Budi baikmu dibalas ALlah…

February 18, 2010

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, Mahadar Saad, 47, dikatakan diserang sakit jantung secara tiba-tiba ketika sedang memandu bas berkenaan dan berusaha menahan kesakitannya membawa kenderaan ke tepi jalan sebelum tidak sedarkan diriBHarian Online

i

Kalau sebelum² ini agak hangat perdebatan dikalangan masyarakat mengenai salah laku pemandu bas ekspress yang seringkali dikaitkan sebagai punca kepada kemalangan ngeri membabitkan kenderaan tersebut. Terbaru kejadian melibatkan bas dari syarikat SANI EKSPRESS yang telah mengorbankan lebih 10 nyawa di Ipoh, Perak. Sudah pasti pemandunya dituding sebagai penyebab kepada kemalangan tersebut sedangkan begitu banyak petunjuk yang mengatakan ianya bukanlah disebabkan kecuaian pemandu tersebut.

Apabila terbaca berita di atas siang tadi, kita perlulah mengakui bahawa pemandu bas juga adalah seperti insan lain yang mempunyai akal dan sifat penyayang. Walaupun berdepan saat kritikal akibat serangan sakit jantung, pemandu bas tersebut masih mengambil rasa tanggungjawab dan amanah menjaga nyawa penumpang² yang dibawanya.

Seharusnya pihak berwajib membuka mata seluas²nya dari kejadian tersebut. Tidaklah kesemua pemandu bas itu bersifat kejam dan suka melanggar peraturan jalan raya. Aku mengharapkan pihak berwajib dapatlah mengeluarkan sijil penghargaan kepada keluarga arwah pemandu bas tersebut, sekurang²nya sebagai satu penghargaan sifat penuh kebertanggungjawaban beliau sewaktu bertugas.

Buat arwah pemandu bas tersebut, aku doakan moga roh anda ditempatkan dikalangan roh² orang yang beriman. Moga akan mucul lebih banyak lagi kisah² baik yang ditonjolkan oleh kawan setugas arwah kelak, insyaALlah.

Al-Fatihah…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: