Mendung berarak pergi…

January 6, 2010

Hampir seminggu aku peramkan kenangan duka yang terpaksa ditempuh semasa Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak, yang berlangsung di Xtreme Park, Bandar Sunway pada 27 Dis 2009 lepas. Sepatutnya pasukan Cha Cha yang mewakili DPPK Ipoh Timor dinobatkan sebagai johan pertandingan, sesuai dengan status elit yang mereka miliki. Namun impian itu hancur jua di peringkat akhir. Tewas kepada pasukan Lumut FC dengan penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa penuh permainan.

Tewas dengan jaringan 1-3, itulah antara peristiwa paling memeritkan dalam hidup aku. Sementelah pula aku baru berjinak² dengan jawatan sebagai pengurus pasukan disebabkan ketiadaan Mat Khaiyyom, yang pengsan tidak sedarkan diri pada hari kejohanan tersebut. Usaha aku untuk menggantikan pengurus pasukan bolasepak Perak sekarang nampaknya semakin menipis.

Namun bagai memahami lara hati yang melanda selepas kejohanan itu, ditakdirkan pula pasukan gergasi dunia, Manchester United juga tewas kepada pasukan divisyen 3 Liga Perdana Inggeris dalam kejohanan Piala FA dengan jaringan 0-1 baru-baru ini.

Jadi dengan keputusan itu dengan segera memberikan satu reaksi positif dalam hidup aku bahawa TIDAK SEMESTINYA PASUKAN PILIHAN YANG GAGAH LAGI CEMERLANG ITU AKAN MENANG SENTIASA. ADA KALANYA MEREKA JUA AKAN TEWAS. SAMADA PASUKAN ITU MAMPU UNTUK BANGKIT SEMULA MENGECAP KEJAYAAN LAIN PADA MASA AKAN DATANGLAH YANG MEMBEZAKAN ANTARA PASUKAN YANG HEBAT DAN YANG LEMAH.

Akhir kata, syabas buat pemenang kejohanan, team Lumut FC. Diharapkan kejohanan ini akan terus diadakan pada tahun² akan datang, walaupun sambutan peminat tidaklah mencecah 10 ribu orang seperti konsert HIJRAH aritu. Buat santapan mata, terimalah gambar² yang diharapkan dapat memuaskan hati semua.

i

sesi motivasi sebelum sepak mula oleh PJ Perak

sesi kuliah ringkas untuk santapan penonton rancangan Halaqah terbitan Ntv7


skuad BUBAR DUN PERAK yang gigih bertugas walaupun tanpa kelengkapan kerusi

taktik mengorat aweks Indo dibelakang tuh…cheh failedddd

keadaan padang yang melepasi tahap penilaian mutu seperti ditetapkan oleh FAM

aksi ceria pasukan pilihan juara sebelum perlawanan akhir

refree pun nak bagi kuliah jugak. player Cha Cha sempat buat senaman cakar rimau..layannnnn

team Batu Gajah, lawan pertama Cha Cha. kacang jek

sesuai bebeno nama kawasannya Larut. mudah je dilarutkan oleh Cha Cha

selepas membelasah Bagan Datoh 6-0, tibalah aksi semi-final dengan geng Yop Tg. Malim FC

sepak mula yang penuh mendebarkan. menang tipis 3-2

Yop Tg. Malim FC berentap dengan PAS Kampar bagi kedudukan ke-3 & ke-4

bola edisi khas Piala Dunia 2020 yang dibawa khas bagi digunakan pada aksi perlawanan akhir

aksi final antara Lumut FC menentang Cha Cha

juru gambar tidak dibenarkan berada bersama² pemain di dalam gelanggang. duk nangkap dari luor je la

aksi penentuan sepakan penalti. gol pembuka kata dari Lumut FC

aksi terbaik pemain Cha Cha yang memperagakan skil ‘Hikmat Tendangan Angkasa’

saat² malang buat team Cha Cha. sepakan penalti kedua dapat diselamatkan oleh keeper brutal Lumut FC

masa ni mato den dah berpinar. golap golito jo rasa eh. den pitammmm

deretan piala buat pemenang kejohanan

ini bukan konsert HIJRAH ek

kapten team PAS Kampar menerima hadiah tempat ke-4

pemain Yop Tg. Malim FC mengambil hadiah bagi tempat ke-3

kami saja jek bagi Lumut FC menang sebab diorang duk jauh. Rege gula pun dah naik 20 sen, kata wakil Cha Cha

johan pertandingan, Lumut FC. tahniah. graciaasssss

pengarah kejohanan melakukan aksi ala-ala tandukan Zidane

aksi ceria team juara bersama Pengurus Pasukan Bolasepak Perak dan EXCO DPPN Perak

jumpa kami tawun depan, nada kecewa pengurus team Parit setelah terpaksa bungkus awal

adik manisss, tangkap gambar baiyya satu. mau antar sana Bangla…

i

2 Responses to “Mendung berarak pergi…”


  1. […] original post here: Mendung berarak pergi… Posted in Manchester United News | Tags: bagai-memahami, gergasi-dunia, kepada-pasukan, […]

  2. nizam Says:

    itu baru team simpanan……klau team betul…awal lg cha2 bungkus 3-0…hahahhaa


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: