HEMPAP 2010

January 18, 2010

Kebenaran pasti datang

January 18, 2010

“Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru (Nik Aziz) memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya – Weblog Husam Musa

i

AlhamduliLLah ALlah telah melorongkan jalan keluar kepada kemelut yang banyak melanda pentadbiran negeri Kelantan kebelakangan ini. Maka bolehlah kita tahu nanti siapakah yang telah menyalurkan maklumat yang sepatutnya diisytiharkan ‘sulit’ itu. Tertarik dengan ayat ‘menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam’., lantas apa yang bermain di benak pikiran aku sekarang ini ialah sumpah laknat yang begitu popular dilaksanakan kebelakangan ini oleh rakyat Malaysia termasuklah Pi Em 1 Malaysianya. Yang terbaru menggunakannya ialah Nik Sapiea yang telah disabitkan kesalahan mencederakan mantan Pi Em , Tun Em.

Sekiranya benar kaedah sumpah laknat ini akan digunapakai dalam menentukan dalang sebenar membocorkan rahsia tersebut, maka adakah sesiapa yang berasa panas ponggongnya nanti, lantas meminta supaya kaedah tersebut tidak diteruskan? Pada aku, jalan penyelesaian yang dicadangkan oleh Exco tersebut amatlah bijak lagi berhemah. Moga² seandainya musuh dalam selimut yang selama ini menyamar berbajukan jemaah PAS ini ditemui, wajarlah ianya disingkirkan samada dalam pentadbiran kerajaan negeri mahupun dari parti PAS, walaupun kepada Exco yang mencadangkannya. WALlahua’lam…

i