Ku Li masuk PAS???

March 4, 2010

i

“Beliau bukan sahaja mempunyai masalah disiplin, malah juga mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan beberapa projek ternakan lembu dan kambing yang diusahakanya banyak terbengkalai,” – Ketua Cabang PKR Bagan Serai Md Nasib Rahim

i

Haha… dah macam skema jawapan UPSR lak. Asal ada yang lompat parti, mst kata ada masalah kewangan?

Cuba-cuba la ushar masalah dalaman parti sama yop. Xkan la suma orang PKR nih kelapaq duit? Bukan aku cakap la. Tapi dah kome yang asyik ulang benda tu…

Cuma yang aku nak cadang kat pepuak Ahli Parlimen PKR… Opppppsssss silap, Pakatan Rakyat nih, kalau hangpa nak lagi banyak masyuk, hangpa tunggu list terakhir nak genapkan majoriti 2/3 Be eNd tu. So sapa yang dapat genapkan majoriti tuh, aku rasa dia la yang dapat ghanimah paling banyak.

So mungkin Zul Kulim tunggu list terakhir tu…Hik hik…

i

Hip-hop v/s Flip-flop

March 4, 2010

i

“Mengikut Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, Tuanku Sultan (Pahang) mempunyai kuasa mutlak untuk memberi pengampunan walaupun dia (Kartika Sari Dewi) tidak minta diampunkan (atau membuat rayuan),” – Malaysiakini

i

Penin aku pasai Kartika nih. Nak sebat ke xnak nih???

Dah kawan tu kata sanggup, kenapa pulak ada pihak yang beriya-iya mahu melihat hukuman sebat ke atasnya dibatalkan?

Adakah ianya akan memberi kelebihan psikologi kepadanya?

Sedangkan kalaulah mereka begitu mengambil berat akan nasib beliau, sudah seharusnya rancangan membatalkan hukuman tersebut diberitahu terlabih awal, bukannya  setelah dia bercerai.

Takda makna sekiranya hukuman tersebut dibatalkan sedangkan dia sudahpun bercerai?

Bercerai bukan benda kecik? Walaupun ianya halal, tapi Islam x galakkan.

Kira beno le depa ni nak bantu, dah tentu perkahwinan dia ngan suami tercinta tu boleh diselamatkan. Idaklah dia menjanda, anaknya kehilangan kasih sayang seorang ayah.

Lagipun bukan hanya Kartika sahaja yang disebat. Sudahpun terdapat 3 kes sebatan terhadap pesalah wanita kebelakangan ini. Jadi apa masalahnya untuk dia menerima hukuman tersebut?

Justeru aku harap pihak istana dapatlah memainkan peranan untuk meninggikan martabat Islam terutamanya berkaitan hukuman syari’ah ini, bukannya menjadi tangan ghaib merendahkannya.

Andai pihak istana masuk campur juga membatalkan hukuman tersebut, sudah pastilah geng Sisters In Islam dan yang sewaktu dengannya itu bersorak gembira meraikan kejayaan apa yang mereka perjuangkan selama ini.

Dah tu nanti jangan lak marah kalau orang duk perlekeh hukuman syariah ni. Salahnya berpunca dari kome jugak.

i