Korban 1 Malaysia

November 20, 2009

“Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan. April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan. Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR” – Malaysiakini

Slogan hanya tinggal slogan. Mana bukti rakyat didahulukan andai saban hari kita dibentangkan dengan kisah menyayat hati seperti ini. Alangkah bertuahnya Siti Amynur Ain Putri ini andai dia mendapat sebahagian kecil sahaja dari hadiah RM7 juta yang diterima oleh wanita puaka 1 Malaysia itu tempohari. Apa yang pasti, esok akan keluarlah laporan “kita akan menyiasat segera perkara ini” ataupun “ini hanyalah kes terpencil” atau lagi best “pelajar ini akan dipastikan mendapat kemudahan sekolah berasrama penuh”.

Apapun ganjaran yang diterimanya selepas ini tidak akan mampu merawat kesedihan hatinya itu. Buat Siti Amynur Ain Putri, teruskan perjuangan. Moga anda akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti, insyaALlah. Takziah buatmu dari Budak Ipoh Timor.

i