Terkini!!!

December 23, 2009

‘Raja Nazrin arah guna senarai asal’

Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini –  Malaysikini

Apa crita Khusairi? Tuanku Sultan x perkenan senarai baru hang tuh? Aku rasa bukan pasai Raja Muda x moo tengok muka UMngok penuh dalam masjid tu tapi yang sebetulnya RM risau bila dia buat kunjungan rasmi ke masjid, xdak sekoq pun ahlijawatankuasa UMngok duk smayang sama dia dalam tu. Suma duk beratur nk cium tangan. Spesis Musang berjanggut.

So aku rasa pepuak gerombolan UMngok Tanjung Malim patutlah bertindak di atas sifat derhaka si Khusairi ni (seperti yang sering dilaung²kan oleh puak gerombolan UMngok ni). Kalau boleh buat demo bantah sikap kurang ajarnya di masjid² daerah Tg. Malim Jumaat nih. Nyatakan bantahan hangpa di atas sifat kurang ajarnya terhadap Tuanku Sultan. Dia ingat bila bawak nama UMngok jek, suma benda dia leh campoq. Itupun kalau hangpa pepuak UMngok nih bebetui sayangkan Tuanku Sultan la. Kalau hangpa x buat demo Jumaat ni, sah la hangpa memperkudakan nama Tuanku Sultan tiap kali berhadapan dengan Pakatan Rakyat.

Silap hang la KUCAI oiii…

i

Mari pakat tanam buluh

December 23, 2009

Industri buluh jana RM53 bilion

IPOH – Industri buluh negara dijangka berkembang pesat dan mampu menjana pendapatan sehingga RM53 bilion setahun pada 2020 berbanding RM22.8 bilion sekarang.

Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Dr. Jalaluddin Harun berkata, produk berasaskan buluh tempatan kini mendapat permintaan tinggi daripada luar negara khususnya Eropah – KOSMO Online

Nampak gayanya Perak bakal mengatasi Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia. Tahniah buat Zamry. Aku kekira dah lebih 1 trilion pelaburan yang dibawanya semenjak dia menduduki kerusi haram MB Perak. Apapun aku harap semua angka yang diberi ni bukan sekadar khayalan semata². Lecehla kene kencin ngan mamak :(.

i

Masjid

December 23, 2009

i

Isu masjid menjadi panas semenjak dua ini. Siapa lagi kalau bukan puak UMngok yang memang spesis kemaruk nak berkuasa. Habis semua nak dibolotnya. Tembolok mereka umpama getah elastik yang boleh dilentur² lantas mampu untuk mentekedarah seberapa banyak harta dan jawatan, x kisahla halal mahupun cara haram yang diamalkan sekarang ini.

Penyakit gilakan kuasa  dalam UMngok ini nampak gayanya semakin tidak terkawal. Kemungkinan ianya berpunca dari sumber pemakanan yang syubhah ataupun jelas haramnya. Bila kita berkata demikian, sudah tentulah tidak lari dari membicarakan gaji para MB dan Exco termasuk juga lantikan politik yang dilakukan oleh gerombolan lanun ini. Sifir mudah, bila kita mengambil sesuatu yang haram, lalu kita membelanjakan hasil dari benda yang haram itu, sudah tentulah natijahnya akan turut mengharamkan apa jua perlakuannya, samada amalannya, ibadatnya mahupun sumber rezkinya.

Pihak pentadbiran  masjid bagaimana pula? Bukankah masjid juga menerima peruntukan dari kerajaan negeri yang ternyata haram dari segi perundangan (walaupun cuba diperbetulkan oleh para ilmuwan undang²). Jadi pendapat aku sudah terang lagi jelas, apabila kerajaan haram Perak meluluskan bajet yang telah dibentang hanya selama 20 minit itu sudah tentu salah satu darinya termasuk juga bajet berkenaan Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Maka apabila bajet itu haram, maka duit diluluskan di dalam bajet bertujuan membantu pengurusan JAIP itu juga sudah tentulah haram. Dan bertambah parah lagi apabila duit haram yang disalurkan kepada JAIP oleh kerajaan haram Perak itu disalurkan pula kepada pengurusan masjid². 3 kali haram dah tu. Logik akal, xkanlah kita nak kata ayam yang dicuri tetapi disembelih itu halal dimakan?

Lalu apabila Khusairi, ADUN Slim itu melalak² mengatakan bahawa pihak JAIP telah menukar senarai ahli jawatankuasa masjid yang telah diluluskan dengan memindanya bagi memasukkan beberapa kerat ahli PAS di dalamnya, kita sepatutnya sudah tahu apa yang ingin disampaikannya. Gambaran sebenar yang cuba disampaikan oleh si bodoh ini ialah bukan senarai ahli jawatankuasa masjid asal yang perlu dimasukkan semula, namun lebih jauh dari itu iaitu ialah dengan menukarkan kembali Jamry Sury ke kerusi asalnya di JAIP.

Memang diakui UMngok Perak ini memang teramat cemburu dengan Pengarah JAIP yang ada sekarang ini, Syeikh Mohd Nor MansurAL-Hafiz. Malah sebelum ini juga telah meletus isu berkaitan pembayaran elaun Aidil Fitri bagi siak dan bilal seluruh negeri yang tertangguh disebabkan masalah teknikal. Namun yang dikambinghitamkan ketika itu ialah Pengarah JAIP sendiri. Habis dipunggah cerita lama berkenaan Pengarah JAIP itu hinggakan beliau pernah menjadi calon PAS suatu masa dahulu juga dibongkarnya. Punyalah bangang puak UMngok ni.

Namun jauh dari itu, tembakan yang dibuat oleh Khusairi itu sedikit beralas. Mungkin beliau sudah mengkaji sejauh mana kesannya kalau dia melepaskan tembakan tepat kepada pengarah JAIP itu. Dalam suasana PAS dan parti Pakatan Rakyat dicop sebagai penderhaka sultan, maka mahu tidak mahu beliau terpaksa melunakkan sedikit tuduhannya itu. Apa jadi sekiranya dia dilihat berkonfrontasi dengan pengarah JAIP yang mana perlantikannya itu diperkenankan oleh Sultan Perak? Sudah tentu dia juga akan dilihat sama sepertimana yang dilakukan oleh musuh politiknya itu. Demi survival nya dalam kancah politik negeri,itulah tindakan yang mampu dibuatnya buat sementara waktu.

Jadi Pengarah JAIP bersiap sedialah dengan kerusi panas itu. Pastinya aka nada serangan demi serangan selepas ini bertujuan melemahkan pengaruhnya di agensi kerajaan negeri tersebut. Kita lihat adakah beliau akan tertewas dengan mainan politik UMngok ini. Doa aku, beliau tabah mengharunginya walaupun terpaksa membiarkan namanya busuk.

Jangan hairan apabila melihat masjid yang dibawah pengurusan ahli jawatankuasa UMngok ini sentiasa suram dan kelam. Memang itulah hakikatnya.

i