Dari menteri sampai la pemain x tau malu…

December 7, 2009

penalti x masuk pun leh megah lagik


Memang memalukan. Dah la pasukan ‘pompuan’ asyik kalah kene belasah jek, yang pasukan ‘jantan’ lak pantang bila kalah, nak membelasah jek. Apa punya perangai la yang dibawa pemain bolasepak negara ni. Pasukan bolasepak lelaki negara bertindak mengamuk apabila berang dengan tindakan pengadil yang berpihak berat sebelah sewaktu mengadili perlawanan dengan negara Vietnam semalam [ link ]

Kelmarin, Shabery Chik dh mintak pasukan bolasepak wanita mengukur dibaju sendiri apabila menyertai sesuatu kejohanan. Ini berasaskan kekalahan dengan jaringan yang amat memalukan kepada pasukan wanita Thailand sebanyak 14-0 (macam main netball lak jaringannya). Alasan yang diberikan oleh jurulatihnya yang mengatakan bahwa kehadiran pasukan bimbingannya hanyalah sekadar menimba pengalaman memandangkan mereka hanya dikumpulkan sebagai sebuah pasukan kurang dari 5 bulan sedangkan pasukan lain telahpun bersama lebih dari 2 tahun [ link ]

Kalaulah begitu alasannya, mengapakah kerajaan bersetuju meluluskan pemergian pasukan tersebut ke temasya Sukan Sea Vietnam itu memandangkan mereka memang tiada bercita² untuk menang melainkan hanya untuk menimba pengalaman. Sekadar menimba pengalaman, bukankah boleh diadakan pertandingan persahabatan di negara sendiri. Itu lebih menjimatkan. Mungkin pasukan TABIKA Kemas ataupun pasukan projek PERMATA Rosmah Mansor boleh dijadikan lawan mereka.

Berapa banyak duit negara terpaksa dihanguskan hanya untuk melihat pasukan bolasepak negara mencipta rekod yang amat memalukan itu? Tahniah buat Shabery Chik. Opss  tidak lupa juga buat Dato’ Seri Nizar yang berjaya membawa pasukan bolasepak Perak keluar dari masalah HUTANG LAPUK Be eNd dan kembali semula mewarnai kancah bolasepak Liga Super tahun hadapan.

i

p/s – contohilah pasukan Chelsea. Dua kali kalah berturut² pun masih cool lagik. Heh heh😀

i

One Response to “Dari menteri sampai la pemain x tau malu…”

  1. uma Says:

    nizar ke yg bjaya bwk pasukan perak masuk liga blk…?
    coz aritu
    kecoh ada org2 lain tayang muka dlm tv
    yg diaorg yg berusaha settledkan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: