
So ni masuk kes kedua dalam sejarah la bangang. Matematik pun fail. Pasai apa hang seriau sangat? Takut kes yang sama berulang di Perak ka?

Katanya lagik…

“Kita jangkakan keputusan akan diketahui esok memandangkan kes ini perlu disegerakan sebab jika keputusan Mahkamah Rayuan esok menolak lagi rayuan SPR, maka tempoh yang tinggal untuk SPR menetapkan tarikh-tarikh bagi mengadakan pilihan raya hanya tinggal satu hari iaitu tidak lewat dari 25 haribulan (Rabu). Jadi itulah tempoh yang ada kepada kita jika dikira keputusan Mahkamah Tinggi yang isytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong pada 16 haribulan lalu,” katanya.

Dah tau masa dah makin suntuk nak tetapkan tarikh prk tuh, yang hang gatai g merayu apsal? Terima je la keputusan hakim tuh. Sapa yang bertanding skang ni? Hang ke UMno? Biaq UMno je la yang g melutut kat hakim tuh. Yang hang nak masuk campuq sama apsaiiiii

Erkkk… jap. Ada tambahan ayat sket lagik.

“SPR sentiasa bersedia pada bila-bila masa termasuk untuk mengadakan pilihan raya kecil. Tapi bagaimanapun kita masih mempunyai peruntukan undang-undang yang boleh digunakan dalam kes ini… esok adalah hari yang cukup penting bagi SPR.”

Wakakakaka… memang spesis badut sarkas la mamat nihhh. Kata dah bersedia bila-bila masa. Pastu siap sound suh hakim putuskan cepat. Takut x sempat nak declare seat DUN tu kosong. Cam pesalah nak kene hukum gantung laaa. Lawak lawak …

*Sumber cakap si badut tuh ada di Mstar

i

27 Jun 2009 / 4 Rejab 1430

Kepada :

Haji Mohamad Jayus Haji Bunasir

Pengarah,

Politeknik Ungku Omar,

Jalan Raja Musa Mahadi,

31400 Ipoh .

(No. Fax : 05-547 1162)

i

i

Y.Bhg. Tuan;

PENGANJURAN PERTANDINGAN BATTLE OF THE BANDS POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan penganjuran pertandingan juara rentak ‘Battle of the Bands’ PUO 2009 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak (JKKNN) yang telah diadakan di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh pada 20 November 2009 untuk peringkat saringan dan peringkat akhir pada 22 November 2009 baru-baru ini.

DPPK IT mempertikaikan usaha yang telah dilakukan oleh PUO yang membawa masuk elemen yang tidak sihat ke kancah pelajar yang sepatutnya dihindari daripada mereka dan ianya amat mendukacitakan. Ibu-bapa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka menimba ilmu tetapi kecewa kerana anak-anak mereka  telah dihidangkan dengan unsur-unsur yang melekakan pelajar di dalam kampus.

DPPK IT juga merasakan kekesalan kerana pertandingan tersebut diadakan terlalu hampir dengan Masjid Sultan Azlan yang mana tempat umat Islam beribadat. DPPK IT dimaklumkan oleh penduduk-penduduk berhampiran yang kesal dengan penganjuran tersebut yang bertentangan dengan akhlak dan budi perketi umat Islam. Ramai dikalangan mereka mengecam usaha yang telah dilakukan oleh PUO dan juga JKKNN.

DPPK IT sedar program merakyat seni dan budaya perlu di usahakan tetapi pelajar yang sepatutnya menumpukan pembelajaran mereka telah dihidangkan dengan program yang melalaikan.

Sekian dipohon, terima kasih.

i

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

i

i

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i

Bila la nak amannnn…

November 23, 2009

Pas satu satu kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Malaysia nih diisytiharkan kosong dan perlunya diadakan Pilihanraya Kecil. Pulak tu sebabnya bukan setakat kematian penyandang kerusi tersebut aja, ada jugak sebab melompat parti. Cheh buang karan betoi. Kalau tau nak jadi kaya ngan title wakil rakyat nih, rentikanla. Manjang susahnya. Tanyalah pada yang jujur dan amanah, apa yang mereka dapat bila jadi wakil rakyat.

Tadi sempat aku sembang ngan kawan ketika menumpangnya balik dari program di Air Kuning. Mamat nih umpama PA kepada seorang wakil rakyat di selatan negeri aku. Katanya, bos dia (wakil rakyat tu la) hampir nak jual kete yang digunakannya kerana tidak mampu untuk menampung keperluan rakyat yang diwakilinya.

So the question is, kalaulah melompat parti itu melarikan diri dari kesusahan menjadi wakil rakyat, sudah tentulah dia beroleh kesenangan. Tapi adakah rakyat tempatnya itu turut sama menumpang kesenangan yang diperolehinya itu? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Kalaulah mereka begitu peka dengan nasib yang menimpa kepada mereka² hasil dari tindakan bodoh melompat parti itu, aku rasa perkara begini xkan berlaku. Selepas ini pastikanlah calon yang dipilih untuk bertanding pada PRU nanti tidak bertindak bodoh lagik. Ajar la mereka ilmu² tauhid, mengEsakan Sang Pencipta sama. Macamana nak menguruskan amanah ALlah tu. Bukannya x sabar² mempertonton manfaat yang bakal diperolehi. Hangpa leh senangla, tapi rakyat yang jenuh. Time ni la kepala asyik pikir nikmat yang diperolehi rakyat hasil dari idea kewujudan sistem pemilihan sepeti yang diamalkan di US tu.

At the last, ADUN parti hangpa yang asyik duk buat taik melompat sana-sini, pimpinan parti aku pulak yang dicop lemah memimpin. Bukankah analogi yang paling bangang pernah wujud dimuka bumi ini? Bijak bebeno kome mengurus persepsi…

i

GERAK x bergerak???

November 21, 2009

i

Mana dia Pengerusi GERAK Malaysia, Mohd Nazri Mohd Yunus? Apasal senyap membisu apabila Najib menghadiahkan lembu-lembu untuk tujuan korban di kawasan Parlimennya? Kenapa masa Tan Sri Khalid Ibrahim buat perkara yang sama dahulu, gegak gempita satu Malaysia kata perbuatan itu satu rasuah, satu penyelewangan yang dasyhat. Nah sekarang time Najib buat nih, senyap lak? Ke dah masyukkkkk???

Gambar aku rembat di M-star

i

Korban 1 Malaysia

November 20, 2009

“Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan. April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan. Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR” – Malaysiakini

Slogan hanya tinggal slogan. Mana bukti rakyat didahulukan andai saban hari kita dibentangkan dengan kisah menyayat hati seperti ini. Alangkah bertuahnya Siti Amynur Ain Putri ini andai dia mendapat sebahagian kecil sahaja dari hadiah RM7 juta yang diterima oleh wanita puaka 1 Malaysia itu tempohari. Apa yang pasti, esok akan keluarlah laporan “kita akan menyiasat segera perkara ini” ataupun “ini hanyalah kes terpencil” atau lagi best “pelajar ini akan dipastikan mendapat kemudahan sekolah berasrama penuh”.

Apapun ganjaran yang diterimanya selepas ini tidak akan mampu merawat kesedihan hatinya itu. Buat Siti Amynur Ain Putri, teruskan perjuangan. Moga anda akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti, insyaALlah. Takziah buatmu dari Budak Ipoh Timor.

i

Cerita pasai terbuka…

November 15, 2009

Mat : Ayah, apsal adik dapat lauk lebih?

Ayah : Ala mat, kamu abang. Kene la beralah ngan adik. Lagipun adik tu baru nak belajar merasa lauk tu

Mat : Arghhhh, Mat x kira. Mat nak gak lauk lebih cam adik.

Ayah : Ala Mat, jangan la camni. X elok gaduh² depan rezeki…

Emak : A’ah Mat, jangan buat perangai depan rezeki. X elok. Lagipun cuba cakap elok² ngan ayah. Mak xda pun ajar Mat kurang ajar camnih.

Mat : Arghhhhh… Mat x kira. Kalau ayah xnk kasi, mak mintak cerai dari ayah. Mat nak suh mak carikan Mat ayah baru. Ayah Mat skang nih ‘lembek’.  X berani nak buat keputusan. Kalau susah sangat biar Mat jek carikan suami baru buat Mak. Yang power. Xde ‘lembek’ cam ayah. Nanti ayah baru Mat leh kasi Mat lauk lebih cam adik. Mak jangan persoalkan cara Mat tegur ayah. Ayah kene bersedia untuk dikritik. Kalau dia dah lemah, dah ‘lembek’ dia kena tau la sifat dia. Kalau dah x leh nak pegi, berundur la. Ceraikan mak. Biar orang lain lak pimpin kita. Mungkin orang lain tu nanti lebih baik dari ayah. Cara ayah memimpin pun dah x sesuai la mak. Out of date. Lagipun ramai jiran² kita sependapat ngan Mat mak. Diorang pun kata ayah ‘lembek’, dah x sesuai nak perintah keluarga kita. Kita kene ambil persepsi jiran² kita tu mak. Jangan tolak ketepi jek.

Ayah dan Mak : MasyaALlah

Dulu aku pun spesis yang rajin berforum terutama dalam TKO. Besa la jiwa muda. Minat politik lak tuh. Suma aku tibai. Dari forumer lain sampai la ke moderator dan admin yang mengawal perjalanan laman tersebut. Akibat kelantangan aku mengkritik pihak moderator forum tersebut, aku di ‘ban’. X leh nak bercakap. Kene gam mulut. Diorang kata kalau nak tau sbb apa kene ‘ban’ sila berhubung dengan moderator yang menjaga bahagian forum tersebut. Aku fedup. Kata terbuka untuk dikritik. Tapi bila orang hantam sket jek. X banyak mana pun kene hantam. Dah ngelabah nak ‘ban’ aku. Bukan aku sorang jek. Forumer lain pun sama, tambah forumer berkiblatkan UMno.

Pengajaran yang aku dapat dari tindakan aku tu, barulah aku belajar rupanya setiap benda itu ada peraturannya. Nak menegur ada  peraturannya. Ada adabnya. Bukan leh main belasah jek.

So kalau moderator laman mcm TKO tu pun tidak terbuka untuk dikritik, kena ada adab untuk mengkritik, maka xkan la dalam parti PAS ni xde pulak adab-adab untuk menegur pimpinan? Sapa kata x leh pimpinan x leh di kritik? Cuma kalau nak tegur moderator TKO pun kena ada adab, xkan nak tegur @ kritik kepimpinan parti yang lebih luas perjuangannya dari laman TKO yang saban masa mintak sumbangan untuk server nyer tu leh main hentam keromo jek. Last² kene Dos attack, kiok seminggu. Wakakaka

i

p/s – klu ade moderator TKO or bekas moderator TKO yg baca, jgn duk pertikai keterbukaan mengkritik pimpinan, kalau hangpa sendiri pun x leh disentuh. Aku x larat nak kipas teloq hangpa. Tu pasal aku dah x join TKO. Dari web sampai mod memang cap ayam 😛

i

Ihtifal PASTI Ipoh Timor…

November 14, 2009

AlhamduliLlah petang tadi Pusat ASuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Ipoh Timor sekali lagi telah berjaya menganjurkan IHTIFAL PASTI Kawasan buat kali ke-4. Program bertempat di Hotel Seri Malaysia, julung² kalinya program seperti ini diadakan disebuah hotel. Syabas dan tahniah buat ahli jawatankuasa penyelaras program tersebut kerana berjaya mengadakan satu program yang dilihat mampu membuka minda dan mata masyarakat yang dahulunya hanya menganggap PASTI ini produk 2nd hand. Maksud aku bukanlah meletakkan program di hotel itu satu kejayaan, tetapi sekurang²nya aku lihat ianya berjaya melayan minda masyarakat hari ini yang lebih menumpukan kemewahan duniawi.

Program tersebut dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Sdr. Salman Saleh merangkap Ketua Pemuda dan Penasihat PASTI Kawasan Ipoh Timor. Program yang dimulai dengan bacaan ayat² suci al-quran juga oleh seorang pelajar murid PASTI. Kemudiannya ibu bapa dan pengunjung dihidangkan dengan persembahan murid PASTI yang ternyata memang tidak seperti persembahan murid prasekolah mahupun Kemas yang rata-ratanya dipenuhi dengan persembahan tarian. Inilah satu lagi kelainan yang ditonjolkan oleh PASTI. Program berakhir dengan majlis penganugerahan sijil kepada murid² enam tahun yang berjaya menghabiskan pembelajaran di PASTI sebelum tetamu disediakan minum petang.

Dewasa ini seringkali PASTI dijadikan perbandingan dengan prsekolah tajaan Kementerian Pendidikan mahupun KEMAS. Namun walalupun PASTI tewas dari segi prasarana, ianya jauh mendahului dari segi silibus pendidikan. Ternyata PASTI kawasan aku menjadi pilihan ibu-bapa yang inginkan anak² pandai bukan hanya pelajaran duniawi, namun ukhrawi juga. Cikgu² sekolah berdekatan antara yang menjadikan PASTI sebagai tempat anak² mereka mendapat didikan awal.

Apakah sebabnya PASTI berjaya mendapat tempat dihati bukan sahaja para mustad’afin dalam jemaah PAS namun juga kepada peringkat pertengahan mahupun golongan atasan?

Tidak lain tidak bukan kerana keringat guru² PASTI yang bersungguh² mencurahkan ilmu walaupun hanya mendapat bayaran upah yang tidak setimpal dengan apa yang diberi. Inilah kekuatan yang ada pada PASTI disamping persediaan silibus yang ternyata begitu bagus berbanding prasekolah yang lain. Pernah silibus PASTI K4T yang disediakan untuk anak² berumur 4 tahun diplagiat oleh orang-orang yg tidak bertanggungjawab. Mungkin kerana para penulis dan pihak pengurusan PASTI sendiri tidak memberatkan untuk mendaftarkan hak keatas bahan terbitan tersebut. Moga ianya tidak berlaku dilain masa.

Akhir kata buat Pengerusi PASTI Kawasan Ipoh Timor, Sdr. Ahmad Syazwan Zulkifli dan saf ahli jawatankuasanya, syabas dan tahniah aku ucapkan di atas kejayaan menganjurkan program siang tadi.

Selamat Maju Jaya buat PASTI dari Budak Ipoh Timor.

14112009(003)

Design made by Mat Kaiyyoom Ent.

14112009(002)

Calon PRU N60 berucap

14112009(008)

Bukan nak kebendang nih weh…

14112009(009)

nak berpencak nyanyi dikir barat. tukang karut dia mmg  A++

14112009(010)

Dewan berantu. Kalau anda amati, ada lembaga itam sedang menangkap gambo. Seramnye

14112009(013)

Antara pelajar dan pemosing gambar terbaik, mana satu pilihan anda?

14112009(016)

kwang ajaq…siap tunjuk bontot. adik sapa la tuh. yg pasti bukan x student PASTI

i