27 Jun 2009 / 4 Rejab 1430

Kepada :

Haji Mohamad Jayus Haji Bunasir

Pengarah,

Politeknik Ungku Omar,

Jalan Raja Musa Mahadi,

31400 Ipoh .

(No. Fax : 05-547 1162)

i

i

Y.Bhg. Tuan;

PENGANJURAN PERTANDINGAN BATTLE OF THE BANDS POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan penganjuran pertandingan juara rentak ‘Battle of the Bands’ PUO 2009 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak (JKKNN) yang telah diadakan di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh pada 20 November 2009 untuk peringkat saringan dan peringkat akhir pada 22 November 2009 baru-baru ini.

DPPK IT mempertikaikan usaha yang telah dilakukan oleh PUO yang membawa masuk elemen yang tidak sihat ke kancah pelajar yang sepatutnya dihindari daripada mereka dan ianya amat mendukacitakan. Ibu-bapa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka menimba ilmu tetapi kecewa kerana anak-anak mereka  telah dihidangkan dengan unsur-unsur yang melekakan pelajar di dalam kampus.

DPPK IT juga merasakan kekesalan kerana pertandingan tersebut diadakan terlalu hampir dengan Masjid Sultan Azlan yang mana tempat umat Islam beribadat. DPPK IT dimaklumkan oleh penduduk-penduduk berhampiran yang kesal dengan penganjuran tersebut yang bertentangan dengan akhlak dan budi perketi umat Islam. Ramai dikalangan mereka mengecam usaha yang telah dilakukan oleh PUO dan juga JKKNN.

DPPK IT sedar program merakyat seni dan budaya perlu di usahakan tetapi pelajar yang sepatutnya menumpukan pembelajaran mereka telah dihidangkan dengan program yang melalaikan.

Sekian dipohon, terima kasih.

i

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

i

i

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i

Bila la nak amannnn…

November 23, 2009

Pas satu satu kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Malaysia nih diisytiharkan kosong dan perlunya diadakan Pilihanraya Kecil. Pulak tu sebabnya bukan setakat kematian penyandang kerusi tersebut aja, ada jugak sebab melompat parti. Cheh buang karan betoi. Kalau tau nak jadi kaya ngan title wakil rakyat nih, rentikanla. Manjang susahnya. Tanyalah pada yang jujur dan amanah, apa yang mereka dapat bila jadi wakil rakyat.

Tadi sempat aku sembang ngan kawan ketika menumpangnya balik dari program di Air Kuning. Mamat nih umpama PA kepada seorang wakil rakyat di selatan negeri aku. Katanya, bos dia (wakil rakyat tu la) hampir nak jual kete yang digunakannya kerana tidak mampu untuk menampung keperluan rakyat yang diwakilinya.

So the question is, kalaulah melompat parti itu melarikan diri dari kesusahan menjadi wakil rakyat, sudah tentulah dia beroleh kesenangan. Tapi adakah rakyat tempatnya itu turut sama menumpang kesenangan yang diperolehinya itu? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Kalaulah mereka begitu peka dengan nasib yang menimpa kepada mereka² hasil dari tindakan bodoh melompat parti itu, aku rasa perkara begini xkan berlaku. Selepas ini pastikanlah calon yang dipilih untuk bertanding pada PRU nanti tidak bertindak bodoh lagik. Ajar la mereka ilmu² tauhid, mengEsakan Sang Pencipta sama. Macamana nak menguruskan amanah ALlah tu. Bukannya x sabar² mempertonton manfaat yang bakal diperolehi. Hangpa leh senangla, tapi rakyat yang jenuh. Time ni la kepala asyik pikir nikmat yang diperolehi rakyat hasil dari idea kewujudan sistem pemilihan sepeti yang diamalkan di US tu.

At the last, ADUN parti hangpa yang asyik duk buat taik melompat sana-sini, pimpinan parti aku pulak yang dicop lemah memimpin. Bukankah analogi yang paling bangang pernah wujud dimuka bumi ini? Bijak bebeno kome mengurus persepsi…

i