Bila Badut buat kenduri…

November 26, 2009

Alkisahnya seperti yang selalu termaktub dalam skrip lakonan drama² melayu, maka pihak hero sekali lagi terpaksa memendam rasa melihat krook (orang jahatla) dan kuncu²nya meraikan keputusan Mahkamah Rayuan malam semalam.

“Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh” Malaysiakini

Ramai jugak yang mengeluh dengan keputusan ketiga-tiga hakim tersebut. Mungkin mereka merasakan bahawa kali ini hakim tidak akan berpihak lagi kepada SPR dan Be End. Namun kesemua telahan mereka itu tersasar sekali lagi. Bayangkan keputusan diumumkan pada jam 7.30malam? Begitu tekun sekali mereka bekerja. Kalaulah kesemua penjawat awam bekerja sepertimana para hakim Mahkamah Rayuan ini, sudah tentu kadar KDNK negara tahun ini tidaklah seteruk zaman Pak Lah dulu.

So nampak gayanya hakim sekali lagi akan dihukum oleh rakyat disebabkan sikap mereka yang sekali lagi terang²an cuba mengubah keputusan asal. Pernah terjadi sebelum ini keputusan YAB Menteri Besar Perak, Hj Nizar yang telah diisytiharkan masih kekal sah sebagai MB Perak ketika itu. Namun keputusan berpihak semula kepada Be End hanya sehari selepas itu.

Persoalannya adakah hakim² di Malaysia sekarang ini bertindak di atas kepentingan masyarakat umum ataupun untuk hanya parti Be End sahaja?

Xpa kita tunggukan episod selanjutnya. Kita akur dengan penggantungan sementara perlaksanaan keputusan mahkamah tinggi kelmarin walaupun dengan hati yang berbelah bahagi.

Tetapi seandainya keputusan itu masih kekal, maka mahu tidak mahu kita terpaksa jugak mengupah Sivaji Da Boss untuk menangani hal tersebut. Sudah bersediakah para hakim negara ini untuk berhadapan dengan Sivaji Da Boss??? Hangpa tau jawapannya kan?

Bagi yang x brapa nak kenai ngan si Sivaji tu, aku paprkan imejnya di bawah 😀


i

4 Responses to “Bila Badut buat kenduri…”

  1. uma Says:

    lu kene ambil style sikap mcm saidina ali
    bila mana hakim mmutuskan perhakiman dlm sirah ali vs yahudi.
    leh ke?hehe

    • shamsuleffendey Says:

      haha…jauh sangat nak bandingkan zaman saidina ‘ali nye hakim ngan zaman skang.
      kot la lu rasa sama. hehe

      • uma Says:

        tp kan saidina apa ada pakai hujah pd hakim tu
        yg dia antara manusia yg dijamin oleh rasulNYA syurga tak?hehe
        x kan lah hakim tu pale biol
        x kan lah manusia yg dijamin oleh rasulNYA syurga nak kelentong kot.hehe

        so lu rasa mcm ne?
        hakim tu biol ke tak?haha

  2. basir Says:

    mai emai..nak antar gambar….sivaji..(basir Bkt Gntg)
    bcomm77@hotmail.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: