Kena baham…

December 21, 2009

Kelemahan makin jelas dilihat dalam kepimpinan Gerakan selaku peneraju parti komponen Be eNd Pulau Pinang. Terbaru Naib Presidennya mengisytiharkan diri keluar parti untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (bila lak parti nih wujud?). Demi memulihkannya, UMno terpaksa membaham Gerakan yang dilihat semakin lemah di Pulau Pinang itu. Samada membaham kawan sendiri atau terpaksa melihat hayat Be eNd selaku kuasa utama di Pulau Pinang tinggal kenangan.

Tidak cukup dengan luka akibat dibaham oleh UMno Pulau Pinang, Pemuda MIC menambahkan lagi luka Gerakan. Inilah hakikat dalam perjuangan Be eNd. Kuat disanjung, lemah dibaham.

Aku x dapat bayangkan kesan pengundi Cina pada PRU 13 di Pulau Pinang nanti apabila kerusi Pengerusi Be eNd bertukar tangan kepada UMno. Tapi kalau kekal menjadi pembangkang yang kuat itulah yang dikehendaki oleh Zahid Hamidi, maka teruskanlah niatnya itu.

Nampak gayanya Zahid lebih berminat mengulas isu siapa yang berhak mengetuai komponen Be eNd di Pulau Pinang dari membicarakan bagaimana enjin pesawat pejuang yang boleh dilarikan keluar negara? Mungkin pada beliau politik UMno lebih penting dari memikirkan masalah keselamatan negara buat masa ini.

Apapun tahniah buat ‘300 pejuang Melayu’ yang hadir berdemo dihadapan bangunan DAP kelmarin. Kalaulah ramai ini sahaja yang boleh hadir untuk mempertahankan ketuanan Melayu dari seluruh kaum Melayu yang wujud di bumi Perak ini, dan jika ianya diterjemahkan dalam bentuk undi kaum Melayu kepada UMno, maka seharusnya ia bakal muwujudkan suasana cemas buat UMno Perak samada boleh untuk terus mempertahankan kerusi DUNnya nanti Yang pasti pihak keselamatan awal² dah kene sound ngan geng songkok tinggi.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: