Ayuh semarakkan perjuangan…
December 25, 2009
…
Dunia blog bertambah meriah dengan kehadiran seorang lagi personaliti yang menarik, iaitu Nik Amalina Nik Abdul Aziz, anak perempuan kepada Tok Guru Mursyidul ‘Am PAS. Walaupun terlalu baharu, namun ianya sedikit sebanyak dapat mewarnai dunia blog masakini. Walaupun terkadang isu yang disentuh mampu mencetuskan kontroversi, namun aku yakin itu semua bukan masalah untuk beliau terus bergiat aktif dalam bidang penulisan blog ini. Cuma satu aku doakan agar beliau selepas ini aktif pula dengan gerakan NIsa’ dan Muslimat cawangan, kawasan mahupun negeri. Mungkin berkat didikan ayahnya mampu menjadikan beliau insan cemerlang yang boleh memimpin dunia perubahan di negeri Kelantan pada masa akan datang, insyaALlah. Tapi kalau dah aktif, baguslah.
Mungkin adik beradiknya yang lain juga boleh menampakkan diri dalam kancah politik kepartian selepas ini. Janganlah hanya menampakkan wajah hanya selepas diri atau orang yang rapat dengan anda ditimpa musibah.
Anda boleh mengikuti tulisan Nik Amalina Nik Aziz di sini
i