SMs…

December 27, 2009

Kelmarin jugak aku mendapat sms dari seorang sahabat a.k.a blogger marhain. Katanya ada ‘banner’ yang digantung disebuah gereja Jalan Silibin yang memaparkan perkataan ALlah.

Aku x sempat nak pegi time tu. Cuma kebetulan aku lalu di hadapan bangunan gereja tersebut semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke Ipoh. Aku mengambil peluang mengesahkan kandungan sms yang aku dapat tu.

Dan memang terbukti kandungan sms itu benar. Ada satu ‘banner’ yang terletak dibahagian dalam gereja tersebut memaparkan satu ayat, yang tidak dapat aku ingat tetapi dihujung ayatnya tertulis kalimah ALlah. Untuk apa ‘banner’ sebegitu digantungkan di situ aku pun tidak tahu. Mungkin pihak keselamatan sudah pun mendapat maklumat itu terlebih awal.

Moga tiada pihak mengambil kesempatan berhubung kejadian terbabit.

i

Heppy Beshday…

December 27, 2009

3 peristiwa besar berlaku mulai kelmarin hinggalah ke hari ini.

Pertamanya pada 25/12/09 ulang tahun kelahiran Ketua Pemuda Kawasan aku, Sdr Salman Saleh yang ke… ehem ehem

Keduanya pada 26/12/09 ulang tahun kelahiran Ketua Cawangan aku, Hj. Saleh Ariffin (ayahanda Salman) yang ke… ehem ehem jugak

Terakhir pada hari ini 27/12/09 ulang tahun kelahiran aku yang ke-18. Bye bye sweet seventeen. Har har harrr….

SO buat suma aku ucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran. Mudah-mudah kekal istiqamah dalam perjuangan Islam dan diberikan kejayaan dunia & akhirat, InsyaALlah. Aminnnn

i