Flip-flop

December 17, 2009

Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Sebaliknya, ia memutuskan bahawa SPRM boleh berbuat demikian bagi tujuan memerangi jenayah rasuah – Malaysiakini

Memang Malaysia sekarang ni macam negara kartun. Hakim mahkamah tinggi buat keputusan tolak, hakim mahkamah rayuan lak terima. Begitulah sebaliknya. Tiada yang konsisten. Sampai bilakah aku nak dihidang dengan menatang sebegini? Bosannya. Susah² xyah ada hakim la camni. Buat apa ada hakim kalau keputusan asyik bertukar jek. Biarkan je la apa yang rakyat suka buat. Kan lebih mudah begitu?

i

Kawin…

December 17, 2009

Alkisahnya kecoh la kisah Bung Mokhtar yang tua kebangka nak kawin anak dara glemer lagi memikat hati, Zizie Ezzete. Dah la cantik, gebu, tembam, putih melepak. Kalau nak comparekan diri sigadis tu dengan Ahli Parlimen Kinabatangan tersebut, umpama langit dengan bumi. Macam citer Beauty and Da Beast tu kot. Aku x terbayang bagaimana si Bung Mokhtar (kalau betuila storynya) ni boleh dapat budak tuh. Ada yang respon kata mamat tu guna minyak dagu pikat si Zizie. Haha lantak korang la, yang penting kalau betui mamat tu dapat si Zizie tu, dah tentu dia kepalang gembira. Tapi hangpa dapat apa? Nganga je la…

Lama x update blog dah. Dah makin ramai menceburi bidang x berbayar nih (walaupun ada jugak yang dibayar). Malah sengketa sesama blogger pun dah menjadi perkara lumrah. Dulu kawan, sekarang lawan. Tapi ada orang kata, bila bertembung dengan UMno Be eNd diorang nih leh bersatu balik. Macam citer Transfomers tu la kot. Tapi bagus apa kalau camtu?

Aku x tau la pada diorang, tapi pada aku bila dh asyik bergaduh tegakkan hujah n pendapat memasing, tanpa ada sikap tolak ansur sama ada ketika memberi nasihat atau membetulkan fakta kenkawan, payah aku nak bersua muka. Mungkin diorang dah besa buat camtu kot. Harap x berjangkit kat aku la. So reason aku maleh nak update dh jumpa. Haha

Apapun aku ucapkan tahniah buat Bung Mokhtar andai berita yang tersebar seluruh dunia ni betul. Tapi yang aku pelik naper diorang x kata ahli parlimen Sabah tu si Anifah Aman, Menteri Luar ataupun ahli parlimen Labuan yang dah kematian isteri tu? Mungkin yang lain tu dh xde kuota barangkali? Terpaksa trade in sorang kalau nak menambah. Haha 😛

i