Konsert jugak???

December 25, 2009

Baca entri sahabat di sini membuatkan jari aku gatal untuk mengomen. Isunya konsert Islamik yang akan dianjurkan oleh SEMARAK singkatan kepada Sukarelawan Muslim Perak bersempena sambutan ambang tahun baru 2010 yang akan diadakan di Taman Tasik Taiping?

UMno buat konsert dan badan NGO Islam buat konsert jugak. Maknanya konsert lawan konsert. Sekali fikir apa lah salahnya kan? Lagipun konsert Islamik. Kelantan pun penah buat. Siap panggil Amy Search lagik kalau x silap aku. Zaman RasuluLLah SAW dulu pun x lari benda² camni. Masa tu hebat dengan syair, jadi ALlah wahyukan mukjizat kepada RasuluLLah SAW dengan turunnya kitab Al-Quran. Terbukti mukjizat paling besar yang ALlah SWT turunkan kepada rasul junjungan besar kita itu berjaya mengalahkan pakar² syair kafir quraisy yang ada ketika itu. Jadi x de masalah la pun.

Cumanya aku musykil jugak tujuan mengadakan konsert Islamik nih? Apa tujuan sebenarnya? Aku x minat sangat pun dengan benda² camni. Bukanlah aku x yakin ada kejayaan yang terhasil dari program yang akan diadakan oleh SEMARAK ini nanti. Cumanya betulke ada kejayaannya? Dah x da cara lain ke nak berdakwah? Atau semata² terikut dengan ragam masyarakat, yang ternyata memang suka sangat dengan benda² hiburan ni.

So aku rasa bodoh sangat lah kalau kita duk bangga sangat nak buat konsert² ni, walaupun berbentuk islamik. Sebabnya aku x suka. Tapi kalau dh mengejar glemer nak kuar TV semata-mata nak kecoh bagitau program yang kita buat tu, better x payah buat la. Baik la duk umah je tido. Bukannye bila dah tamat konsert bebudak tu suma balik umah pun.

i

Peringatan Jumaat…

December 25, 2009

Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya – pagi dan petang – tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya.”

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kemudian dikatakan kepada masing-masing: “Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat.” Ibn Umar r.a

Huraian

Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya – pagi dan petang – tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya.”

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kemudian dikatakan kepada masing-masing: “Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat.” – *sumber Mstar

i

Ayuh semarakkan perjuangan…

December 25, 2009

Dunia blog bertambah meriah dengan kehadiran seorang lagi personaliti yang menarik, iaitu Nik Amalina Nik Abdul Aziz,  anak perempuan kepada Tok Guru Mursyidul ‘Am PAS. Walaupun terlalu baharu, namun ianya sedikit sebanyak dapat mewarnai dunia blog masakini. Walaupun terkadang isu yang disentuh mampu mencetuskan kontroversi, namun aku yakin itu semua bukan masalah untuk beliau terus bergiat aktif dalam bidang penulisan blog ini. Cuma satu aku doakan agar beliau selepas ini aktif pula dengan gerakan NIsa’ dan Muslimat cawangan, kawasan mahupun negeri. Mungkin berkat didikan ayahnya mampu menjadikan beliau insan cemerlang yang boleh memimpin dunia perubahan di negeri Kelantan pada masa akan datang, insyaALlah. Tapi kalau dah aktif, baguslah.

Mungkin adik beradiknya yang lain juga boleh menampakkan diri dalam kancah politik kepartian selepas ini. Janganlah hanya menampakkan wajah hanya selepas diri atau orang yang rapat dengan anda ditimpa musibah.

Anda boleh mengikuti tulisan Nik Amalina Nik Aziz di sini

i

Ada Brani???

December 25, 2009

i