Hadiah Tahun Baru…
December 31, 2009
…
Selain dari konsert yang akan diadakan oleh para sahabatku di Taman Tasik Taiping sebentar lagi, tiada apa yang menarik untuk diceritakan ari ini. Nampak gayanya ramai jugak sahabat² yang menyokong tentang keperluan mengadakan konsert ini. Bukan sahaja hujah aqli, malah hujah naqli juga diberikan. Wahhh memang berasap kalau x tahan.
Memang aku akui agak kurang selesa dimana sambutan tahun baru MASIHI, diulang sambutan tahun baru MASIHI diperbesar²kan oleh pencinta keadilan Islam, sudah tentulah sahabat²ku ini diantara yang menjadi tulang belakang memperjuangkannya. Sekali lihat memang ianya memenuhi tuntutan fitrah anak muda yang memang dari zaman jahiliyah sehinggalah kezaman tamadun kehidupan manusia mencapai kemuncak yang tertinggi gilakan berhibur ini. Lihat sahaja betapa parahnya anak muda dihidangkan dengan pelbagai program hiburan, x kiralah rancangan realiti dipeti² telivesyen mahupun konsert². Semuanya semata² bertujuan memenuhkan aktiviti anak muda supaya tidak menjadi pencinta majlis ilmu mahupun program² yang dapat membina sahsiyah anak muda tersebut.
Nah, tiba² sahabatku dari SEMARAK ini pula menjadi gila sama untuk menganjurkan konsert sepertimana yang dilakukan saban masa oleh pihak yang cintakan kemungkaran. Letaklah apa jua nama konsert itu, bagi aku matlamat tidak harus menghalalkan caranya. Memang diakui medium seni dalam menyampaikan dakwah ini ada kelonggarannya sepertimana yang slalu dibahaskan oleh para ulamak, namun adakah ianya satu keutamaan pada kita? Adakah ianya hanya dibuat semata² bagi menunjukkan kita juga bersikap proaktif dalam memberikan hiburan walaupun dengan nama hiburan alternatif? Logik akal aku, andainya konsert ini begitu merupakan satu keperluan yang mendesak dalam menangani permasalahan anak muda yang cintakan hiburan melampau, sudah tentu RasuluLLah SAW juga melakukannya.
Mungkin aku yang kurang mengaji ataupun aku jahil, yang pasti aku x pernah jumpa RasuluLLah SAW berdakwah menggunakan cara ini. Kalaupun ianya ada, sudah tentu barangkali RasuluLLah SAW melarangnya dari diadakan pada malam Jumaat, malam keramat buat masyarakat Melayu Malaysia nih ataupun konsert itu diadakan pada malam sambutan tahun baru HIJRIYAH, bukannya MASIHI?
i
January 3, 2010 at 11:10 am
Aku amat setuju dengan tulisan kamu Yop !