Cerita pasai terbuka…

November 15, 2009

Mat : Ayah, apsal adik dapat lauk lebih?

Ayah : Ala mat, kamu abang. Kene la beralah ngan adik. Lagipun adik tu baru nak belajar merasa lauk tu

Mat : Arghhhh, Mat x kira. Mat nak gak lauk lebih cam adik.

Ayah : Ala Mat, jangan la camni. X elok gaduh² depan rezeki…

Emak : A’ah Mat, jangan buat perangai depan rezeki. X elok. Lagipun cuba cakap elok² ngan ayah. Mak xda pun ajar Mat kurang ajar camnih.

Mat : Arghhhhh… Mat x kira. Kalau ayah xnk kasi, mak mintak cerai dari ayah. Mat nak suh mak carikan Mat ayah baru. Ayah Mat skang nih ‘lembek’.  X berani nak buat keputusan. Kalau susah sangat biar Mat jek carikan suami baru buat Mak. Yang power. Xde ‘lembek’ cam ayah. Nanti ayah baru Mat leh kasi Mat lauk lebih cam adik. Mak jangan persoalkan cara Mat tegur ayah. Ayah kene bersedia untuk dikritik. Kalau dia dah lemah, dah ‘lembek’ dia kena tau la sifat dia. Kalau dah x leh nak pegi, berundur la. Ceraikan mak. Biar orang lain lak pimpin kita. Mungkin orang lain tu nanti lebih baik dari ayah. Cara ayah memimpin pun dah x sesuai la mak. Out of date. Lagipun ramai jiran² kita sependapat ngan Mat mak. Diorang pun kata ayah ‘lembek’, dah x sesuai nak perintah keluarga kita. Kita kene ambil persepsi jiran² kita tu mak. Jangan tolak ketepi jek.

Ayah dan Mak : MasyaALlah

Dulu aku pun spesis yang rajin berforum terutama dalam TKO. Besa la jiwa muda. Minat politik lak tuh. Suma aku tibai. Dari forumer lain sampai la ke moderator dan admin yang mengawal perjalanan laman tersebut. Akibat kelantangan aku mengkritik pihak moderator forum tersebut, aku di ‘ban’. X leh nak bercakap. Kene gam mulut. Diorang kata kalau nak tau sbb apa kene ‘ban’ sila berhubung dengan moderator yang menjaga bahagian forum tersebut. Aku fedup. Kata terbuka untuk dikritik. Tapi bila orang hantam sket jek. X banyak mana pun kene hantam. Dah ngelabah nak ‘ban’ aku. Bukan aku sorang jek. Forumer lain pun sama, tambah forumer berkiblatkan UMno.

Pengajaran yang aku dapat dari tindakan aku tu, barulah aku belajar rupanya setiap benda itu ada peraturannya. Nak menegur ada  peraturannya. Ada adabnya. Bukan leh main belasah jek.

So kalau moderator laman mcm TKO tu pun tidak terbuka untuk dikritik, kena ada adab untuk mengkritik, maka xkan la dalam parti PAS ni xde pulak adab-adab untuk menegur pimpinan? Sapa kata x leh pimpinan x leh di kritik? Cuma kalau nak tegur moderator TKO pun kena ada adab, xkan nak tegur @ kritik kepimpinan parti yang lebih luas perjuangannya dari laman TKO yang saban masa mintak sumbangan untuk server nyer tu leh main hentam keromo jek. Last² kene Dos attack, kiok seminggu. Wakakaka

i

p/s – klu ade moderator TKO or bekas moderator TKO yg baca, jgn duk pertikai keterbukaan mengkritik pimpinan, kalau hangpa sendiri pun x leh disentuh. Aku x larat nak kipas teloq hangpa. Tu pasal aku dah x join TKO. Dari web sampai mod memang cap ayam 😛

i