Ku Li atau kuli?
November 26, 2009
…
“Eloklah Tengku Razaleigh teliti semasak-masaknya walaupun ia melibatkan negeri Kelantan tetapi ini ditaja oleh pihak parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri yang nak mengusahakannya – Malaysiakini
…
Pas satu-satu masalah dihadapi oleh pihak UMno Be End. Tengah sibuk nak uruskan masalah MCA, tetiba kuar lak laporan mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang bersetuju untuk memikirkan tawaran mengetuai *kaukus petroleum yang ingin dibentuk oleh Pakatan Rakyat bagi menuntut bayaran royalti hasil minyak di Kelantan.
Kelam kabut pulak Muhyiddin Yasin meminta agar perlantikan Ku Li itu difikirkan semula. Katanya kes tersebut diluar kebiasaan terutama buat parti memerintah seperti UMno ini. Jadi aku pun setuju la jugak dengan pandangan TPM kita nih. Memang betul apa yang dia cakap. Seumpama Tok Guru Haji Hadi dilantik mengetuai kaukus PKFZ. Memang pelik bukan?
Cumanya kalau Ku Li dilarang untuk terlibat dengan kaukus anjuran Pakatan Rakyat itu, apakata pihak UMno Be End sendiri mengadakan kaukus bagi tujuan tersebut? Apa macam? Ada berani ka Muhyiddin?
i
*Kaukus (Bahasa Inggeris: caucus) secara umum didefinisikan sebagai sebuah pertemuan dari para pendukung atau anggota sebuah parti politik atau gerakan [ link ]
i
Bila Badut buat kenduri…
November 26, 2009
…
Alkisahnya seperti yang selalu termaktub dalam skrip lakonan drama² melayu, maka pihak hero sekali lagi terpaksa memendam rasa melihat krook (orang jahatla) dan kuncu²nya meraikan keputusan Mahkamah Rayuan malam semalam.
“Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh” – Malaysiakini
Ramai jugak yang mengeluh dengan keputusan ketiga-tiga hakim tersebut. Mungkin mereka merasakan bahawa kali ini hakim tidak akan berpihak lagi kepada SPR dan Be End. Namun kesemua telahan mereka itu tersasar sekali lagi. Bayangkan keputusan diumumkan pada jam 7.30malam? Begitu tekun sekali mereka bekerja. Kalaulah kesemua penjawat awam bekerja sepertimana para hakim Mahkamah Rayuan ini, sudah tentu kadar KDNK negara tahun ini tidaklah seteruk zaman Pak Lah dulu.
So nampak gayanya hakim sekali lagi akan dihukum oleh rakyat disebabkan sikap mereka yang sekali lagi terang²an cuba mengubah keputusan asal. Pernah terjadi sebelum ini keputusan YAB Menteri Besar Perak, Hj Nizar yang telah diisytiharkan masih kekal sah sebagai MB Perak ketika itu. Namun keputusan berpihak semula kepada Be End hanya sehari selepas itu.
Persoalannya adakah hakim² di Malaysia sekarang ini bertindak di atas kepentingan masyarakat umum ataupun untuk hanya parti Be End sahaja?
Xpa kita tunggukan episod selanjutnya. Kita akur dengan penggantungan sementara perlaksanaan keputusan mahkamah tinggi kelmarin walaupun dengan hati yang berbelah bahagi.
Tetapi seandainya keputusan itu masih kekal, maka mahu tidak mahu kita terpaksa jugak mengupah Sivaji Da Boss untuk menangani hal tersebut. Sudah bersediakah para hakim negara ini untuk berhadapan dengan Sivaji Da Boss??? Hangpa tau jawapannya kan?
Bagi yang x brapa nak kenai ngan si Sivaji tu, aku paprkan imejnya di bawah 😀
i