Be eNd terus kukuh…

March 7, 2010

Setiausaha akhbarnya, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa perdana menteri tidak akan merasmikan AGM parti itu yang akan berlangsung di ibupejabat MCA di ibunegara Ahad ini –  Malaysiakini

i

“Saya sedih (dengan ketidakhadiran ini) kerana selepas semua persiapan, kita gagal bermesyuarat yang merupakan gelanggang terbaik bagi delegasi membincangkan perkara penting yang melanda negara.”

Mah yang tiba pada jam 10 pagi bersama timbalan setiausaha agung, Loh Chew June cuba menyelamatkan AGM itu dengan mengumpulkan perwakilan tetapi hanya berjaya mendapatkan 87 orang – Malaysiakini

i

Terdahulu, speaker mesyuarat itu, Ooi Siew Kim mengumumkan AGM ditangguhkan dan keluar dari Dewan San Choon lima minit selepas mesyuarat bermula kira-kira 9 pagi.

Beliau memberitahu para perwakilan yang beliau telah menerima surat arahan daripada Chew tengah malam semalam supaya menangguhkan AGM – Malaysiakini

Perkembangan dunia politik Malaysia bertambah rancak dan menarik mutakhir ini. Di kala gabungan parti dalam Pakatan Rakyat dilihat seolah-olah ‘retak menanti belah’, parti komponen Be End pula dilihat semakin berjaya mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka.

Terkini, parti MCA yang sebelum ini dikatakan bergolak telah berjaya mencari jalan penyelesaiannya apabila satu AGM akan diadakan hujung minggu ini. Siang tadi juga telah berlangsungnya AGM bagi sayap Pemuda dan Wanitanya. Dikhabarkan kehadiran perwakilan adalah yang paling menakjubkan dalam sejarah penubuhan parti itu.

Sebelum ini, parti Gerakan juga dilihat begitu bermurah hati apabila ‘bersetuju’ menyerahkan kerusi tradisi selaku Pengerusi Be eNd kawasan Parlimen Batu kepada ‘abang besarnya’ iaitu parti UMno. Maka secara tidak langsung ianya akan menyaksikan kepulangan semula kuasa memerintah dari kalangan Melayu UMno dikawasan tersebut. Setelah sekian lama memperjuangkan nasib Melayu dibumi sendiri, akhirnya UMno dianugerahkan kejayaan yang paling berprestij bersempena kejayaan mengembalikan kuasa memerintah kawasan parlimen tersebut setelah sekian lama dikuasai kaum minoriti Tionghua.

Dan sekiranya berita itu benar-benar menjadi kenyataan, sudah tentulah individu yang paling gembira tidak lain tidak bukan Sahibus Samahah Al-Fadhil Datuk Seri Mufti Perak. Aku yakin prestasi cemerlang Sahibus Samahah Al-Mufti ini akan dibalas sekurang-kurangnya menjadikan dia sebagai Menteri Mentor Najib 1 Malaysia, itupun jika kejayaannya menjadikan Zambery Kadeeer sebagai mamak tunggangan tatkala menjadi mastermind dalam percaturan penubuhan campuran antara PAS dan UMno di Perak selesai sahaja PRU-12 tidak lama dahulu diambil kira.

Bagai sudah terang lagi bersuluh, Najib bakal mengulangi sejarah kejayaan penuh gemilang yang dicatatkan di bawah kepimpinan Tun AbduLLah Badawi sebelum ini yang berjaya mencatatkan rekod kemenangan paling besar buat parti Be eNd. Ditambah sokongan jitu parti kedua terbesar, parti MCA dan Gerakan, ianya dianggap bakal memberikan satu lonjakan undi paling dasyhat dari kalangan pengundi Tionghua buat parti Be eNd pada PRU ke-13 nanti. Sama-sama kita tunggu detik menarik itu.

Yang pasti, agenda 1 Malaysia Najib sedang menampakkan hasilnya. Agak anda bagaimana???

i

One Response to “Be eNd terus kukuh…”

  1. MyTJ Says:

    This is the most explosive news that I ever heard since the last general election. It is more BOOM than the C4 that exploded the whole body of the beloved Mongolian lady. BN terus kukuh untuk meletakkan BN sebagai sebuah parti yang akan mengambil langkah be end pada PEMILU 13. Semoga BN tidak akan terlalu pilu di dalam PEMILU 13 nanti. Be End to Be Ending soon….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: