Bebas sebab gagal…

February 11, 2010

…  Majistret Hafizza Sauni membebaskan semua mereka berikutan kegagalan OCPD Dang Wangi ketika itu, Datuk Bakri Zinin yang gagal menghadiri perbicaraan sebagai saksi utama dan juga tujuh saksi yang lain –  Malaysiakini

i

Kenapa benda camni boleh berlaku? Gagal untuk hadir ke mahkamah? Sapa yang buat? Anggota polis lak tu? Kenapa mamat tu yang sepatutnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat negara ini, sementelah pula tugasnya sebagai penguatkuasa undang² tetapi gagal melaksanakannya apabila membabitkan diri sendiri?

Inikah contoh yang terbaik hendak ditonjolkan kepada rakyat?

Kenapa tindakan menghina mahkamah tidak boleh diambil terhadap kegagalan beliau hadir menjadi saksi bagi kes tersebut?

Kenapa setelah bersusah payah orang kene tuduh (OKT) memberikan kerjasama yang baik, sehinggakan sampai ada yang sudah meninggal dunia mungkin kerna terlalu lama masa diambil untuk mengadili diri mereka dan begitu banyak masa dan wang ringgit habis dibuang untuk menghadiri perbicaraan kes ini, tiba-tiba kes digugurkan hanya kerna mamat sekoq nih??? 10 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat.

Adakah hakim terkhilaf dengan perbuatan mamat sekoq nih?

Ataupun kerna sekarang mamat ni sudah berpangkat besaq dalam PDRM, maka dia bebas melakukan apa yang dia suka, walaupun perbuatannya itu dilihat cuba menganggu proses keadilan dari terus tertegak??? Malaysia nampaknya akan terus berduka.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: