Melayu Kayoo…

February 17, 2010

gambar di atas sekadar hiasan, tiada kene mengena dengan cerita di bawah

i

Kg. Pisang16 Feb. 2010 – Uda bin Pandak Amat mengejutkan kalangan jutawan negara apabila berjaya melonjakkan namanya menjadi manusia terkaya di Malaysia. Menurut laporan Malaysian Business, sebelum ini, manusia terkaya di Malaysia hampir kesemuanya dimonopoli oleh Cina DAP dimana ada laporan mengatakan mereka tersebut itu terdiri dari kalangan kroni Lim Guan Eng.

Namun, seperti sebuah dongengan melayu lampau, anak ketujuh daripada sembilan beradik ini berjaya melompat 120 anak tangga, seperti jauhnya jaguh lompat katak negara, Beghahim Aley. Menurut bapanya, Pandak Amat, Uda memang sebelum lahir telah memulakan amalan mulia menyimpan duit. Ibunya ketika itu masih merupakan seorang bidan kampung dan juga bomoh siam. Sementelah hasil kutipan duit pemutus ubat sebanyak 25sen itulah digunakan oleh ibunya bagi menabung duit Uda yang ketika itu masih berusia 2 bulan setengah dalam perutnya.

Menurut saksi lain yang tidak mahu dikenali namanya, Uda memang terkenal dengan sifat rajinnya. Pernah dia merancang merompak duit penduduk yang baru sahaja menjual getah sekerap di kedai Ah Seng. Dan yang terkini, beliau telah menemui beberapa orang jutawan Melayu bagi membincangkan penubuhan sebuah konsortium yang akan  mendapat hak ekslusif membangunkan tanah orang Melayu di Kampung Baharu, Kuala Lampur.

Setelah berhempas pulas membuat temu janji, akhirnya wartawan dapat juga menemubual saudara Uda yang kebetulan sedang asyik mentekadarah cendol buatan Mamak  Zambery Kadeeeer. Menurutnya, UMnolah selama ini  yang banyak membantu beliau sehingga menjadi orang terkaya di Malaysia. Selepas ini beliau berazam untuk  memperbaharui rekod negara dengan menyimpan duit RM 1 bilion di dalam raga moto kapcai bagi memadamkan rekod lampau yang dicipta oleh seorang ahli tinju bernama Mat Tyson yang berjaya membawa duit sebanyak RM3 juta hanya dengan di isi ke dalam beg galas.

Akhir kata darinya, tanpa Lim Guan Eng, melayu Pulau Pinang pastinya akan lebih berjaya, seperti mana berjayanya seorang sahabat beliau yang mampu memenuhkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda dengan duit sebanyak RM2 juta baru-baru ini.

i

sumber berita di atas dirembat dari Sinar Harian Online

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: