Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah  perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.

Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?

Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)

Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.

DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,

PRESIDEN PAS

* sumber Harakahdaily

i

Ikut nafsu, lesu…

February 21, 2010

Sumber asal di sini

PAS akan musnah, hancur, tidak mendapat tempat di hati rakyat, tidak releven dan punah ranah dalam masa tidak lama lagi. Ini kerana Presiden PAS, begitu cintakan UMNO dan mahu bergabung dengan UMNO dalam kadar segera. Begitu juga dengan kumpulan ‘PAS Terengganu’ yang begitu sukakan UMNO itu. Merekalah punca PAS musnah, tidak lama lagi. Itu kalau dibaca daripada tulisan-tulisan blogger-blogger ‘pro-PAS’ yang lebih sudu dari kuah.

Peliknya, lain pulanya kalau kita bersama-sama dengan ahli PAS yang setiap hari kerjanya membersihkan markaz, menampal poster ceramah umum dan setiap minggu berusrah, walaupun usrahnya itu hanya membicarakan perkara-perkara asas Islam. Begitu juga kalau kita berdamping dengan pimpinan PAS peringkat cawangan, kawasan dan Negeri, di mana PAS sudah mula wujud sejak merdeka. Mereka tidak begitu berbicara hal-hal tinggi-tinggi, hal-hal rahsia jemaah, kerana mereka itu masuk PAS sejak mula dulu, sejak PAS terkenal dengan wala’ dan thiqoh. Sekarang ini dua benda itu sudah dianggap taboo, taqlid buta dan bodoh.

Ulama’ atau tidak, asalkan dia tampak penyokong Presiden, bodoh semuanya di mata blogger. Unity Government, yang merupakan suatu cetusan idea bebas, yang sudahkan ‘ditalkinkan’ tidak lama dulu, disebut-sebut sampai sekarang, entah apa tujuan mereka. Apa sahaja yang Presiden katakan, perlu dibangkang, UMNO hanya perlu melihat dari tepi tersenyum.

Semua keputusan jemaah yang tidak dipersetujui mereka, ditentang habis-habis. Mereka mahu keputusan sepertimana yang mereka mahukan. Mungkin mereka mahu wakil blogger dalam Jawatankuasa Displin, Mesyuarat PAS Pusat, Negeri dan Kawasan. Mereka juga mungkin kuasa veto dalam muktamar dalam menentukan siapa Presiden, Timbalan Presiden dan S/U Agung. (walaupun S/U Agung hakikatnya di bawah kuasa Presiden untuk memilih)

Entah blogger-blogger ini pernah ke usrah cawangan atau tidak,saya pun tidak pasti. Yang pastinya, kelakar juga membaca ulasan mereka yang lebih sudu dari kuah.

Mungkin, muktamar pemilihan tahun hadapan, mereka perlu bertanding?

i

Tambahan : Memang senario yang aku lihat sekarang ini begitu menyesakkan dada. Walaupun hanya ahli biasa, tanpa jawatan, aku lihat apa sahaja yang Mr. President aku buat sekarang ini pastinya akan menimbulkan persoalan ketidakpuasan hati sahabat² blogger yang berpartikan PAS ini. Sehinggakan peristiwa menolong orang hampir lemas pun dijadikan sketsa, seolah² gambaran yang mereka berikan itu lelaki yang hampir kelemasan tempohari telah berpakat dengan Mr. President.

Teringat ketika Tuan Ibrahim Tuan Man singgah memberi suntikan motivasi buat Pemuda PAS Perak di Taman Meru sedikit masa dahulu. Antara kisah menarik yang dibawanya ialah persoalan dari seorang lelaki kepada saidina ‘Ali ra kenapa dizaman beliau kelihatan begitu lemah pemerintahannya berbanding dizaman RasuluLLah saw. Maka dijawab saidina ‘Ali ra, ketika dizaman RasuluLLah saw, baginda mendapat rakyat seperti aku, namun ketika zaman pemerintahan aku, aku mendapat rakyat seperti kamu.

Jadi adakah bersesuaian kisah ini dimainkan kembali di zaman Mr. Presiden sekarang ini???

Aku x da jawapannya melainkan mereka-mereka ini…

i

Budi baikmu dibalas ALlah…

February 18, 2010

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, Mahadar Saad, 47, dikatakan diserang sakit jantung secara tiba-tiba ketika sedang memandu bas berkenaan dan berusaha menahan kesakitannya membawa kenderaan ke tepi jalan sebelum tidak sedarkan diriBHarian Online

i

Kalau sebelum² ini agak hangat perdebatan dikalangan masyarakat mengenai salah laku pemandu bas ekspress yang seringkali dikaitkan sebagai punca kepada kemalangan ngeri membabitkan kenderaan tersebut. Terbaru kejadian melibatkan bas dari syarikat SANI EKSPRESS yang telah mengorbankan lebih 10 nyawa di Ipoh, Perak. Sudah pasti pemandunya dituding sebagai penyebab kepada kemalangan tersebut sedangkan begitu banyak petunjuk yang mengatakan ianya bukanlah disebabkan kecuaian pemandu tersebut.

Apabila terbaca berita di atas siang tadi, kita perlulah mengakui bahawa pemandu bas juga adalah seperti insan lain yang mempunyai akal dan sifat penyayang. Walaupun berdepan saat kritikal akibat serangan sakit jantung, pemandu bas tersebut masih mengambil rasa tanggungjawab dan amanah menjaga nyawa penumpang² yang dibawanya.

Seharusnya pihak berwajib membuka mata seluas²nya dari kejadian tersebut. Tidaklah kesemua pemandu bas itu bersifat kejam dan suka melanggar peraturan jalan raya. Aku mengharapkan pihak berwajib dapatlah mengeluarkan sijil penghargaan kepada keluarga arwah pemandu bas tersebut, sekurang²nya sebagai satu penghargaan sifat penuh kebertanggungjawaban beliau sewaktu bertugas.

Buat arwah pemandu bas tersebut, aku doakan moga roh anda ditempatkan dikalangan roh² orang yang beriman. Moga akan mucul lebih banyak lagi kisah² baik yang ditonjolkan oleh kawan setugas arwah kelak, insyaALlah.

Al-Fatihah…

i

Bollywood punya story…

February 17, 2010

Singapura memperuntukkan cuti bersalin sebanyak 112 hari manakala Thailand, Kemboja, Indonesia dan Filipina menetapkan 90 hari.

Beliau berkata Kemboja turut mewajibkan syarikat yang mempunyai lebih 100 pekerja wanita untuk menyediakan bilik menyusukan bayi dan pusat penjagaan anak. Kemudahan serupa turut disediakan bagai para ibu di IndonesiaMalaysiakini

i

Lantaklah berapa banyak fakta pun yang akan diberi, pemimpin negara pasti ada jawapan pada setiap persoalan yang dibangkitkan. Kalau kes di atas digunapakai, mungkin nasib pekerja perempuan di Rwanda, Zimbabwe ataupun Mongolia akan diguna pakai.

As usual buat kaum wanita, hangpa bersediala terima jawapan balas dari Menteri Pembangunan Wanita Bollywood nanti. Jap aku nak bayangkan jawapan dia...

“Kita wanita di Malaysia sememangnya telahpun dibela dengan pemberian cuti bersalin sebanyak 60 hari. Negara kita masih terkehadapan dalam membela perempuan bersalin berbanding Rwanda, Zimbabwe ataupun Mongolia dimana kaum wanitanya terpaksa bekerja semula sehari selepas sahaja mereka beranak. Idakke giler namanya tu puan-puan oiii. Kuch kuch hotak hang berjambul pepatah dalam Bollywoodnya puan-puan…

Justeru, marilah puan-puan bulatkan hati menyokong kerajaan Be eNd yang ada sekarang. Hanya Be eNd yang mampu bagi cuti selama itu puan-puan sekalian. Sekian terima kasih. Namaste, syukria syukria”…

i

Melayu Kayoo…

February 17, 2010

gambar di atas sekadar hiasan, tiada kene mengena dengan cerita di bawah

i

Kg. Pisang16 Feb. 2010 – Uda bin Pandak Amat mengejutkan kalangan jutawan negara apabila berjaya melonjakkan namanya menjadi manusia terkaya di Malaysia. Menurut laporan Malaysian Business, sebelum ini, manusia terkaya di Malaysia hampir kesemuanya dimonopoli oleh Cina DAP dimana ada laporan mengatakan mereka tersebut itu terdiri dari kalangan kroni Lim Guan Eng.

Namun, seperti sebuah dongengan melayu lampau, anak ketujuh daripada sembilan beradik ini berjaya melompat 120 anak tangga, seperti jauhnya jaguh lompat katak negara, Beghahim Aley. Menurut bapanya, Pandak Amat, Uda memang sebelum lahir telah memulakan amalan mulia menyimpan duit. Ibunya ketika itu masih merupakan seorang bidan kampung dan juga bomoh siam. Sementelah hasil kutipan duit pemutus ubat sebanyak 25sen itulah digunakan oleh ibunya bagi menabung duit Uda yang ketika itu masih berusia 2 bulan setengah dalam perutnya.

Menurut saksi lain yang tidak mahu dikenali namanya, Uda memang terkenal dengan sifat rajinnya. Pernah dia merancang merompak duit penduduk yang baru sahaja menjual getah sekerap di kedai Ah Seng. Dan yang terkini, beliau telah menemui beberapa orang jutawan Melayu bagi membincangkan penubuhan sebuah konsortium yang akan  mendapat hak ekslusif membangunkan tanah orang Melayu di Kampung Baharu, Kuala Lampur.

Setelah berhempas pulas membuat temu janji, akhirnya wartawan dapat juga menemubual saudara Uda yang kebetulan sedang asyik mentekadarah cendol buatan Mamak  Zambery Kadeeeer. Menurutnya, UMnolah selama ini  yang banyak membantu beliau sehingga menjadi orang terkaya di Malaysia. Selepas ini beliau berazam untuk  memperbaharui rekod negara dengan menyimpan duit RM 1 bilion di dalam raga moto kapcai bagi memadamkan rekod lampau yang dicipta oleh seorang ahli tinju bernama Mat Tyson yang berjaya membawa duit sebanyak RM3 juta hanya dengan di isi ke dalam beg galas.

Akhir kata darinya, tanpa Lim Guan Eng, melayu Pulau Pinang pastinya akan lebih berjaya, seperti mana berjayanya seorang sahabat beliau yang mampu memenuhkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda dengan duit sebanyak RM2 juta baru-baru ini.

i

sumber berita di atas dirembat dari Sinar Harian Online

i

Projek Bik maMAH…

February 17, 2010

“Insya Allah, saya rela bekerjasama dengan badan kerajaan serta pihak lain bagi membendung isu pembuangan bayi,” – Bik maMAH

i

Wah wah wahhhh…macam ada udang sebalik mee jek gaya ucapan Bik maMah kita nih???

Lagik ramai anak haram lagik bagus ka???

Ni mesti nak sumbat dalam projek PERMATA…

Satu lagi projek Be eNd…

Ahaks ahaks…

i

Gempaqqq…

February 12, 2010

Dengaq cita ada beberapa ekoq ahli parlimen PAS nak seberang ke UMno???

Ketuanya dengaq habaq mai dari Pulau Pinang lak tuh?

Uishhh…Xkan la Ust. Salleh Man lak…

Udahla itu jek semangga yang ada… Nak seberang ke UMno la plak…

Ni mesti majuk x dapat jadik YDP MAIPP nye pasal…

Ye lahhh, kalau dapat jadik YDP MAIPP baper banyak leh rembat duit rakyat???

Aduhai PAS, kenapa la pilih calon yang xdak maruah???

Cuba tengok KeADILan tuh? Suma calon dia bersih…

Mana ada terliuq ngan UMno…

Usahkan terliuq, nak buat bincang senyap² pun x main nye de…

Dah memang berkerat rotan…

Aku memang salute la orang KeADILan nih…

Bukan kelapaq duit cam oghang PAS ni…

Aduhaiii letihnye rasa nolong menangkan Ust. Salleh Man aritu…

Dah la tu, buat bulan posa lak tu…

Nipis pahala posa aku duk maki UMno time tuh…

X kesian kat kami ka Ust. Salleh Man oiiii…

Kalau lagu nih, aku cadang nak join KeADILan ar pasnih…

Tenang sket hati nih duk ngan puak yang x kelapaq ngan UMno nih…

Nak harapkan yang ada title ustaz pun skang dh x brapa leh caya dah…

i

i

Erkkkk… tapiiiii…Ust. Salleh Man bukan ahli Parlimen?

Dia tu ADUN Permatang Pasiaq…

Adoyyaiiii…

Abihtu sapa???

Xkan orang KeADILan lagik yang buat taikkkkk???

Aisehmannnn…

Haghu haghuuuu…

Kensel la nampak gayanya…

Duk je la dalam PAS nih…

i

Bebas sebab gagal…

February 11, 2010

…  Majistret Hafizza Sauni membebaskan semua mereka berikutan kegagalan OCPD Dang Wangi ketika itu, Datuk Bakri Zinin yang gagal menghadiri perbicaraan sebagai saksi utama dan juga tujuh saksi yang lain –  Malaysiakini

i

Kenapa benda camni boleh berlaku? Gagal untuk hadir ke mahkamah? Sapa yang buat? Anggota polis lak tu? Kenapa mamat tu yang sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat negara ini, sementelah pula tugasnya sebagai penguatkuasa undang² tetapi gagal melaksanakannya apabila membabitkan diri sendiri?

Inikah contoh yang terbaik hendak ditonjolkan kepada rakyat?

Kenapa tindakan menghina mahkamah tidak boleh diambil terhadap kegagalan beliau hadir menjadi saksi bagi kes tersebut?

Kenapa setelah bersusah payah orang kene tuduh (OKT) memberikan kerjasama yang baik, sehinggakan sampai ada yang sudah meninggal dunia mungkin kerna terlalu lama masa diambil untuk mengadili diri mereka dan begitu banyak masa dan wang ringgit habis dibuang untuk menghadiri perbicaraan kes ini, tiba-tiba kes digugurkan hanya kerna mamat sekoq nih??? 10 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat.

Adakah hakim terkhilaf dengan perbuatan mamat sekoq nih?

Ataupun kerna sekarang mamat ni sudah berpangkat besaq dalam PDRM, maka dia bebas melakukan apa yang dia suka, walaupun perbuatannya itu dilihat cuba menganggu proses keadilan dari terus tertegak??? Malaysia nampaknya akan terus berduka.

i

Gambo menarik 9.2

February 10, 2010

ada lak orang lain ngah sibuk cerita pasai kes kat mahkamah siang tadi, yang kat tengah tu leh posing maut lak. isk isk iskkkk

i

Wake Up Call!!!

February 10, 2010

“Itu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.

“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.

“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

… “Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya. Harakahdaily

Ada pengomen blog nih mintak Pakatan Rakyat blaja terima keputusan mahkamah, tapi aku nak habaq kat mamat nih, suh la Zambry tu blajaq² terima keputusan rakyat Perak sama.

Yang rakyat pilih ialah PENOLAKAN RAKYAT KEPADA BE END pada PRU-12 yang lepas. Xkan sorang yang ada title PhD pun payah sangat nak faham menda nih? Melainkan PhD yang diperolehinya adalah melalui cara yang diragui sama juga dengan keputusan yang diperolehinya semalam.

i

i