Tahniah…

January 31, 2010

Pertamanya aku nak ucapkan tahniah buat Dewan Pemuda Kawasan aku yang berjaya menggerakkan jentera pemudanya sebanyak 1 buah bas ke program HEMPAP 2010 siang tadi… Stendet maa, kawasan aku x bertanding (alasan stendet), xkan la nak antaq pemuda lebih dari kawasan bertanding. Aku duk peghati siang tadi, rasanya kawasan aku lagik ramai antaq pemuda dari sesetengah kawasan yang gah sangat bertandingnya tu. Nak kata pemuda diaorang sibuk jaga DUN pun, aku tengok idak jugak.

Keduanya aku nak ucap tahniah di atas kejayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang aku anggap berjaya menganjurkan program HEMPAP 2010. Kali ni Salahuddin mantan KP PAS Pusat tuh xdak la ngomplen pasai kehadiran pemuda cam di Bagan Serai dulu. Cam hampeh. Haha. Cumanya aku rasa pasnih para pimpinan tolong la jangan GILA sangat nak menayang harta ghanimah berbintang 3 tu kat rakyat. Sakit mata mandangnya. Kata la guna duit sendiri ka, ada sahabat yang offer nak bawakkan la. Aku rasa suma tu buat rakyat makin meluat. Mana idea hangpa nak merakyatkan PAS tuh??? Dah simpan dalam bonet ka? Tang nih aku rasa hangpa kene la pandai berlakon sket. Xkan la masuk kampung hulu pun nak nayang tunggangan mewah. Bodoh sangat la kalau tu pun nak kene ajaq.

Ketiganya aku nak ucapkan tahniah buat Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man kerana berjaya menjalankan peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Displin PAS Pusat. Aku x nak la sembang pasai keputusan yang LDP dah amik terhadapa orang kene tuduh tuh, yang mana aku nampak mungkin boleh dilakukan penambahbaikan pada masa² akan datang. Cumanya yang aku nak fokuskan ialah sekurang²nya peranan LDP ni dalam PAS adalaaa, bukannya hidup segan mati x mau sepertimana yang digembar-gemburkan selama ini. So pasnih bolehlah tengok andai ada keperluan memanggil mana² ahli parti yang dah x rupa ahli. Aku??? Ntah

Ke-ompek n terakhir tahniah buat ADUhka TERUkNyA yang berjaya melengkapkan pakej sebuah perkahwinan. Moga² jodoh kalian berdua kekal (atau bertambah quota) hingga kesyurga, insyaALlah. Pengajaran yang aku dapat dari story ‘Kingdom Of Heaven’.

i

Kan aku dah kata…

January 27, 2010

Aku dah kata semalam lagik. Skripnya sama jek. Malas aku nak melalak. Korang baca jek kat sini. Kalau pasnih mamat blogngok tu lagik kuat seranah Mr. Presiden, aku x nak kata apa la. Polis pun geng dia dah jack kaw².

So pada hangpa yang dah banyak kutuk maki mamat blogngok tuh, jejaga la. Dia dah nak bebas. Musti dia carik sapa yang pedajai dia. Aku tengok Pemuda Wilayah dah lunak sket posting dia.

Kah kah kah, dah jadik citer seram la plak…

Satu utk dikongsi, bukanlah aku suka sangat mamat blogngok tu kena tahan. Aku pun x suka sebagaimana aku x suka Mr. Presiden aku diseranah tahap gaban. Cuma len kali pikior abis sket la. Sian la kat bini, kat bonda dan paling teruk kat PAS la. Musti dey all jadik mangsa akibat perbuatan mamat blogngok tuh. Kalau bukan ahli buat cara bukan ahli. Jadi la cam Parpukari tu ka. Papa Gomo tu ka. Sapa pun x heran.

Len kali dah tau bab yang bersangkut paut ngan orang kebesaran nih pantang disentuh, nak g sentuh watpa. Memangla diorg tu x maksum, cam Nik Aziz gak la. Cumanya Ameno Be eNd la yang dah jadikan diorang nih tahap maksum super power. Contoh, kalau sesuatu kes tu melibatkan UMno dengan orang kebesaran nih, tobat lahum la nak kene tutuh. Usahkan report polis, tv pun x sior nak publish kes diorang tuh.

Then lagi satu kalau isu ni melibatkan kaum bukan Melayu, pun mst settle nye. Nawemee pun  sama cam mamat blogngok tu jugak. Maki tahap gaban. Tapi sebab dia cina, undi kaum dia penting maaaaaa… Bawak sorang dua orang MCA, buat press statement lebih kurang, kompom diampunkan. Walhal salahnya sama. Ada orang Melayu bangkit cam kes posting mamat blogngok nih? Tara beb…

Jadik aku nampak statement dari pak menteri tu hanyalah sekadar playsafe. Takut diungkit kisah mamat Cina yang hina lagu Negaraku tu pulak. Panjang lak story nanti. Loyer dah stand bye peluru tuh.

So buat mamat blogngok tuh, aku rasa hang x yah nak salin kulit. Teruskan style penulisan hang tuh. Risau lak kalau hang ubah style orang cakap blogger munafiq. Kira ok la sket dari orang tuduh hang tali barut Siput Babi tuh. Sapah pun xnak jadik geng wooo.

Cumanya aku xnak la sambung cam orang lain kata “seseorang itu didapati tidak bersalah sehingga kesalahannya dibuktikan oleh mahkamah”. Buang karan je beb…

i

Keh keh keh. Apalah baculnya mamat blogngok nih. Memula bikin panas lancar Projek Langgar Hadi (Presiden PAS). Lastly tukar misi jadik Projek Langgar Lari. Wakakaka. Aku x tahan. Geli ketiak aku. Siap tarik kuar posting. Kusangkakan hebat, tetapi mat bunga rupanya. Siap mintak maap i told u all. Wargh wargh warghhhh…

X macho langsung. Mana kaedah alang-alang menyeluk pekasam mamat blogngok nih? Aku pun x tau. Siap larik malam g Kelantan lagik. Cadang nak seberang Sungai Golok, tapi ayor deghas lak malam tuh. X jadikk. Naper x stay kat nogori jek. Kata nak jadik pendekar. Wakakaka…jadik pendekar gunong terkelendat.

Aku nak tanya kat blogngok tuh, apsal g tarik posting tu? Bodoh la hang nih. Biaq la posting hang tu kekal. X yah nak mintak maap. At least leh gak orang canangkan hang Hero Seantero Malaya. Kalah hero tua Rosyam Nor tuh. Ada la untung sket hidup hang. Kot la nanti leh buat buku versi E-Book cam biasak. Kali ni kasi up la sket harga E-Book tu jadik RM50. Ekslusip maaaa. Pastu sesapa nak beli, suh bank in dalam akaun Maybank2u di atas nama Khairul Nizam. Erkk siapalak Khairul NIzam tuh??? Majistret? Loyer? Ingineer? Oooo Blogger larik malam. Apa??? Blogger larik malam? Jeng jeng jeng…

Yang aku pelik, nape time susah larik ke tempat yang ditadbir ulamak PAS? Naper x larik ke Singapore ke? New York ke? Cork ke? X pun mintak tolong sama RPK tuh yang smpai arinih polis x dapat nak kesan tuh? Nak kata x mampu, xkanlah kot? Deposit jual baju PAS Reform kan banyak? Topup ngan dana E-Book tu lagik? Jual iklan minyak dara kat blog lagik? Wuishhh banyak tuhhhh…

Tapi aku rasa mamat blogngok tu memang bongok laaaa. Patutnya dia lari g Rusila. Selamat sket. Musti polis x tau dia g sana. Kan tempat paling bahaya ialah tempat paling selamat??? Then dari dia tebaikan muka mintak maap kat pembaca blogngok dia tuh, baik dia mintak maap kat Hadi tuh. Mungkin tulahan dia ko kena kan? Mana la taukannnn. Ala stakat kata Hadi lembab ngan boroi tuh no hal nye la. Presiden tuh jiwanya besaq.

Tapi aku rasa akan ada kejutan dalam kes mamat blogngok nih. Skripnya aku dah nampak bebayang sket. Polis akan tahan, reman dia. Then negotiate ngan dia jadikan dia saksi dalam perlindungan cam citer oangputih tu. Pastui offer dia kontrak. Jadikan dia cybertroopher Ameno Be eNd. Then shoot dana kat dia support Projek Langgar Hadi tuh kasi berjaya. Wakakaka…over sungguh imiginasi aku pepagi bute nih.

Aku harap baju PAS Reform yang dah print tu kasi kat aku. Aku nak tolong pi hantaq kat mangsa runtuhan gempa di Haiti tuh. Ada gak pekdahnya. Wakakaka…

Apapun as a blogger frenz, aku doakan keselamatan buatnya. Sakit oo kene penampaq. X  caya tanya Abu Hassan Din Al Hafiz tuh.

ADUh KA TErukNyA.

i

Kalau kome nak tau, ni le peghangai Ameno tuh. Bebaru nih kecoh kata senarai lantikan ajk masjid telah ditukar dan dimasukkan ssenarai ahli berpartikan PAS. Ok la masaelah tu selesai le kendiannya. Baru nih teman dapat la surat komplen yang mengadu masaelah dua buah masjid dalam kampung teman nih. Kalau kome nak tau kedua-dua mesjid nih pekat Ameno nye. Nak jadikan chegite, ghaye haji aritu, udahlah jatuh ari Jumaat. Senyom lebor deme nih. Ye le, dapat buat kutipan dabel kong tuh. Mak aihh sekali kutip Jumaat jek mau cecah ribu ringgit. Tambah pulak ghaye haji. Suma yang gaji beso balik kampong.

Malangnya Jumaat tok peti benor gilior-gilior selang seminggu. Nak jadi ceghite, Jumaat aritu patutnya gilior masjid lama dekat kubor tuh. Punyala pandei bebenor otak Ameno ni dalam bab mentekedarah duit, dioghang buat patwa kata boleh buat Jumaat dedua mesjid. Haghu yop. Hukum kata x boleh, tapi peghot Ameno kata boleh. Dilantak di deme duit kutipan Jumaat dedua mesjid. Kaya la dedua mesjid tu.  Tapi semayang aritu teman x tau la sebab teman lama bebeno dah x semayang kat kampong tuh. Low class kata P. Ramlee.

Last ceghite yang teman tau soghang tok imam masjid lama tu letak jawatan. X pueh hati la kot nengok pepuak Ameno ni buat memain hukum cam main dam aji. Tadi kawan teman kata ada ceghite baru lak. Duit nak uruskan oghang mati dah naik beratuih ganda. Kalau dulunya x sampai dua ratuih campor duit upah korek liang, jap tadi wakil masjid kata dah naik sampai rm700. Siap pakej kain kapan ntah menda lagik.

Jadiknya sapa yang agak-agak rase nak mampuih kat kampung teman tu kene siap deposit RM700. Kalau x mintak le tangguh dulu kat tuhan. Ate dah x de duit. Xkan nak sughoh deme bakor mayat kita. Lagi haghu. Tapi teman ghase pepuak Ameno nih bukan dikire deme halal haram. Mau deme bakor mayat sapa yang xde duit RM700 tu.

i

surat anak kariah yang mengadu kat tok peti

i

surat jawapan balas tok peti

i

HEMPAP 2010

January 18, 2010

Kebenaran pasti datang

January 18, 2010

“Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru (Nik Aziz) memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya – Weblog Husam Musa

i

AlhamduliLLah ALlah telah melorongkan jalan keluar kepada kemelut yang banyak melanda pentadbiran negeri Kelantan kebelakangan ini. Maka bolehlah kita tahu nanti siapakah yang telah menyalurkan maklumat yang sepatutnya diisytiharkan ‘sulit’ itu. Tertarik dengan ayat ‘menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam’., lantas apa yang bermain di benak pikiran aku sekarang ini ialah sumpah laknat yang begitu popular dilaksanakan kebelakangan ini oleh rakyat Malaysia termasuklah Pi Em 1 Malaysianya. Yang terbaru menggunakannya ialah Nik Sapiea yang telah disabitkan kesalahan mencederakan mantan Pi Em , Tun Em.

Sekiranya benar kaedah sumpah laknat ini akan digunapakai dalam menentukan dalang sebenar membocorkan rahsia tersebut, maka adakah sesiapa yang berasa panas ponggongnya nanti, lantas meminta supaya kaedah tersebut tidak diteruskan? Pada aku, jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh Exco tersebut amatlah bijak lagi berhemah. Moga² seandainya musuh dalam selimut yang selama ini menyamar berbajukan jemaah PAS ini ditemui, wajarlah ianya disingkirkan samada dalam pentadbiran kerajaan negeri mahupun dari parti PAS, walaupun kepada Exco yang mencadangkannya. WALlahua’lam…

i

Lihat Kenaikan Harga Gula Secara Positif Untuk Kesihatan – Ismail Sabri

SIK: Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, sepanjang tahun lepas, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 60 sen untuk setiap sekilogram gula dan jika harga gula tidak dinaikkan tahun ini, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 bagi setiap 1kg. Mstar

i

Dah seluruh rakyat boleh menerima dengan baik keputusan kerajaan menaikkan harga gula, tiba² arinih boleh pulak menteri yang berkenaan mengeluarkan kenyataan BODOH wal BANGANG seperti di atas.

Buat apa cakap camtu selepas harga gula telah dinaikkan?

Kenapa x cakap masa khabar angin kenaikan gula tuh ngah hangat diperkatakan?

Kalau setakat dah naik baru nak peringat rakyat, musti ada sumthin yang dia dapat hasil dari kenaikan gula tersebut.

Adakah rakyat dah mula menggerakkan semula ‘silent protest’ sepertimana dalam PRU-12 aritu?

Cuma nak habaq kat puak² UMno Be eNd nih, kalau dah tak mampu nak jaga kebajikan rakyat, sampai terpaksa nak ungkit subsidi yang telah diperuntukkan untuk rakyat sendiri setiap kali berlakunya kenaikan harga barang, hangpa kasik je la kat Pakatan Rakyat ni memerintah. Xyah nak penin² kepala nipu rakyat terang justifikasi kenaikan harga barang tu.

Lagi satu, dah tau x mampu nak bendung kenaikan harga barang, yang hangpa sibuk nak buang duit pi taja team Lotus dalam F1 tu apsal? Bukankah lebih baik berbilion RM yang diperuntukkan kepada team Lotus tu dipulangkan kepada rakyat. At least ada la rakyat ni nampak wangi sket taik hangpa tuh.

Apapun xpa, kita tunggu laporan Kementerian Kesihatan Malaysia nanti. Kalau laporan kata pesakit diabetis kat negara nih meningkat, haha maknanya undi untuk UMno Be End dah tentu menurun. Hik hik… bijak bijak

i

Sebuah buku yang menceritakan kehidupan dan politik Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) – dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.

Dalam buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, penulisnya Barry Wain menulis bahawa kerajaan telah “memujuk” bank-bank milik kerajaan supaya tidak menuntut jumlah pinjaman yang besar untuk membiayai projek tersebut-Malayskiani

i

Haha…Ni dia yang duk heboh kata Juara Rakyat??? Kah kah kah… Beli bangunan pun guna duit rakyat. Cheh, kalau x sebab duit orang PAS, duit orang PKR, duit orang DAP, duit orang PSM, usah harapla UMno nih nak ada bangunan sendiri. Ntah ntah merempat kat balai raya jek. Ekeke… hampeh tol. Xdak duit buat je la cara x dak duit.

Elok la tukar slogan Juara Rakyat tuh jadik Juara Melantak Duit Rakyat. Kan seswai…

i

Kantoi…

January 14, 2010

Angin bertiup membawakan berita gosip mengisahkan imam sebuah masjid yang membenarkan pembesar dari sebuah parti pemerintah yang membangkang telah KANTOI dan diasak bertubi-tubi oleh mamak SS, Datuk Bandar dan Pengarah sebuah agensi agama kerajaan negeri.

Reaksi dari tindakan imam tersebut memungkinkan tindakan ditukarkan atau dipetisejukkan sepertimana yang berlaku pada imam² masjid yang pro kepada parti pembesar tersebut sebelum ini diambil. Alasan yang digunakan ialah membenarkan pembesar parti pemerintah yang membangkang itu menjadi imam solat Jumaat walaupun pembesar tersebut tidaklah dijemput membacakan khutbah sepertimana syarat yang diputuskan oleh memanda Raja Muda.

Apa yang mendukacitakan ialah penglibatan pengarah agensi agama kerajaan negeri itu sendiri dalam hal ini. Sebelum ini kecoh mengatakan pengarah agensi agama kerajaan negeri ini seorang yang cenderung kepada parti pembesar yang menjadi imam solat Jumaat tersebut walaupun telah disanggah berkali² olehnya. Sehinggakan yang terbaru, rombongan yang telah diaturkan oleh pembesar yang menjadi imam solat Jumaat itu dibatalkan pada saat² akhir hinggakan timbul tandatanya ianya diambil bagi mengelakkan rasa marah pembesar parti perampas kuasa yang sedang memerintah sekarang.

Alahai malang sungguh andai pengarah yang memegang amanah agama itu melakukan perkara sedemikian. Dimanakah silapnya perbuatan imam tersebut? Aku andaikan bukan imam tersebut tidak mahu menjemput pembesar parti perampas kuasa itu menjadi imam tetapi ditakuti solat Jumaat hari tersebut akan bertukar menjadi solat Zohor sahaja memandangan kesemua makmum berlumba² melarikan diri dari mengikut pembesar tersebut sembahyang. WALlahua’lam

i

Sila baca  di sini. Kompom pasnih negeri Pakatan Rakyat akan lingkup. Kali ni Kelantan pun skali kot…

i