Mendung berarak pergi…

January 6, 2010

Hampir seminggu aku peramkan kenangan duka yang terpaksa ditempuh semasa Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak, yang berlangsung di Xtreme Park, Bandar Sunway pada 27 Dis 2009 lepas. Sepatutnya pasukan Cha Cha yang mewakili DPPK Ipoh Timor dinobatkan sebagai johan pertandingan, sesuai dengan status elit yang mereka miliki. Namun impian itu hancur jua di peringkat akhir. Tewas kepada pasukan Lumut FC dengan penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa penuh permainan.

Tewas dengan jaringan 1-3, itulah antara peristiwa paling memeritkan dalam hidup aku. Sementelah pula aku baru berjinak² dengan jawatan sebagai pengurus pasukan disebabkan ketiadaan Mat Khaiyyom, yang pengsan tidak sedarkan diri pada hari kejohanan tersebut. Usaha aku untuk menggantikan pengurus pasukan bolasepak Perak sekarang nampaknya semakin menipis.

Namun bagai memahami lara hati yang melanda selepas kejohanan itu, ditakdirkan pula pasukan gergasi dunia, Manchester United juga tewas kepada pasukan divisyen 3 Liga Perdana Inggeris dalam kejohanan Piala FA dengan jaringan 0-1 baru-baru ini.

Jadi dengan keputusan itu dengan segera memberikan satu reaksi positif dalam hidup aku bahawa TIDAK SEMESTINYA PASUKAN PILIHAN YANG GAGAH LAGI CEMERLANG ITU AKAN MENANG SENTIASA. ADA KALANYA MEREKA JUA AKAN TEWAS. SAMADA PASUKAN ITU MAMPU UNTUK BANGKIT SEMULA MENGECAP KEJAYAAN LAIN PADA MASA AKAN DATANGLAH YANG MEMBEZAKAN ANTARA PASUKAN YANG HEBAT DAN YANG LEMAH.

Akhir kata, syabas buat pemenang kejohanan, team Lumut FC. Diharapkan kejohanan ini akan terus diadakan pada tahun² akan datang, walaupun sambutan peminat tidaklah mencecah 10 ribu orang seperti konsert HIJRAH aritu. Buat santapan mata, terimalah gambar² yang diharapkan dapat memuaskan hati semua.

i

sesi motivasi sebelum sepak mula oleh PJ Perak

sesi kuliah ringkas untuk santapan penonton rancangan Halaqah terbitan Ntv7

Read the rest of this entry »

2 X 5 = SPRM

January 6, 2010

SPRM terima aduan rasuah Nik Aziz, exco

Seorang lelaki, yang menggelarkan dirinya “aktivis kebudayaan”, membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan exco kerajaan negeri itu serta beberapa individu.

Zaidi Yaacob, 47, yang berkata beliau seorang rakyat Kelantan, memberitahu pemberita bahawa laporan itu dibuat berdasarkan salinan sepucuk surat yang diterimanya melalui pos dua hari lepas.

Beliau telah menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai SPRM tengah hari tadi – Malaysiakini

Sementara satu lagi berita

‘ Hampir semua dewan bedah hospital T’ganu gagal’

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan keadaan hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.

Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut merisikokan nyawa pesakit.

“Hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal (tidak berfungsi dan lambat siap)… dewan bedah Hospital Besut hampir enam tahun, Hospital Kemaman tiga empat tahun, dewan bedah Hospital Setiu dah masuk tujuh tahun… teruk, rakyat marah kerajaan-Malaysiakini

Harapkan pagar, lembu makan kerbau. Itulah perumpamaan yang layak diberikan kepada Ketua Pengarah SPRM yang baru. Satu peristiwa di Kelantan belum disahihkan sumbernya, hanya bertindak dari sepucuk surat yang telah dikirmkan oleh seseorang. Xpala bab tu. Asasnya ada untuk memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang terdapat di dalam surat tersebut.

Ni ha lagi satu kat Ganu nih apa cita? Bukti dah ada depan mata? MB sendiri akui kegagalan tersebut. Xnak pi siasat ka? Ala Kasiimmmmmmmmmm, ko nih spesis mat said jugak. Hampeh. Baru nak mula caya kat hang, hang dah buat taik. Chetttt…

i

Ada lagik yang hilang…

January 6, 2010

Kecoh keputusan Peguam Negara yang akan mendakwa anggota tentera pangkat bawahan (LLP) di atas kehilangan misteri 2 buah jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007 dahulu.

Dari maklumat yang aku terima bukan dua enjin jek yang hilang…

Tapi berita gula naik 20 sen dan tarif letrik akan naik pun turut hilang sama

Harap² Peguam Negara dapat juga mencari sapakah yang bertanggungjawab menghilangkan berita sensasi awal tahun baru masihi 2010 nih

i

Selamatkah kita???

January 6, 2010

Andai benarlah dakwaan Peguam Negara bahawa kes kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007  yang bernilai lebih dai RM 100 juta itu hanya melibatkan anggota tentera berpangkat rendah (LLP), cuba anda bayangkan

apa pula yang boleh dilakukan oleh PEGAWAI² KANAN TENTERA @ KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN mahupun MENTERI PERTAHANAN???

Aku tidak ada jawapannya. Yang aku tau keselamatan negara kita  memang berada dalam keadaan paling kritikal buat masa ini.

i