Ziarah 090310

March 9, 2010

ust. Misbah yang sudi mencemar mata melihat keadaaan lutut Zairul

i

AlhamduliLLah pagi tadi aku berjaya menyelit untuk turut serta dalam rombongan staf pejabat Badan Perhubungan PAS Perak menziarahi saudara Zairul Azrun Zainal Abidin yang sedang terlantar di Hospital Pantai Puteri, Ipoh. Beliau merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun. Rombongan yang diketuai oleh Ust. Misbahul Munir selaku setiausaha BPPN Perak. Turut bersama dalam kunjungan tersebut ialah penolong s/u BPPN Perak, Ismad Shahril dan Khalilul Rahman, SUK.

Sewaktu berkesempatan berbual dengannya dalam pertemuan tersebut, doktor yang merawatnya telah mengesahkan yang beliau hanya mengidap sakit Gout diulang Gout, bukannya sindrom MLM HiGoat yang agak kecoh diperkatakan sebelum ini. Sakit yang telah agak lama dialaminya ini menjadi semakin teruk dua-tiga minggu kebelakangan ini sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk merujuk ke doktor pakar akibat tidak sanggup lagi menanggung kesakitan tersebut. Akibatnya, beliau terpaksa merengkok didalam kesejukan bilik berekon kelas pertama (aku main agak jek nih) wad hospital tersebut yang sudahpun memasuki hari ke-4.

Berkebetulan ketika sedang ditahan diwad, beliau masih dalam tempoh perbicaraan kes bersama Tn. Hj. Muhammad Sabu di Nibong Tebal. Namun apakan daya, beliau terpaksa menguzurkan diri bagi menghadiri perbicaraan tersebut. Apapun diharapkan beliau akan kembali sembuh bagi kembali berhadapan dengan musuh paling jahat di dunia ketika ini iaitu UMno yang sekarang ini telah diperkuatkan dengan kahadiran seorang pemain import dari Kg. Melayu ber‘title’ al-mufta.

Ziarah yang berlangsung selama hampir 45 minit itu memberikan satu perkhabaran gembira buat DPPN Perak dan DPPK Tambun khususnya apabila sdr. Zairul diisytiharkan akan kembali beraksi dalam kancah politik negeri Perak dalam tempoh terdekat ini. Awas UMno, beruang (baca berWANG) Pemuda PAS sudah kembali !!!

Al-fatihah buat beliau…

i

Gelojohnya diaaaaaa…

March 9, 2010

“Jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang belum mencecah setahun tetapi berjaya membawa pembaharuan dan perubahan, ternyata pembangkang yang usia pentadbirannya sudah dua tahun memang tidak menampakkan kesan ketara,” katanya selepas majlis pelan-caran 1 Komuniti 1 Koperasi di Kampung Paya Jaras Hilir, di sini semalam – BHarian Online

i

Nak ngampu pun agak-agakla. Nak compare sorang pemimpin yang punyai segala hasil mahsul 14 negeri dengan sorang pemimpin lagi yang hanya mempunyai kemampuan kewangan sebuah negeri. Umpama bila berlawan gaduh seorang berlawan dengan 14 orang? Kecuali seorang itu mempunyai kekuatan luar biasa bak hero melayu si Badang, sudah pastinya sifir mudah itu kita ketahui jawapannya segera. Xkanlah seorang yang memegang portfolio menjaga bahagian pendidikan yang terdiri dari kalangan cerdik pandai pun tidak boleh menilai perbandingan x masuk akal seperti itu?

Ataupun adakah ianya hanya satu kenyataan yang lahir dengan tujuan ingin merendah²kan keupayaan bosnya sendiri? Adakah logik membuat satu perbandingan membabitakan pencapaian sebuah negara dengan sebuah negeri, terutamanya negeri yang begitu sesak diasak dengan pelbagai sekatan bantuan oleh kerajaan pimpinannya? Kenapa tidak disandarkan kejayaan Najib itu dengan kejayaan sebuah negara yang lain juga? Amerika umpamanya? Bukankah Barrack Obama juga baru sahaja mentadbir, seusia pentadbiran Najib itu?

Xkanlah kejayaan Najib hanya layak dinilai dengan negeri, bukannya negara?Dah la tu, nak bandingakn sebuah parti gabungan yang telahpun memerintah negara selama lebih 50 tahun dengan sebuah kerajaan negeri yang hanya berusia 2 tahun?

Hah… yang nih aku nampak jelas kejayaan Mat Sembab nak malukan Najib. Dah x sabaq ka nak pimpin kerajaan??? Awat gelojoh sangat na???

Malunya warga pendidik yang dapat seorang pemimpin yang cetek akai sepertinya di atas. Hik hik hik

Sambil-sambil tu cubalah faham sket kiasan Sultan Kedah kat Najib & Co.  di sini

i