Sekalung tahniah…
March 15, 2010
…
power beb
i
AlhamduliLLah Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah berjaya mengadakan jambori AMALnya bertempat di Kem Hanifa (kebun Pak Kholil), Gopeng pada sabtu dan ahad yang lepas. Oleh kerana kawasan Ipoh Timor merupakan kawasan yang amat maju, maka tidak kelihatan sebarang anak sungai yang dapat kami gunakan untuk tujuan murni tersebut. Maka satu keputusan diambil untuk meminjam tempat kawasan parlimen bersebelahan, mudah-mudahan kawasan parlimen tersebut jua berpahala hasil dari kerja baik yang kami lakukan ini, isnyaALlah.
Pendaftaran yang bermula seawal jam 2 petang Sabtu tersebut berjalan dengan lancar sehinggakan tapak kawasan jambori tersebut buat pertama kalinya menerima limpahan kereta² mewah, semestinya dimiliki pemuda kawasan yang rata-ratanya kaya raya walaupun tidak pernah mendapat sebarang konsesi balak dari pemerintah sebelum ini. Berbagai aktiviti yang dijalankan bagi memuaskan nafsu para peserta yang mencecah hampir 30 orang itu berusia seawal 12 tahun hingga mencecah 40 tahun itu. Program kali ini juga telah menarik minat 2 anggota AMAL veteran yang menawarkan diri sebagai chef menyediakan keperluan perut kami.
Aktiviti dimulai dengan solat asar berjemaah, sesi ta’aruf sesama peserta, pembahagian kumpulan, menaikkan khemah, solat dan kuliah maghrib, isyak berjemaah, demonstrasi bantuan kecemasan, persembahan nasyid menggunakan alat percussion dari bahan terbuang sebelum xtvt utama iaitu tido. Xtvt disambung awal pagi dimulai qiammullail, solat dan kuliah subuh, senaman dan regangan badan dan permainan paintball bajet. Program berakhir dengan solat zohor berjemaah petang ahad tersebut.
Menurut pengarah program, saudara Fadhil Amran, walaupun dikhabarkan program yang sama turut berlansung di peringkat negeri di Tasik Banding, Gerik, namun ianya terpaksa diteruskan memandangkan kelewatan pemakluman program dari pihak Amal Negeri. Tempahan tempat program juga telahpun dibayar awal, bagi mengelakkan ianya dibatalkan oleh pihak tuan tanah kerana kawasan program tersebut termasuk dalam kategori kawasan ‘panas’ buat para pencinta xtvt ‘outdoor’ setiap minggu.
Justeru seharusnya pihak AMAL negeri memahami akan keperluan pihak DPPK Ipoh Timor melakukan sembah derhaka buat program kali ini, dan sekiranya rekod cemerlang penglibatan Unit AMAL kawasan Ipoh Timor dalam pelbagai program unit AMAL peringkat negeri sebelum² ini diambil kira, maka sudah semestinya pihak AMAL negeri berlapang dada dengan kekhilafan tersebut.
Sehubungan itu, aku menyeru pembaca blog ini yang duduk dalam kawasan Parlimen Ipoh Timor agar bersama-sama kami ataupun menyumbang anak-anak kepada kami supaya kami dapat memanfaatkan tenaga ini untuk kegunaan perjuangan Islam. Akhir kata, salute aku buat pengarah dan timb. pengarah program, saf pimpinan DPPKIT dan buat seluruh peserta yang terbabit menjayakan program kali ini. Mudah-mudahan kerja baik kalian akan diangkat ALlah sebagai amal soleh.
Beramal ikhlas kerana ALlah…
i
p/s-pautan untuk sumber asal di DPPKIT.com
i
Buatla apa pun… hangpa orang besaq
March 15, 2010
…
“Jika dalam apa-apa hasil penerbitan ada disiarkan dengan niat jahat apa-apa berita yang tidak benar, maka pencetak, penerbit, penyunting dan penulis berita itu adalah melakukan suatu kesalahan.
“Dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.” – Malaysiakini
i
Angin x da, ribut xda, tiba-tiba pihak Kementerian Dalam Negeri yang menjadi jurucakap bagi pihak kerajaan UMno BeeNd menyinga marah akibat dari satu berita tersalah lapor(?) wartawan China Press yang mengatakan KPN, Musang Hassan akan meletakkan jawatan.Bagai lembu naik minyak, pihak tersebut mengugut untuk mengambil tindakan terhadap pihak akhbar tersebut hasil dari berita yang tersalah lapor itu.
Amboiiii, camtu skali amik berat pasai etika kewartawanan negara kununnya. Tp tu pun kes bila kena kat hangpa? Kalau kena kat kami Pakatan Rakyat nih, ada hangpa nk menyalak? Jutaan berita yang Utusan Meloya buat, berita Hairan salah lapor, xdak pun kuar apa-apa statement? Napa lak kali ni hangpa menyinga? Pasai brita tu mmg betoi ka yang hangpa menyinga sangat tu?
Aku rasa brita tu mmg betoi la. Aku teringat kes orang yang melepas (buang angin kotor berbau busuk). Orang duk kata dia melepas, yang x lepas msti cool jek. Tapi kalau yg betui² melepas, mst naik angin. Sampai sanggup bersumpah nama ALlah x lepaskan gas beracun tuh. Tu pengalaman aku dulu² la. Mungkin gak leh relatekan ngan kisah KPN nih.
So kalau kat akhbar arus perdana hangpa boleh tutup sebelah mata, kenapa dengan yang ini hangpa x boleh plak? Barulah nampak adil dan keadilan itu nampak ditegakkan. Perghhh ayat.
Aku bukan apa sangat, xnak la nanti rakyat nampak sangat kebaculan hangpa tu. Hangpa jugak yg marah. Dan lagi satu, kalau boleh janganla suburkan budaya ugut yang mengarut tuh. Dah jadi kerajaan semestinya ada sifat timbang rasa dan jiwa yang besar dikalangan pemimpinnya. Jangan pantang silap sikit jek nak ugut. Kalau camtu baik toksah jadi pemimpin. Senang…
i