Kena baham…

December 21, 2009

Kelemahan makin jelas dilihat dalam kepimpinan Gerakan selaku peneraju parti komponen Be eNd Pulau Pinang. Terbaru Naib Presidennya mengisytiharkan diri keluar parti untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (bila lak parti nih wujud?). Demi memulihkannya, UMno terpaksa membaham Gerakan yang dilihat semakin lemah di Pulau Pinang itu. Samada membaham kawan sendiri atau terpaksa melihat hayat Be eNd selaku kuasa utama di Pulau Pinang tinggal kenangan.

Tidak cukup dengan luka akibat dibaham oleh UMno Pulau Pinang, Pemuda MIC menambahkan lagi luka Gerakan. Inilah hakikat dalam perjuangan Be eNd. Kuat disanjung, lemah dibaham.

Aku x dapat bayangkan kesan pengundi Cina pada PRU 13 di Pulau Pinang nanti apabila kerusi Pengerusi Be eNd bertukar tangan kepada UMno. Tapi kalau kekal menjadi pembangkang yang kuat itulah yang dikehendaki oleh Zahid Hamidi, maka teruskanlah niatnya itu.

Nampak gayanya Zahid lebih berminat mengulas isu siapa yang berhak mengetuai komponen Be eNd di Pulau Pinang dari membicarakan bagaimana enjin pesawat pejuang yang boleh dilarikan keluar negara? Mungkin pada beliau politik UMno lebih penting dari memikirkan masalah keselamatan negara buat masa ini.

Apapun tahniah buat ‘300 pejuang Melayu’ yang hadir berdemo dihadapan bangunan DAP kelmarin. Kalaulah ramai ini sahaja yang boleh hadir untuk mempertahankan ketuanan Melayu dari seluruh kaum Melayu yang wujud di bumi Perak ini, dan jika ianya diterjemahkan dalam bentuk undi kaum Melayu kepada UMno, maka seharusnya ia bakal muwujudkan suasana cemas buat UMno Perak samada boleh untuk terus mempertahankan kerusi DUNnya nanti Yang pasti pihak keselamatan awal² dah kene sound ngan geng songkok tinggi.

i

Hilang

December 21, 2009

Datuk BM : Hello, Datuk Seri, tolong saya Datok Seri. Bala datok seri balaaaaa…

Datuk Seri NR : Apa benda yang bala nih BM? Orang patot baru kawin nih dapat nikmat. Yang ko dapat bala lak apsal???

Datuk BM : Dia dah ilangggg… baru je saya nak test guna.

Datuk Seri NR : Dah jumpa dah menatang tuh. Diorang jumpa kat Amerika Selatan kelmarin. Ntah cemana leh tercicir masa nak bawak terbang ke sini. Ko jangan risau la pasai enjin tuh. Setel nye sat lagik. Aku dah suh si ZH ‘briefing’ kan kat ketua pengarah SPVM yg baru tuh. Klu dia nak kekal lama jawatan tuh, pepandai la bawak diri

Datuk BM : Bukan pasal enjin F-5E tu la Datok Seriiii. Yang tu aku pun x gheti nak pakaiiii. Yang ni lagi penting dari enjin F-5E tuh Datok Seri

Datuk Seri NR : Apa benda yang lagik penting selain dari enjin F-5E tu. Ko jgn buat pelik lak BM

Datuk BM : Bini muda aku laaaaaa.. X dan aku nak ‘test’ malam tadi dia dah lesap. Barua mana lak yang kidnap dia nih Datuk Seriii.. Melepas la saya. Ayaq liuq dah x tertahan dah nihhh. Pi la suh Bala P.I tu tolon carikan bini muda saya tu Datok Seri oiiii..

Datuk Seri NR : Haghuuuuu

i

p/s- saja nak release tension. X da kaitan samada yang idup ataupun sedang nazak.

i

Pecah Lobang…

December 21, 2009

Setelah disisasat oleh Najib PM 1 Malaysia kenapa begitu ramai memanda menteri dan timbalan termasuk kesekalinya ahli² Parlimen BN ketika sesi mengundi terima pembentangan bajet bagi tahun 2010 sehingga hampir² bajet tersebut ditolak, maka jawapan yang telah diberikan oleh kesemua anak buahnya ialah…

“Kami semua dijemput menghadiri majlis walimah Bung Mokhtar bersama Miss Z Datuk Seri…”

Pendakwaan digugurkan.

i

p/s- tulisan di atas hanyalah imiginasi melampau penulis yang kekurangan tidor selama 3 hari.

i