Supercop…

December 8, 2009

… Semalam Abdul Rahim, Ketua Polis Kelantan berkata struktur tembok penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu Nurul Ain terjunam ke dalam bangunan.

Beliau berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil ia boleh runtuh sebagaimana yang berlaku itu- Malaysikini

i

Hebat memang hebat. Belumpun kertas siasatan dibuka, pihak polis telah menemui punca kejadian kemalangan kereta terjunam di KB Mall kelmarin. Menurut kenyataan Ketua Polis Kelantan, kemalangan berpunca akibat tiadanya tetulang besi pada binaan tembok bangunan tersebut. Andaian Ketua Polis tersebut bagaimanapun berlawanan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengatakan pihak empunya bangunan tidak melakukan apa-apa kesalahan dalam kemalangan tersebut [ link ].

Yang mana satu betul? Ketua Polis atau Exco negeri?

Pendapat aku, nampak gayanya pihak polis sekali lagi mendahului siasatan sepertimana yang dilakukannya sebelum² ini. Kalau dulu seringkali kita diulang² bahawa kesan lebam dibahagian mata Anwar Ibrahim sewaktu merengkok di penjara Sungai Buloh adalah perbuatannya sendiri. Ternyata selepas siasatan dijalankan, kenyataan pihak polis itu menyimpang jauh sehinggakan individu yang menyebabkan mata Anwar lebam adalah Ketua Polis Negara sendiri ketika itu.

Jadi adakah episod sama berulang kembali? Seeloknya aku rasa lebih baik la pihak polis menumpukan usaha bagaimana caranya untuk menangani jenayah ragut yang semakin membimbangkan ketika ini. Urusan nak cari sebab bangunan tu dibuat mengikut spesifikasi yang betul atau salah serahkan je pada badan yang bertauliah. Itu lebih baik. Banyak lagi benda yang perlu diberikan lebih tumpuan. Dah ramai sangat rakyat yang x berdosa menjadi mangsa jenayah ragut nih. Janganla duk berangan nak jadi SUPERCOP.

i

p/s- bagaimana pula dengan kes menaikkan kayu pemidang di hadapan bangunan Wisma DAP kelmarin? Xkan polis x tahu sapa yang pasang? Bukankah rondaan kerap dijalankan dikawasan terbabit memandangkan ianya berhadapan dengan bangunan pentadbiran kerajaan negeri? Atau polis turut sama mengambil bahagian menjaga kepentingan kelompok tersebut? Persoalan demi persoalan masih menjadi misteri.

i

3 Responses to “Supercop…”

  1. uma Says:

    wa mcm setuju dgn polis je
    dlm hal ni….
    leh perhatikan tul2..
    ada tetulang besi or tak..

    pastu ambil drawing plan bangunan..
    tgk samada drawing tu ada tetulang besi or tak..
    klu ada
    maka yg company yg mbina nya saja cari pasai laaa…hehe
    klu consultant plan bangunan tu x bubuh dlm drawing..
    consultant bangunan lah leh kantoi…
    sapa yg lulus/check drawing tu?
    abis lah kene kejo…haha

    • shamsuleffendey Says:

      haha…
      masalahnya menda nih masih dalam siasatan, belum ada keputusan.
      so klu dh jumpa punca kemalangan dalam siasatan tu nanti aku x da hal la klu mamat tu nak melalak carik publisiti. cuma bersabar sket
      bukan apa, aku takut sikap tergopoh gapah dlm mengeluarkan kenyataan tu nnt menjerat diri sendiri.
      mcm kes pompuan yang disuruh melakukan ketuk ketampi berbogel dlm lokap itu ari.
      dh sampai ke China mintak ampun, last² pompuan melayu, bukan cina sepertimana yg disangkakan
      abistu mana nak sorok kemaluan tuh? wakakaka


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: