Memo kepada Politeknik Ungku Omar, Ipoh

November 23, 2009

27 Jun 2009 / 4 Rejab 1430

Kepada :

Haji Mohamad Jayus Haji Bunasir

Pengarah,

Politeknik Ungku Omar,

Jalan Raja Musa Mahadi,

31400 Ipoh .

(No. Fax : 05-547 1162)

i

i

Y.Bhg. Tuan;

PENGANJURAN PERTANDINGAN BATTLE OF THE BANDS POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan penganjuran pertandingan juara rentak ‘Battle of the Bands’ PUO 2009 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak (JKKNN) yang telah diadakan di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh pada 20 November 2009 untuk peringkat saringan dan peringkat akhir pada 22 November 2009 baru-baru ini.

DPPK IT mempertikaikan usaha yang telah dilakukan oleh PUO yang membawa masuk elemen yang tidak sihat ke kancah pelajar yang sepatutnya dihindari daripada mereka dan ianya amat mendukacitakan. Ibu-bapa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka menimba ilmu tetapi kecewa kerana anak-anak mereka  telah dihidangkan dengan unsur-unsur yang melekakan pelajar di dalam kampus.

DPPK IT juga merasakan kekesalan kerana pertandingan tersebut diadakan terlalu hampir dengan Masjid Sultan Azlan yang mana tempat umat Islam beribadat. DPPK IT dimaklumkan oleh penduduk-penduduk berhampiran yang kesal dengan penganjuran tersebut yang bertentangan dengan akhlak dan budi perketi umat Islam. Ramai dikalangan mereka mengecam usaha yang telah dilakukan oleh PUO dan juga JKKNN.

DPPK IT sedar program merakyat seni dan budaya perlu di usahakan tetapi pelajar yang sepatutnya menumpukan pembelajaran mereka telah dihidangkan dengan program yang melalaikan.

Sekian dipohon, terima kasih.

i

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

i

i

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i

3 Responses to “Memo kepada Politeknik Ungku Omar, Ipoh”

  1. ibni-baittutah Says:

    Dekat Kelantan mu bukey kiro Pas, Umno….Umno pung demo tok seh ngoyak doh, kiro dah basi. Tapi mu tak tanyo Geng Tigo Serangkai. Ado tigo serangkai bawah Umno, keris doh takdok tinggal ulu dio. Ulu pulok tinggal makan anai-anai. Mu tahu tigo serangkai gapo dio, nok kecek jadi umno malu, nok kecek jadi Bn, orey tokseh dengor, nok kecek orang kerjaan Wang Ehsan belum Mari.
    Tigo Serangkai Kelantan terdiri dari:

    1. Tigo Serangkai mawar berduri Wira Wang Ehsan Satu……..Tok Papa Gril wal mama grill.
    2. Tigo Serangkai mawar berduri Wira Wang Ehsan Dua………Awang Soh Anok tok Ketereh Mek Kenyir.
    3. Tigo Serangkai mawar berduri Wira Wang Ehsan Tiga……..Anuar Jeba Lebai Lisut Bola Api.

    * tigo serangkai kalau mu kecek bagi 20 Juta tu kiro kaya lah…..
    * 2 Billion?.
    hoii..Tigo Serangkai mari buakt debat Royal jelly Minyok al – wang ehsan. Ambo klik kecek ikut undang-undang tentang fakta royalty minyok. Tigo serangkai TOK PAPA GRILE AND AWANG SOH main kaleh-kaleh tok moh nok jawab soalan ambo. Guano kato ngoyak tulung rakyat Kelatan hok nok bagi piteh konon. Nok bagi wang ehsan, ngoyak 20juta, gapo tak bagi Wang Royalty minyok sukmo muleh buat kijo, 100 bazzar dekat KB pung muleih wujud. La nok buat projek tandas awam wakaf Cek yeh dan kilang budu pung belum tentu cukup. Gapo tak ngoyak Royalty……Mu tahu sebab gapo Tok Papa dan Awang soh tak ngoyak royalty?. Pasal kalau bagi wang ehsan cumo 20juta ajeeeeee. Lebih pegi manaaaaaa?.Neiy kalau ada rakyat Kelantan yang masih degil lagi, tak percaya dan dengar….tak tahu lah mu wira gapo dio mari…Gapo dio lagi hok nok ngoyak pasal rakyat dan kerajaan negeri.


  2. Saya ingin masuk Politeknik Ungku Omar


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: