Ziarah 090310

March 9, 2010

ust. Misbah yang sudi mencemar mata melihat keadaaan lutut Zairul

i

AlhamduliLLah pagi tadi aku berjaya menyelit untuk turut serta dalam rombongan staf pejabat Badan Perhubungan PAS Perak menziarahi saudara Zairul Azrun Zainal Abidin yang sedang terlantar di Hospital Pantai Puteri, Ipoh. Beliau merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun. Rombongan yang diketuai oleh Ust. Misbahul Munir selaku setiausaha BPPN Perak. Turut bersama dalam kunjungan tersebut ialah penolong s/u BPPN Perak, Ismad Shahril dan Khalilul Rahman, SUK.

Sewaktu berkesempatan berbual dengannya dalam pertemuan tersebut, doktor yang merawatnya telah mengesahkan yang beliau hanya mengidap sakit Gout diulang Gout, bukannya sindrom MLM HiGoat yang agak kecoh diperkatakan sebelum ini. Sakit yang telah agak lama dialaminya ini menjadi semakin teruk dua-tiga minggu kebelakangan ini sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk merujuk ke doktor pakar akibat tidak sanggup lagi menanggung kesakitan tersebut. Akibatnya, beliau terpaksa merengkok didalam kesejukan bilik berekon kelas pertama (aku main agak jek nih) wad hospital tersebut yang sudahpun memasuki hari ke-4.

Berkebetulan ketika sedang ditahan diwad, beliau masih dalam tempoh perbicaraan kes bersama Tn. Hj. Muhammad Sabu di Nibong Tebal. Namun apakan daya, beliau terpaksa menguzurkan diri bagi menghadiri perbicaraan tersebut. Apapun diharapkan beliau akan kembali sembuh bagi kembali berhadapan dengan musuh paling jahat di dunia ketika ini iaitu UMno yang sekarang ini telah diperkuatkan dengan kahadiran seorang pemain import dari Kg. Melayu ber‘title’ al-mufta.

Ziarah yang berlangsung selama hampir 45 minit itu memberikan satu perkhabaran gembira buat DPPN Perak dan DPPK Tambun khususnya apabila sdr. Zairul diisytiharkan akan kembali beraksi dalam kancah politik negeri Perak dalam tempoh terdekat ini. Awas UMno, beruang (baca berWANG) Pemuda PAS sudah kembali !!!

Al-fatihah buat beliau…

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: