Calon Presiden PAS…

November 14, 2009

Aku rasa aku dah jumpa sapa dia calon Presiden PAS yang baru. Tu pun kalau hangpa pun stuju sama ngan aku la…

Calon aku x lain x bukan..

Presiden PAS – Blogger Manjung Mari

Timbalan Presiden PAS – Blogger Bagan Utama

Setiausaha Agung PAS – Aduka Teruna (kene cek keahlian PAS dulu)

Agak┬▓ hangpa stuju x ngan cadangan aku? ­čśÇ

i

 

Angguk-angguk,geleng-geleng…

November 13, 2009

Cukupkah sekadar doa? Jadik la ahli PAS dulu. Kalau dah jadi ahli, aktifla dalam cawangan. Hadir mesyuarat agung cawangan bersuara. Jangan duk datang penuh kuota jek. Dah tu kalau terpilih jadik perwakilan, g mesyuart agung Kawasan pulak. Bersuara lagik. Pastu kot terpilih jadik perwakilan kawasan ke Muktamar PAS Pusat, jangan duk melelong ke gerai┬▓ jualan lak. Dahtu camna doa nak makbul weh oiiii… Kih kih kih ­čśŤ

i

“SPRM baru-baru ini telah menyiasat dakwaan itu dan telah ke pejabat Abdul Ariffahmi bagi menyiasat dakwaan penulis blog tersebut”Malaysiakini

Memang tangkas sungguh SPRM ni bergerak. Hanya berdasarkan maklumat blog sahaja sudah boleh bertindak. Tapi bukan sebarang laporan blog yang diambil perhatian. Hanya blog yang menumpukan kepada parti Pakatan Rakyat sahaja yang akan dilayan. Kalau blog dari kalangan aktivis atau simpatisan Pakatan Rakyat, tobat lahum x kemananya dakwaan tu. Sedangkan begitu banyak dakwaan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pihak pemerintah Be End, masakan satu pun xda yang sangkut dengan pendakwaan?

Kemana perginya laporan salah urus yang dikeluarkan dalam laporan Ketua Audit Negara tempohari? Opss dah mula disiasat. Ok kira dh mula bergerak la. PKFZ lak camne? Bro Husam kata penyelewangan itu telahpun mulai dikesan pada tahun 2003 lagi. Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) sendiri sudahpun mengesahkannya dan meminta perkara itu disiasat.

Tapi kenapa baru sekarang terhegeh┬▓ nak bertindak. Tapi hanya kerana berpandukan satu laporan blog keatas anak menantu pemimpin Pakatan Rakyat, tanpa sempat menyedut nafas mereka dah berada ditempat kejadian? Dah kebuloq sangatka hangpa woi???

Sial SPRM. Sampai bila hangpa nak jadik balaci UMno Be End???

i

Rehat Sekejap…

November 9, 2009

SETELAH BERAKHIRNYA apa yang dipanggil Seminar Memperkasakan Parti semalam, PAS kini nampaknya berazam untuk memperbaiki dirinya demi untuk menjadi sebuah ‘parti untuk semua’.

Natijah ini sebenarnya terserlah daripada awal lagi. Soal capai atau tidak itu soal lain. Mari kita lihat kemungkinan-kemungkinannya ke arah itu.

Pertama, belum pernah dalam sejarah parti itu, satu seminar untuk melihat kelemahan diri diadakan dalam suasana yang begitu terbuka sebagaimana yang ditunjukkan melalui seminar itu.

Saya katakan terbuka kerana seminar itu turut dihadiri wakil-wakil media tanpa ada unsur-unsur saringan terlebih dahulu.

Kedua, PAS menjemput dua orang ahli akademik yang dari segi keanggotaannya tiada kaitan langsung dengan mereka untuk membentangkan kertas kerja mengenai kemajuan dan kelemahan PAS walaupun kehadiran Aziz Bari lebih kepada untuk menjawab atau mempertahankan tulisan beliau sehingga mengundang kepada kontroversi kritikan pedas Nik Aziz Nik Mat yang selepas itu pula mendorong kepada terhasilnya seminar berkenaan.

PAS yang seperti ini tidak akan kelihatan di era 1980an mahupun 1990an.

Malah PAS diera 1980an masih dengan slogan ‘Bakar Wartawan’ atau ‘bakar suratkhabar’.

Tapi kali ini, PAS bukan sahaja membuka pintunya kepada kritikan luar malah mengizinkan pihak media mendengar kandungan kritikan tersebut.

Jadi cara PAS membawa dirinya ke alaf baru ini serta keputusan sebulat suara bagi meluluskan lima resolusi yang dicapai pada seminar berkenaan pada dasarnya menggambarkan bahawa segala kekalutan yang berlaku dalam PAS sejak akhir-akhir ini berjaya diselesaikan secara terbuka dan melalui kaedah musyawarah.

Pendek kata, PAS ingin menunjukkan kepada dunia bahawa ia benar-benar serius dalam menawarkan alternatif kepada rakyat Malaysia melalui dasar-dasar keterbukaan yang sedang ditunjukkannya masa kini.

Selanjutnya di –> Mstar

i

Panas…

November 8, 2009

Program lawatan kerja dan kursus pentadbiran organisasi telah berjaya diadakan pagi tadi. Program yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Ipoh Timor telah dihadiri oleh wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Perak iaitu sdr. s/u Ust. Misbahul Munir Masduki, Ismad Shahril penolong s/u dan Khalilul Rahman selaku s/u eksekutif PAS Perak. Turut serta program kali ini ialah PAS Kawasan Ipoh Barat. Inilah julung kalinya pertemuan dua kawasan selepas penyatuan Jerman Timur dan Barat. Teringat Matthias Sammer berganding ngan Lotthar Mattheus dulu. Nostalgia beb.

Program berlangsung dalam suasana panas. Bukan panas sebab pembentangan mahupun soalan┬▓ peserta cam di Seminar Pemerkasaan Parti PAS semalam, tapi sebab elektrik takde. Berpeluh sakan la pembentang. Rasakan, tu la dah biasa sangat duk dalam bilik berhawa dingin. Sesekali kasi la duk bilik panas lak. Bior beringat masa ngah terkontang kanting markaz x de kipas dulu. Nostlagia lagik beb.

Perjalanan program cam biasa tersasar dari jadual. Dah mangli kata org kedah. Pinjam ayat sat no. Tapi apapun perjuangan tetap diteruskan. X kisahla ramai ke sket janji jalan tetap jalan. Lumrah manusia gemorkan benda┬▓ yang kontroversi. Lagi panas isunya, lagi la ramai yang menempek muka. Yang x terbabit pun volunteer datang. At least balik ke kawasan masing┬▓ nanti leh wat spekulasi memcm. Mengikut nafsu yang pelbagai barangkali. Kalau program cambah minda camnih? Haha korang fikirla sendiri.

i

Selamat Berseminar…

November 7, 2009

AlhamduliLLah kalau tiada aral, hari ini Parti Islam Semalaysia (PAS) akan berseminar di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur. Kehadiran peserta seminar ini dilihat sama ramainya dengan perwakilan ke Muktamar Tahunan PAS Pusat. Maka markaz tersebut bakal menerima kunjungan lebih dari seribu peserta.

Bagaimana keadaannya di dalam markaz itu nanti? Dengan kepadatan peserta, dengan bahang cuaca ditambah panasnya isu yang melanda. Aku harap tempat yang dipilih boleh memberi keselesaan peserta. Mungkin PAS Pusat ada sebab tersendiri memilih tempat tersebut bagi seminar ini. Kalau tanya aku, aku lebih suka PAS Pusat mencari tempat yang lebih selesa agar tumpuan peserta lebih fokus kepada isu yang bakal dibangkitkan nanti. Bukan kata Taman Melewar tu x bagus, cuma sudah kurang sesuai bagi program sepenting ini. Dengan masalah sesaknya, dengan masalah parking kenderaannya. Suasananya amat berbeza dengan satu masa dahulu.

Akhir kata, mudah-mudahan ada yang terbaik dapat dirumuskan pada seminar yang diadakan bertujuan mengantikan muktamar khas yang telah dicadangkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Abdul Aziz sebelum ini. Moga segala rumusan yang terhasil dari seminar ini dapat diterima dengan hati terbuka buat pimpinan dan juga peserta keseluruhannya. Luahkan apa yang dirasa agar jemaah kekal terpelihara.

Selamat Berseminar dari BUDAK IPOH TIMOR.

i

i

Tahniah…

November 5, 2009

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor hari ini menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila salah seorang ahli jawatankuasa pemudanya, sdr. Shafuad Saleh telah dikurniakan ALlah swt seorang anak lelaki seberat 3.3kg sebentar tadi. Isteri beliau selamat melahirkan anak tersebut melalui proses pembedahan setelah usaha untuk melahirkan anak secara normal tidak berjaya. Untuk rekod, Sdr. Shafuad Saleh juga merupakan adik bongsu kepada Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, sdr. Salman Saleh dan anak tersebut merupakan anak sulung hasil perkahwinannya setahun yang lepas.

Dengan berita gembira ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor bakal memperolehi seorang lagi tenaga pelapis dalam jangkamasa 15 tahun akan datang insyaALlah. Sudah tentu tercatat dalam sejarah yang menggemparkan hari ini bilamana sdr. Shafuad buat pertama kali mengalunkan azan pada luar waktu solat. Apa yang pasti, diharapkan dengan kelahiran anak tersebut akan mengukuhkan lagi hati dan jasad beliau bagi membantu menegakkan kalimah Islam dibumi Malaysia ini, insyaALlah. Akhir kata, tahniah buat sdr. Shah @ At dari Budak Ipoh Timor. Doa aku mudah┬▓an anak yang dilahirkan ini beroleh rahmat dan keberkatan dari ALlah swt.

i

Suratan @ Kebetulan…

November 3, 2009

Jumlah pelajar maut akibat peristiwa jambatan runtuh di Kampar = 3 orang

Jumlah pelajar maut akibat peristiwa dihanyutkan arus besar di air terjun  Batu Berangkai Kampar = 3 orang

Jumlah ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai ADUN bebas dan menyokong Be End sehingga kerajaan Pakatan Rakyat dirampas = 3 orang

Apa pula selepas ini?

i

Peringatan ALlah…

November 3, 2009

i

Memang dh lumrah kat Mesia nih, sesuatu kejadian tu besanya datang bermusim. Kalau time bas eksiden, tetiap hari keluar brita bas eksiden. Kemudian datang berita kes buang bayi baru lahir, berderet┬▓ kisah pasai tu sampai naik muak membacanya. Sebelum ini jugak heboh kes perbalahan dalam parti. Semua parti berbalah dari parti komponen Be End hinggalah kedalam parti Pakatan Rakyat. Yang tu x masuk lagi perbalahan antara blogger sesama Be End dan blogger sesama Pakatan Rakyat lagik. Terkini berkenaan kejadian bencana alam. X kira la banjir besar ke, jambatan runtuh dan lemas di Kampar ke dan termasuklah tanah runtuh seperti yang berlaku di Jalan persekutuan di KM 12 Jalan Rawang-Selayang di Bukit Kanching, Rawang jam 2.45 pagi tadi dan telah dilaporkan oleh M-star.

Cuma yang aku takjub, adakah berita┬▓ ini yang dilaporkan secara bermusim ataupun mmgnya setiap kejadian itu diaturkan ALlah mengikut musim? WALlahua’lam

i