Ikut nafsu, lesu…

February 21, 2010

Sumber asal di sini

PAS akan musnah, hancur, tidak mendapat tempat di hati rakyat, tidak releven dan punah ranah dalam masa tidak lama lagi. Ini kerana Presiden PAS, begitu cintakan UMNO dan mahu bergabung dengan UMNO dalam kadar segera. Begitu juga dengan kumpulan ‘PAS Terengganu’ yang begitu sukakan UMNO itu. Merekalah punca PAS musnah, tidak lama lagi. Itu kalau dibaca daripada tulisan-tulisan blogger-blogger ‘pro-PAS’ yang lebih sudu dari kuah.

Peliknya, lain pulanya kalau kita bersama-sama dengan ahli PAS yang setiap hari kerjanya membersihkan markaz, menampal poster ceramah umum dan setiap minggu berusrah, walaupun usrahnya itu hanya membicarakan perkara-perkara asas Islam. Begitu juga kalau kita berdamping dengan pimpinan PAS peringkat cawangan, kawasan dan Negeri, di mana PAS sudah mula wujud sejak merdeka. Mereka tidak begitu berbicara hal-hal tinggi-tinggi, hal-hal rahsia jemaah, kerana mereka itu masuk PAS sejak mula dulu, sejak PAS terkenal dengan wala’ dan thiqoh. Sekarang ini dua benda itu sudah dianggap taboo, taqlid buta dan bodoh.

Ulama’ atau tidak, asalkan dia tampak penyokong Presiden, bodoh semuanya di mata blogger. Unity Government, yang merupakan suatu cetusan idea bebas, yang sudahkan ‘ditalkinkan’ tidak lama dulu, disebut-sebut sampai sekarang, entah apa tujuan mereka. Apa sahaja yang Presiden katakan, perlu dibangkang, UMNO hanya perlu melihat dari tepi tersenyum.

Semua keputusan jemaah yang tidak dipersetujui mereka, ditentang habis-habis. Mereka mahu keputusan sepertimana yang mereka mahukan. Mungkin mereka mahu wakil blogger dalam Jawatankuasa Displin, Mesyuarat PAS Pusat, Negeri dan Kawasan. Mereka juga mungkin kuasa veto dalam muktamar dalam menentukan siapa Presiden, Timbalan Presiden dan S/U Agung. (walaupun S/U Agung hakikatnya di bawah kuasa Presiden untuk memilih)

Entah blogger-blogger ini pernah ke usrah cawangan atau tidak,saya pun tidak pasti. Yang pastinya, kelakar juga membaca ulasan mereka yang lebih sudu dari kuah.

Mungkin, muktamar pemilihan tahun hadapan, mereka perlu bertanding?

i

Tambahan : Memang senario yang aku lihat sekarang ini begitu menyesakkan dada. Walaupun hanya ahli biasa, tanpa jawatan, aku lihat apa sahaja yang Mr. President aku buat sekarang ini pastinya akan menimbulkan persoalan ketidakpuasan hati sahabat² blogger yang berpartikan PAS ini. Sehinggakan peristiwa menolong orang hampir lemas pun dijadikan sketsa, seolah² gambaran yang mereka berikan itu lelaki yang hampir kelemasan tempohari telah berpakat dengan Mr. President.

Teringat ketika Tuan Ibrahim Tuan Man singgah memberi suntikan motivasi buat Pemuda PAS Perak di Taman Meru sedikit masa dahulu. Antara kisah menarik yang dibawanya ialah persoalan dari seorang lelaki kepada saidina ‘Ali ra kenapa dizaman beliau kelihatan begitu lemah pemerintahannya berbanding dizaman RasuluLLah saw. Maka dijawab saidina ‘Ali ra, ketika dizaman RasuluLLah saw, baginda mendapat rakyat seperti aku, namun ketika zaman pemerintahan aku, aku mendapat rakyat seperti kamu.

Jadi adakah bersesuaian kisah ini dimainkan kembali di zaman Mr. Presiden sekarang ini???

Aku x da jawapannya melainkan mereka-mereka ini…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: