1 cadangan…

March 31, 2010

6 jahanam berbaju biru seragam biru muda sedang membuat rantaian manusia melindungi Ganeson dari diserang dengan serbuk lada oleh ADUN Jelapang

Cuba lihat gambor terkini dalam sidang DUN Perak yang sedang berlangsung mulai pagi semalam. Gambar di atas aku cilok dari laman Malaysiakini [link]. Kelihatan 6 orang ‘bodyguard’ sedang berkawal menjaga speaker R. Ganesan lagak ‘crook’ 6 Jahanam dari filem P.Ramlee dulukala. Tentulah mulanya aku sangka mamat 6 jahanam tu berkawal sebab risaukan Ganesan tu diserang atau diangkut keluar dewan dengan bangku² yang dia duduk oleh ADUN Pakatan Rakyat nanti.

Tapi aku tepis jejauh tanggapan negatif tu. Mana mungkin ADUN Pakatan Rakyat mahu berkelakuan buruk seperti lanun bertopengkan ADUN Be eNd yang merampas negeri Perak tempohari. So, untuk lebih realistik aku cuba mencari sebab musabab kehadiran mamat 6 jahanam yang diupah mengawal Ganesan tu.

AlhamduliLLah, ALlah masih mengurniakan daya ingatan yg kuat kepada aku supaya persoalan di atas tidak menghantui lena tidurku dimalam hari nanti. Korang ingat lagi x, tika mana pernah seorang ADUN perempuan dari sebatang sungai pada penggal pertama sidang DUN sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak berkata “andai berjumpa seorang India dan seekor ular, hendaklah kita membunuh India itu terlebih dahulu sebelum membunuh ular tersebut”. Makna kurang lebih dari ucapan dia tu la.

Jawapan apasal mamat 6 jahanam tu sibuk bebenor nak cover si Ganesan tu telah kutemui. Dia lebih takutkan Kak Midah upernye. Bukan takut kat ADUN Pakatan Rakyat tuh.Keh keh keh.

Pasnih aku cadang Zambery Kadeer usulkan pindaan peraturan dewan yang baru dengan mensyaratkan setiap ADUN Be eNd dibolehkan membawa masuk maksimum 6 orang pengawal peribadi ke dalam dewan DUN setiap kali persidangan. Aku yakin usul ni boleh diangkat dan diluluskan tanpa bahas. Boleh ka camtu???

i

Besar kemaluan beliau…

March 31, 2010

KOTA BHARU – Pos Malaysia Berhad mengesan sebahagian besar daripada kira-kira 120,000 pelajar yang menyertai Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri yang diadakan baru-baru ini, tidak memahami teknik penulisan surat.

Pengerusi Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya bimbang jika masalah itu berpunca daripada ledakan teknologi siber termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) menyebabkan generasi muda hari ini gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul – KOSMO Online

i

Kah kah kah. Lawak gila. Ini tidak patut. Adakah Pengerusi POS Malaysia ni cuba untuk memalukan Datuk Seri Najib?

Adakah patut dia kata budak yang tulis surat kat Datuk Seri Najib gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul?

Apa maknanya kenyataan beliau itu?

Maknanya budak yang nulis surat kat Datuk Seri Najib tu mungkin dari spesis budak yang tidak cerdik aka budak tercicir pelajaran la kot.

Xkan la budak yang cemerlang gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul kan?

Dari 120,000 penghantar, separuhnya dihantar oleh  budak kurang bijak?

Kah kah kah… Apala malang Datuk Seri Najib dimalukan seperti ini?

Cuma satu yang positif, sekurang-kurangnya ada jugak benda berfaedah yang mampu budak kurang bijak itu buat selain dari berbalas sms ataupun monteng kelas.

Kah kah kah… kesiannnnn dia…

i

p/s – ataupun mungkin kalau diminta semak surat yang di‘reject’ POS Malaysia tu adalah yang bertanyakan soalan² sensitif berkenaan pembunuhan Altantunya ataupun isu tangkap basah di negeri sembilan bersama seorang penyanyi perempuan fofular satu masa dulu? POS Malaysia nampaknya terpaksa keluarkan kenyataan berkenaan isu ini bagi mengelakkan salah tanggap perkara demikian.

i

Sketsa pagi buta…

March 30, 2010

Mak       : Adi, apa yang cikgu ajar kat skolah tadi?

Adi        : Cikgu ajar bab-bab najis mak

Mak       : Ooo bagus anak mak ni. Apa yang cikgu cakap?

Adi         : Cikgu cakap najis ada 3 bahagian. Pertama najis ringan dipanggil najis mukkhaffafah iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.

Yang kedua cikgu cakap najis mutawassitoh (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya.

Yang ketiga Mughallazah (berat), iaitu anjing, babi dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.

Mak      : Lagi?

Adi        : Cikgu tambah lagi selain anjin, babi dan salah satu darinya tu, cikgu cakap ada lagi satu yang termasuk dalam kategori najis berat ni mak

Mak      : Apa dia pulak tu???

Adi       : Zambry Kadeeer mak…

Mak      : AstaghfiruLLah

i

Takziah & Tahniah…

March 29, 2010

i

KENYATAAN RASMI YAB TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ DI ATAS PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL- MURSYIDUL AM PAS SESI 2010 – 2015

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

*sumber Harakahdaily

i

Soiiii Lek minanggg…

March 28, 2010

‘Serbuk’ Di Kondo Benjy Bukan Kokain – Polis

KUALA LUMPUR: ‘Serbuk putih’ seberat 800 gram (gm) yang ditemui di kondominium milik pelakon, Khaeryl Benjamin Ibrahim di Kepong disahkan bukan kokain, kata polis.

“Serbuk seberat 800gm yang dirampas bukan dadah jenis kokain dan kami telah meminta Jabatan Kimia melakukan ujian sekali lagi,” kata Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang.

Menurut beliau, pihaknya perlu memastikan bahawa bahan berupa serbuk tersebut yang diperoleh daripada pelakon dikenali sebagai Benjy pada 11 Mac lalu bukan merupakan kategori dadah berbahaya – Mstar

Tahniah la kat polis. Cekap buat kijer. Kejap je leh buktikan benda² yang meragukan nih. Aku pun x suke mamat tuh kene gantung, tapi aku jugak x suke nasib rakyat marhain cam aku nih jadik mainan. Ntahla negaraku ini.

Sebelum ini aku nak refresh balik korang, dunia artis juga pernah kecoh dengan penahanan seorang budak muda yang juga anak kepada seorang pengarah filem tersohor negara akibat salah guna dadah alternatif di sebuah pusat hiburan. Namun akhirnya budak tersebut didapati ‘bersih’ dan dilepaskan begitu sahaja tanpa pendakwaan. Namun ramai yang beranggapan pembebasan budak tersebut ada berkaitan dengan hubungan rapat bapaknya dengan pegawai pasukan keselamatan yang terjalin selepas kekerapan pengarah tersebut menerbitkan cerita-cerita berkaitan pasukan keselamatan negara.

i

p/s- agaknya inilah bentuk campur tangan pihak ketiga yang dikata oleh Tan Sri Musang Hasang tempohari.

i

Tiada kesudahan???

March 26, 2010

klik gambor untuk sumber

i

Saban hari media disesakkan dengan kisah menyayat hati isu penderaan bayi. Apalah malang bayi yang langsung tidak setanding kekuatan dengan manusia dewasa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Sudah hilangkah kewarasan manusia akhir zaman ini, lebih-lebih lagik ianya terjadi pada kalangan anak Melayu, yang seringkali diwar-warkan terkenal dengan ketinggian sifat penuh kelembutan itu?

Atau semakin ramaikah manusia bersikap dayus, berani melampiaskan perasaan amarah dendam kesumat hanya pada insan yang baru ingin mengenali dunia serta tidak tahu melawan ini?

Ataukah ianya peringatan ALlah buat hambaNya yg asyik masyuk memuja hukum hasil pemikiran sang pemerintah yang buas tanpa mempedulikan sedikitpun hukum dariNya yang mencipta…

Aduhhhhhh, agaknya berapa ramai lagikah bayi-bayi yang tidak berdosa ini bakal beribu angkatkan perempuan ‘sesuci’ lanun Sungai Rapat itu? Arghhh masakan dia sanggup untuk terus susah… cukuplah semalam

Atau jika mahukan yang lebih anggun, si Juhi Chawla karat yang tersembam di Lembah Pantai tempohari boleh dijadikan pilihan?

Jangan sampai ada kejutan si hidung tajam berhati mulia itu? Arghhhhh anak kandung sendiri lagikan malu untuk diakui kewujudannya, apalah sangat simalang ini?

Lagipun budak ini juga bakal menjadi OKU dihari yang mendatang? Apa perlu disusahkan diri menjadi wira…

Moga ALLah memuliakan mereka yang menyayangi si anak kecil seperti bayi yang malang itu…

i

Perhatian kepada JAIPk

March 19, 2010

Tonggang ayor ape tu yopppp???

Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) diminta mengambil tindakan berdasarkan laporan bergambar yang tersiar di akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Mac 2010, Jumaat (hari ini). Gambar yang tertera diruangan SENTRAL akhbar berkenaan menunjukkan seorang yang berpangkat CEO di sebuah hospital swasta terkenal di Ipoh, Perak sedang menuang sejenis minuman yang dilihat seolah-olah menyerupai botol minuman keras kedalam susunan cawan sewaktu meraikan lebih 400 orang tetamunya.

Mengikut nama yang tercatat dalam laporan tersebut, individu yang melakukan perbuatan tersebut dipercayai adalah seorang beragama Islam. Sekiranya benar acara yang dilaporkan akhbar berkenaan membabitkan penggunaan minuman keras yang diharamkan itu, pihak JAIPk perlulah bertegas mengambil tindakan tanpa mengambil sikap memilih bulu walaupun pelakunya merupakan orang besar dalam dunia perniagaan kesihatan negara.

Negara sebelum ini pernah digemparkan dengan berita penangkapan seorang model sambilan wanita atas kesalahan meminum arak dikhalayak ramai disebuah kelab hiburan dalam negeri Pahang. Kesnya yang mendapat perhatian dunia kerana buat pertama kali hakim mahkamah syariah telah menjatuhkan hukuman sebatan terhadap pesalah wanita. Namun hukuman itu masih tertangguh akibat campur tangan banyak pihak sehingga mengundang banyak persoalan masyarakat umum samada hukuman tersebut akan diteruskan ataupun dibatalkan dengan kuasa yang ada pada Sultan Pahang,  ketua agama bagi orang Islam negeri Pahang walaupun pesalah memilih untuk menerima hukuman.

Apapun aku harapkan adanya penafian dari pihak hospital tersebut selepas ini sekiranya berita yang aku tulis ini tidak benar. Ianya bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tanggap terutama orang seperti aku. Sekian terima kasih.

* pautan gambar dari sumber Ipoh Echo [link]

i

Sekalung tahniah…

March 15, 2010

power beb

i

AlhamduliLLah Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah berjaya mengadakan jambori AMALnya bertempat di Kem Hanifa (kebun Pak Kholil), Gopeng pada sabtu dan ahad yang lepas. Oleh kerana kawasan Ipoh Timor merupakan kawasan yang amat maju, maka tidak kelihatan sebarang anak sungai yang dapat kami gunakan untuk tujuan murni tersebut. Maka satu keputusan diambil untuk meminjam tempat kawasan parlimen bersebelahan, mudah-mudahan kawasan parlimen tersebut jua berpahala hasil dari kerja baik yang kami lakukan ini, isnyaALlah.

Pendaftaran yang bermula seawal jam 2 petang Sabtu tersebut berjalan dengan lancar sehinggakan tapak kawasan jambori tersebut buat pertama kalinya menerima limpahan kereta² mewah, semestinya dimiliki pemuda kawasan yang rata-ratanya kaya raya walaupun tidak pernah mendapat sebarang konsesi balak dari pemerintah sebelum ini. Berbagai aktiviti yang dijalankan bagi memuaskan nafsu para peserta yang mencecah hampir 30 orang itu berusia seawal 12 tahun hingga mencecah 40 tahun itu. Program kali ini juga telah menarik minat 2 anggota AMAL veteran yang menawarkan diri sebagai chef menyediakan keperluan perut kami.

Aktiviti dimulai dengan solat asar berjemaah, sesi ta’aruf sesama peserta, pembahagian kumpulan, menaikkan khemah, solat dan kuliah maghrib, isyak berjemaah, demonstrasi bantuan kecemasan, persembahan nasyid menggunakan alat percussion dari bahan terbuang sebelum xtvt utama iaitu tido. Xtvt disambung awal pagi dimulai  qiammullail, solat dan kuliah subuh, senaman dan regangan badan dan permainan paintball bajet. Program berakhir dengan solat zohor berjemaah petang ahad tersebut.

Menurut pengarah program, saudara Fadhil Amran, walaupun dikhabarkan program yang sama turut berlansung di peringkat negeri di Tasik Banding, Gerik, namun ianya terpaksa diteruskan memandangkan kelewatan pemakluman program dari pihak Amal Negeri. Tempahan tempat program juga telahpun dibayar awal, bagi mengelakkan ianya dibatalkan oleh pihak tuan tanah kerana kawasan program tersebut termasuk dalam kategori kawasan ‘panas’ buat para pencinta xtvt ‘outdoor’ setiap minggu.

Justeru seharusnya pihak AMAL negeri memahami akan keperluan pihak DPPK Ipoh Timor melakukan sembah derhaka buat program kali ini, dan sekiranya rekod cemerlang penglibatan Unit AMAL kawasan Ipoh Timor dalam pelbagai program unit AMAL peringkat negeri sebelum² ini diambil kira, maka sudah semestinya pihak AMAL negeri berlapang dada dengan kekhilafan tersebut.

Sehubungan itu, aku menyeru pembaca blog ini yang duduk dalam kawasan Parlimen Ipoh Timor agar bersama-sama kami ataupun menyumbang anak-anak kepada kami supaya kami dapat memanfaatkan tenaga ini untuk kegunaan perjuangan Islam. Akhir kata, salute aku buat pengarah dan timb. pengarah program, saf pimpinan DPPKIT dan buat seluruh peserta yang terbabit menjayakan program kali ini. Mudah-mudahan kerja baik kalian akan diangkat ALlah sebagai amal soleh.

Beramal ikhlas kerana ALlah…

i

p/s-pautan untuk sumber asal di DPPKIT.com

i

“Jika dalam apa-apa hasil penerbitan ada disiarkan dengan niat jahat apa-apa berita yang tidak benar, maka pencetak, penerbit, penyunting dan penulis berita itu adalah melakukan suatu kesalahan.

“Dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.” – Malaysiakini

i

Angin x da, ribut xda, tiba-tiba pihak Kementerian Dalam Negeri yang menjadi jurucakap bagi pihak kerajaan UMno BeeNd menyinga marah akibat dari satu berita tersalah lapor(?) wartawan China Press yang mengatakan KPN, Musang Hassan akan meletakkan jawatan.Bagai lembu naik minyak, pihak tersebut mengugut untuk mengambil tindakan terhadap pihak akhbar tersebut hasil dari berita yang tersalah lapor itu.

Amboiiii, camtu skali amik berat pasai etika kewartawanan negara kununnya. Tp tu pun kes bila kena kat hangpa? Kalau kena kat kami Pakatan Rakyat nih, ada hangpa nk menyalak? Jutaan berita yang Utusan Meloya buat, berita Hairan salah lapor, xdak pun kuar apa-apa statement? Napa lak kali ni hangpa menyinga? Pasai brita tu mmg betoi ka yang hangpa menyinga sangat tu?

Aku rasa brita tu mmg betoi la. Aku teringat kes orang yang melepas (buang angin kotor berbau busuk). Orang duk kata dia melepas, yang x lepas msti cool jek. Tapi kalau yg betui² melepas, mst naik angin. Sampai sanggup bersumpah nama ALlah x lepaskan gas beracun tuh. Tu pengalaman aku dulu² la. Mungkin gak leh relatekan ngan kisah KPN nih.

So kalau kat akhbar arus perdana hangpa boleh tutup sebelah mata, kenapa dengan yang ini hangpa x boleh plak? Barulah nampak adil dan keadilan itu nampak ditegakkan. Perghhh ayat.

Aku bukan apa sangat, xnak la nanti rakyat nampak sangat kebaculan hangpa tu. Hangpa jugak yg marah. Dan lagi satu, kalau boleh janganla suburkan budaya ugut yang mengarut tuh. Dah jadi kerajaan semestinya ada sifat timbang rasa dan jiwa yang besar dikalangan pemimpinnya. Jangan pantang silap sikit jek nak ugut. Kalau camtu baik toksah jadi pemimpin. Senang…

i

Assalamu’alaikum.

Hari ini aku nak bawak satu kisah yang terjadi kepada seorang yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Puan X’ (bukan nama sebenar) yang memberanikan diri keluar dari tempat persembunyiannya selama ini bagi berkongsi masalah yang dideritainya sekian lama hasil jangkitan dari sejenis virus yang dibawa oleh sekumpulan pendatang tanpa izin.

Kisah penuh menyayat hati ini telah berlaku hampir 10 tahun lamanya. Namun setelah berbagai ikhtiar dilakukan, beliau akhirnya pasrah dengan ketentuan ALlah SWT terhadap dirinya.

Puan X’ (bukan nama sebenar) tampil kehadapan bagi berkongsi kisah sedihnya dengan masyarakat di luar sana agar mereka yang membaca kisah sedihnya ini lebih berhati-hati dengan kumpulan pendatang tanpa izin yang sekarang ini begitu parah melanda negara kita.

Jadi marilah kita sama-sama ikuti dan selami kisah benar seorang insan yang telah dijangkiti penyakit berbahaya kesan dari kebanjiran pendatang asing tanpa izin dinegara kita sekarang di bawah ini.

i

Assalamu’alaikum semua. Biarlah aku hanya dikenali sebagai ‘Puan X’ (bukan nama sebenar)

Dahulu hidung asalku adalah cantik. Sama seperti perempuan melayu Malaysia yang lain.

Aku begitu teruja dan berasa amat berbangga dengan kejadian indah ciptaan ALlah SWT ini.

Masakan tidak, hampir kesemua kawan mahupun lawan memuji kecantikan rupa parasku ini terutamanya hidung yang terletak elok itu.

i

Namun kesemuanya mula berubah akibat dari sikap aku yang terlalu obses dengan artis Bollywood.

Sapa yang x gemarkan artis Bollywood kan??? Pelakon perempuannya cantik lagi seksi, manakala pelakon lelakinya pula tampan dan berbadan sasa. Jangan nak kencin saya la kalau anda katakan anda tidak minatkan pelakon Bollywood.

Jap, saya nak betulkan sanggul rambut ni. Berat sangat. Maklumla rambut baru cuci kat saloon.

i

Ok kita sambung kembali…

Aku menghadiri satu program membabitkan artis Bollywood disalah sebuah pusat peranginan terkenal tanahair. Disitulah segalanya bermula …

Penonton yang ramai rata-ratanya aku anggap pendatang tanpa izin kerana mereka hanya pandai menyebut beberapa patah perkataan apabila diajak berbual.

Antara ayat yang sering keluar dari mulut penonton yang hadir sama menyaksikan pertunjukan artis Bollywood itu seperti ‘merah’,’hijau’,’lama’,’baru’,’berapa ringgit’

Jadi secara tidak langsung ianya menguatkan lagi tanggapan aku terhadap mereka

Kemuncak acara, tidak semena-mena nama aku dipanggil naik ke atas pentas utama berada bersama-sama artis Bollywood tersebut.

Antara perempuan melayu yang hadir, hanya akulah yang  berjaya naik ke atas. Yang lain kesemuanya dari bangsa lain. Masa itu aku rasakan seolah-olah roda jam telah berhenti berputar. Indahnya saat itu.

Tanpa berlengah aku cuba mengusap pipi salah seorang aktor Bollywood tersebut bagi mengetahui sejauh mana lembutnya kulit mereka itu. Sah memang lembut.

i

Aku digomol mereka, seperti lazimnya yang  mereka buat dalam amalan kebudayaan mereka. Malah aku diberi peluang berlaga kulit halus mereka itu. Aduhhhh, syoknya rasa…

i

i

i

Namun rupa-rupanya itulah saat petaka menghampiri diriku.

Keesokan harinya, hidungku mulai terasa gatal-gatal. Kulit mukaku pula mengelupas. Aku tersentak, namun cuba menenangkan diriku. Mungkin alahan cuaca sejuk di pusat peranginan tempohari barangkali.

i

Namun makin hari makin teruk alahan dimukaku ini. Hidungku paling teruk diserang alahan tersebut. Sudah berbagai-bagai ubat aku telan, termasuk air jampi bomoh handalan kampungku.

Namun kesemua itu bukannya menjadi semakin baik, tetapi lagi teruk.

Aku putus harap…

Kalaulah aku tau mereka yang menggomol aku tempohari itu membawa satu virus penyakit yang berbahaya, sumpah aku akan jauhkan diri dari mereka.

Huhu aku terasa hiba…

i

i

i

i

i

i

i

i

i

i

i

Akhirnya doktor pakar mengesahkan tisu kulit hidungku mengalami sindrom pengecutan sel.

i

Nah anda lihatlah keadaan hidungku sekarang.

Bandingkan rupa hidungku yang asal dahulu dengan rupaku sekarang ini. Makin tajam kannnn???

i

i

Namun aku tetap bersyukur. Dalam sakit ada rahmatnya.

Peristiwa tersebut membuatkan aku insaf dan bertekad untuk berubah menjadi seorang muslimah sejati.

Dengan penampilan terkini, aku terasa semakin jelita sekarang. Malah terasa seolah-olah aku berdarah campuran. Setengah darah minang dan setengah lagi darah hindustan.

Terima kasih ALlah.

Sekian terima kasih…

Yang benar

Mrs. X

(bukan nama sebenar)

i

* Kisah di atas adalah hasil imiginasi melampau penulis, dan tidak berniat untuk menghina kejadian ALlah. Hanya tujuan membongkar sifat pura-pura manusia bernama pemimpin yang berdegar² menyatakan keindahan Islam apabila tiba musimnya

i