Bola lagik!!!

December 9, 2009

Awas!!! Owen ibarat UMno. Walaupun dianggap KUDA TUA, namun bila sekali dia menyerang boleh bagi impak yg besar kepada musuh

Kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) akhirnya selesai jua, walaupun sementara mungkin. Namun inilah yang mampu memuaskan hati para penyokongnya, walaupun tidak buat Exco Sukan, Zainol Padzi mahupun MB Haram Zambry. Suasana panas di awal permulaan mesyuarat ahli majlis PAFA nampaknya tidak berterusan sehingga kehujung. Mungkin Jamilo, ahli majlis yang telah dilantik dan dipecat selepas itu hanya menjalankan peranannya sebagai pengacau. Tidaklah payah untuk mengetahui siapakah dalang disebalik kekecohan yang dicetuskan oleh Jamilo itu. Sapa yang duduk di Pengkalan Pegoh mungkin sudah masak dengan parangai insan ini barangkali.

AlhamduliLLah nampaknya ahli majlis berjaya diyakinkan oleh Presiden PAFA, Dato Seri Hj Nizar bagi terus menerajui badan induk sukan bolasepak negeri Perak ini. Bermakna pasukan Perak bolehlah membuat persiapan rapi bagi menghadapi persaingan Liga Super tahun hadapan. Majlis menandatangan kontrak pemain musim hadapan juga telah selamat disempurnakan pada 4 Dis yang lepas. Ditambah dengan sumber kewangan dan tajaan dari penaja yang mencurah², Perak bakal mengembalikan sentuhan kegemilangannya sebagaimana diera 90an dahulu.

Jadi secara keseluruhannya pasukan bolasepak Perak masih lagi mengekalkan pengurusnya yang lepas, Ustaz Norazli manakala jurulatihnya telah diambilalih oleh Raja Azlan Shah. Perak juga akan kembali diperkuatkan dengan kembalinya pemain berpengalaman, K. Nanthakumar.

Tahniah buat Presiden PAFA. Mudah²an beliau berjaya mengembalikan kegemilangan bolasepak Perak. Buat pengurus pasukan Ustaz Norazli, mungkin beliau boleh mendalami ilmu pengurusan agar lebih mantap. Mungkin sekiranya Pakatan Rakyat mampu memerintah Malaysia nanti, beliau boleh dipilih menjawat jawatan diperingkat nasional pula, InsyaALlah.

Akhir kata, ‘ Kejor Yeop Kejor’ dari Budak Ipoh Timor.

i

*sumber Seladang.net

i