Takuk Lama Lagi…

December 3, 2009

Namewee, individu yang pernah dikaitkan dengan kontroversi menghina lagu kebangsaan ‘Negaraku’ sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila kali ini bertindak menghina syarikat utiliti pembekal tenaga terulung negara, Tenaga Nasional Berhad. Pencipta muda yang kreatif dan pernah mendapat pendidikan di Taiwan ini kali ini bertindak lebih aggresif apabila memaki hamun syarikat multinasional itu hanya kerana syarikat itu tidak mengedarkan notis gangguan bekalan elektrik dikawasan kediamannya di Muar, Johor. Perbuatannya memaki pekerja TNB itu juga telah dimuatnaik pada laman YouTube [ link ]. Akibatnya tindakan beliau itu telah mendapat perhatian dari rakyat bawahan sehinggalah kepada pak menteri.

Isunya ialah GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK TANPA NOTIS PEMBERITAHUAN.

Aku ingatkan perkara itu hanyalah kes terpencil yang jarang² berlaku. Ya baru sebentar tadi lebih kurang jam 3 petang, kawasan sekitar pejabat aku bekerja juga mengalami gangguan bekalan elektrik sepertimana yang dialami oleh Namewee itu. Akibatnya aku dan para pekerja yang terlibat dengan peristiwa tersebut terpaksa berpanasan sehingga melewati jam 5 petang.

Mungkin isunya agak kecil. Tetapi sekiranya kerap berlaku, dan akan merencatkan perjalanan sesebuah organisasi yang seratus peratus bergantung kepada bekalan elektrik tersebut, berapa banyak kerugian yang terpaksa ditanggung?

Bagaimana pula kerja² di komputer yang tidak sempat di’save‘? Sudah tentu nasib yang dialami oleh Namewee yang telah kehilangan gubahan lagu barunya yang berada di dalam komputernya. Mungkin lagu tersebut begitu penting hinggakan dianggap sebagai ‘nyawa‘ Namewee sendiri, tetapi bagaimana pula seandainya dokumen yang teramat penting yang perlu disiapkan segera bagi memenuhi kehendak pelanggan?  Adakah pihak TNB mahu bertanggungjawab terhadap kerugian seperti ini?

Secara logik akalnya, apa yang dilakukan oleh pencipta muda kreatif tersebut memang patut sangat². Yang menjadi persoalan sehingga kini, kenapakah pihak² yang terbabit dalam hal ini masih memberikan perkhidmatan kelas ketiga terhadap rakyat negara ini? Kita tidak persoalkan seandainya perkhidmatan itu diberikan percuma. Tetapi realitinya pengguna membayar perkhidmatan tersebut. Sepatutnya perkhidmatan yang diberikan akan bertambah baik dari semasa kesemasa. Ini tidak. Makin teruk rasanya.

Sampai bila perkara ini akan terus berlaku? Untung berlipat ganda yang dapat dihalakan kemana? Adakah hanya kepada ahli lembaga pengarah dan para pemegang saham syarikat tersebut??? Takkanlah tidak boleh diambil sedikit bagi memperbaiki kelemahan tersebut? Jangan hanya melihat keuntungan semata².

Aku yakin andaikata perkara sebegini berlaku dinegara maju yang lain, sudah pastinya tuntutan saman berjuta ringgit akan dihadapi oleh TNB. Tapi malangnya, bukan sahaja rakyat dipersalahkan, malah syarikat seperti TNB ini pula dipertahankan.Itulah juga yang berlaku kepada ibu-bapa  penjaga murid yang mati di Kuala Dipang tempohari. Apa jawapan Shaziman Mansor? Tidak boleh diambil tindakan terhadap syarikat yang membina jambatan tersebut. Mudah sekali jawapan diberi bukan?

Jika demikian jawapannya, kemana dia slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tu? Yang pasti slogan hanya tinggal slogan, rakyat bawahan tetap terus menderita. Malangnya menjadi rakyat Malaysia.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: