Lihat Kenaikan Harga Gula Secara Positif Untuk Kesihatan – Ismail Sabri

SIK: Kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata, sepanjang tahun lepas, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 60 sen untuk setiap sekilogram gula dan jika harga gula tidak dinaikkan tahun ini, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM1 bagi setiap 1kg. Mstar

i

Dah seluruh rakyat boleh menerima dengan baik keputusan kerajaan menaikkan harga gula, tiba² arinih boleh pulak menteri yang berkenaan mengeluarkan kenyataan BODOH wal BANGANG seperti di atas.

Buat apa cakap camtu selepas harga gula telah dinaikkan?

Kenapa x cakap masa khabar angin kenaikan gula tuh ngah hangat diperkatakan?

Kalau setakat dah naik baru nak peringat rakyat, musti ada sumthin yang dia dapat hasil dari kenaikan gula tersebut.

Adakah rakyat dah mula menggerakkan semula ‘silent protest’ sepertimana dalam PRU-12 aritu?

Cuma nak habaq kat puak² UMno Be eNd nih, kalau dah tak mampu nak jaga kebajikan rakyat, sampai terpaksa nak ungkit subsidi yang telah diperuntukkan untuk rakyat sendiri setiap kali berlakunya kenaikan harga barang, hangpa kasik je la kat Pakatan Rakyat ni memerintah. Xyah nak penin² kepala nipu rakyat terang justifikasi kenaikan harga barang tu.

Lagi satu, dah tau x mampu nak bendung kenaikan harga barang, yang hangpa sibuk nak buang duit pi taja team Lotus dalam F1 tu apsal? Bukankah lebih baik berbilion RM yang diperuntukkan kepada team Lotus tu dipulangkan kepada rakyat. At least ada la rakyat ni nampak wangi sket taik hangpa tuh.

Apapun xpa, kita tunggu laporan Kementerian Kesihatan Malaysia nanti. Kalau laporan kata pesakit diabetis kat negara nih meningkat, haha maknanya undi untuk UMno Be End dah tentu menurun. Hik hik… bijak bijak

i