Supercop…

December 8, 2009

… Semalam Abdul Rahim, Ketua Polis Kelantan berkata struktur tembok penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu Nurul Ain terjunam ke dalam bangunan.

Beliau berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil ia boleh runtuh sebagaimana yang berlaku itu- Malaysikini

i

Hebat memang hebat. Belumpun kertas siasatan dibuka, pihak polis telah menemui punca kejadian kemalangan kereta terjunam di KB Mall kelmarin. Menurut kenyataan Ketua Polis Kelantan, kemalangan berpunca akibat tiadanya tetulang besi pada binaan tembok bangunan tersebut. Andaian Ketua Polis tersebut bagaimanapun berlawanan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengatakan pihak empunya bangunan tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam kemalangan tersebut [ link ].

Yang mana satu betul? Ketua Polis atau Exco negeri?

Pendapat aku, nampak gayanya pihak polis sekali lagi mendahului siasatan sepertimana yang dilakukannya sebelumĀ² ini. Kalau dulu seringkali kita diulangĀ² bahawa kesan lebam dibahagian mata Anwar Ibrahim sewaktu merengkok di penjara Sungai Buloh adalah perbuatannya sendiri. Ternyata selepas siasatan dijalankan, kenyataan pihak polis itu menyimpang jauh sehinggakan individu yang menyebabkan mata Anwar lebam adalah Ketua Polis Negara sendiri ketika itu.

Jadi adakah episod sama berulang kembali? Seeloknya aku rasa lebih baik la pihak polis menumpukan usaha bagaimana caranya untuk menangani jenayah ragut yang semakin membimbangkan ketika ini. Urusan nak cari sebab bangunan tu dibuat mengikut spesifikasi yang betul atau salah serahkan je pada badan yang bertauliah. Itu lebih baik. Banyak lagi benda yang perlu diberikan lebih tumpuan. Dah ramai sangat rakyat yang x berdosa menjadi mangsa jenayah ragut nih. Janganla duk berangan nak jadi SUPERCOP.

i

p/s- bagaimana pula dengan kes menaikkan kayu pemidang di hadapan bangunan Wisma DAP kelmarin? Xkan polis x tahu sapa yang pasang? Bukankah rondaan kerap dijalankan dikawasan terbabit memandangkan ianya berhadapan dengan bangunan pentadbiran kerajaan negeri? Atau polis turut sama mengambil bahagian menjaga kepentingan kelompok tersebut? Persoalan demi persoalan masih menjadi misteri.

i

Ni ha puncanya…

December 8, 2009

Semalam aku bersantai membicarakan isu bolasepak negara masakini. Dari zaman kehebatan sehingga pernah layak ke Sukan Olimpik dahulu sehinggalah terkini boleh dikalahkan oleh pasukan kerdil seperti Maldives. Walaupun begitu rakyat negara ini masih begitu cintakan bolasepak. Acapkali juga ditipu, tapi bagi aku itulah sahaja hiburan yang ada. Berbanding sukan didalam dewan yang tidak membolehkan penonton meluahkan perasaan berlebihan, tapi di stadium bolasepak kesemuanya boleh dilakukan. Dari maki hamun, puji memuji, tari menari sehinggalah melontar kacang dan pemetik api, kesemuanya bertujuan memuaskan hati penonton yang membayar sebuah persembahan dari 22 pemain di atas padang itu.

Jika semalam akhbar membawakan berita mengenai sikap pemain negara yang sepeti tidak mahu menerima takdir kekalahan, hari ini kita dikejutkan pula dengan keputusan flip-flop FAM, badan sukan yang mengawal segala aktiviti bolasepak tanahair. Kemasukan semula pasukan Pahang ke dalam kancah Liga Super bolasepak Malaysia sudah tentunya mencetuskan seribu rasa tidak puas hati buat peminat, penyokong mahupun pasukan yang sepatutnya layak berada di situ, iaitu Harimau Muda A sementelah mereka telah dijanjikan tempat tersebut sebelum ini.

Bukanlah sukar untuk menilai kenapa keputusan U-turn saat akhir itu dilakukan. Jika dilihat struktur organisasi badan induk tersebut, sudah pastinya kita akur akan keputusan yang terpaksa dipersetujui oleh kesemua ahli gabungan persatuan negeri mahupun kelab bolasepak yang mendaftar di bawah gabungan badan induk tersebut. Walau bagaimana hebat bantahan dibuat, bolasepak bukan milik mutlak rakyat Malaysia, bahkan ianya milik ekslusif pentadbir FAM. Mereka boleh sesuka hati menukar peraturan yang telah dibuat tanpa melihat kepada rasional keputusan itu dibuat. Adakah ianya memberikan keuntungan kepada mutu bolasepak negara tidak timbul buat masa ini. Yang penting raikan hak orang atas tersebut.

Jika begini caranya FAM menangani permasalahan bolasepak negara kita, apa sangatlah nak dimalukan dengan kekalahan 14-0 tempohari ataupun 1-0 kepada Maldives tu? Sudah sampai masanya rakyat Malaysia yang cintakan sukan tersebut bangun membantah campurtangan eksekutif dalam mencaturkan sukan tercinta ini. Pandangan aku, berilah kuasa itu kepada yang hak, bukan kepada yang tuli tentangnya. Kalau itu yang dipilih, memang kehancuran yang akan ditempah.

Buat peminat sukan bolasepak, sampai bilakah anda mahu ditipu?

i

* sumber berita – Kosmo

i