Hadiah Tahun Baru 2010 dari UMno…

January 4, 2010

Malaysia nampak gayanya memulakan tahun baru masihi dengan satu permulaan yang panas, terutama buat yang beragama Islam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Dis 2009 telah memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan ‘ALlah’ pada akhbar mingguan The Herald adalah tidak sah.

Pelik tapi benar, hakim yang menghakimi kes ini secara kebetulan adalah bukan dari kalangan penganut agama Islam yang  bernama Lau Bee Lan. Secara jelasnya di sini telah wujud satu PERSEPSI kepada umum akan penghakiman yang dilakukannya walaupun yang berlaku adalah sebaliknya. Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu juga akan membolehkan The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi perkataan ‘Tuhan’ dalam versi bahasa Melayu mereka.

Lanjutan dari isu tersebut  Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan “Allah” di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara.

Sementara itu, Wanita Umno berhasrat mengadakan pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Jamil Khir untuk memaklumkan kebimbangan tentang implikasi keputusan mahkamah membenarkan perkataan “Allah” digunakan dalam penerbitan mingguan gereja Katolik. Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pergerakan itu akan memperjuangkan dan menentukan kedudukan dan kesucian agama Islam tidak dicemarkan

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, penggunaan kalimah “Allah” dikhuatiri digunakan oleh pendakyah agama bukan Islam yang mahu mengelirukan umat Islam dengan tujuan tersirat mereka. Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Kenapa kesemua yang aku ‘quote’ kan ini kenyataan pemimpin UMno???

Sebabnya merekalah yang sedang mentadbir bumi Malaysia ketika ini. Jadi sudah tentunya beban menjawab segala persoalan yang tercetus dari isu ini wajib dijawab oleh mereka. Begitu juga seandainya PAS yang memimpin PAKATAN RAKYAT mentadbir Malaysia suatu waktu nanti, insyaALlah

Persoalannya. siapakah yang paling tertekan dengan isu tersebut???

Siapa lagi kalau bukan Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sendiri. Kita seharusnya bersetuju bahawa isu ini adalah isu yang paling besar yang akan ditanganinya bermula masuknya tahun baru masihi 2010 ini. Sekiranya beliau gagal menanganinya, bermakna pendirian pengundi Melayu Islam terhadap parti UMno mungkin akan goyang dan bakal menyaksikan kemusnahan imej yang cukup teruk buat partinya yang sringkali dilabelkan sebagai pejuang tulen agama, bangsa dan negara itu. Begitu juga sekiranya beliau berjaya meyakinkan DYMM Seri Paduka lalu berjaya kembali memahkotakan penggunaan kalimah ‘Allah’ ini khusus kepada penganut agama Islam, maka peralihan sokongan undi pihak non Islam terutamanya  penganut Kristian adalah sesuatu yang pasti. Situasinya bolehlah diumpamakan ditelan mati emak, diluah mati bini.

Pandangan aku?

Pada aku inilah buktinya bahawa sistem undang² yang diamalkan oleh negara kita mempunyai begitu banyak kelemahan. Hakikat yang tidak dapat ditolak bahawa memang ternyata undang² Islam yang diturunkan ALlah buat panduan dan amalan hambanya dimuka bumi ini sudah begitu sempurna, malah tidak akan dapat diatasi sekalimanapun oleh sekalian pakar yang ada dimuka bumi ini. Di sinilah perlunya pihak PAS khususnya mengambil peluang memulakan serangan tahun baru terhadap UMno, tunjang kepada komponen parti Be eNd yang ternyata gagal mempertahankan kalimah agung buat penganut agama Islam dari digunakan oleh kumpulan bukan Islam. Mana² kenyataan yang keluar dari mulut pimpinan PAS yang seakan² seerti dengan kenyataan yang  keluar dari mulut pimpinan UMno bagi aku adalah TIDAK BIJAK dan TIDAK MATANG.

Kenapa kita harus senada dengan UMno dalam isu ini sedangkan ternyata merekalah yang gagal mengadakan satu sistem pengamalan undang² yang terbaik yang dapat mempertahankan sebarang bentuk penghinaan terhadap agama Islam ini setelah memerintah lebih dari 50 tahun. Apa perlu dimarahkan kepada pihak non Muslim terutamanya penganut Kristian sedangkan bukankah mereka itu hanya mengambil peluang di atas kelemahan sistem perundangan yang ada di negara kita? Itulah tugas mereka yang bijak. Bijak mengeksploitasi kelemahan yang ada walaupun lompongnya teramat halus untuk kita nampak. Jadi setuju atau tidak, UMnolah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Kenapa masih tidak nampak??? Mereka yang membuat taik selama lebih 50 tahun, kenapa pula PAS yang perlu membersihkannya???

Apa pula implikasi akibat kebebasan menggunakan kalimah ‘Allah’ ini nanti?

Pandangan aku lagi, biarkanlah pihak non Muslim diberikan hak menggunakan kalimah suci lagi agung ini. Apa perlu kita menoleh kebelakang sedangkan jalan yang ada masih terbentang luas untuk kita lalui. Aku yakin polemik penggunaan kalimah ‘Allah’ ini akan berakhir dengan aman seandainya tiada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan. Bagi yang bijak mereka akan menukar perkara yang negatif menjadi suatu yang positif begitu juga sebaliknya buat yag bebal dan bangang.

Aku mungkin silap, tetapi dalam pengetahuan aku yang kurang ilmu ni, mungkin tidak ada tertulis kalimah ‘Allah’ didalam kitab² penganut Kristian ini. Kalau ada ternyata aku jahil. Maapla pasai tu. Tapi kalau betul. subhanALlah inilah peluang yang boleh kita gunakan bagi mendakwahi mereka mendekati kebenaran Al-Quran. Hanya di dalam Al-Quran sahajalah mereka akan dapat mempertemukan kalimah ‘ALlah’ ini nanti.

Jadinya agak mudah untuk kita membawa mereka menghayati keagungan mukjizat yang dimiliki oleh Rasul besar junjungan kita, Muhammad SAW hasil dari tercetusnya isu tersebut. Berbagai program yang boleh kita olah hasil dari isu tersebut. Tiada sekatan lagi untuk kita memasuki gereja² seandainya dijemput membicarakan perihal nama ‘ALlah’ ini nanti. Seandainya kita dijalan yang benar, percayalah ISLAM PASTI MENANG. Namun sekiranya kita hanya menggunakan ISLAM untuk tujuan hina menarik undi penganutnya, penghinaan sebeginilah yang selalunya terjadi. WALlahua’lam…

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: