Perhatian kepada JAIPk
March 19, 2010
…
Tonggang ayor ape tu yopppp???
…
Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) diminta mengambil tindakan berdasarkan laporan bergambar yang tersiar di akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Mac 2010, Jumaat (hari ini). Gambar yang tertera diruangan SENTRAL akhbar berkenaan menunjukkan seorang yang berpangkat CEO di sebuah hospital swasta terkenal di Ipoh, Perak sedang menuang sejenis minuman yang dilihat seolah-olah menyerupai botol minuman keras kedalam susunan cawan sewaktu meraikan lebih 400 orang tetamunya.
Mengikut nama yang tercatat dalam laporan tersebut, individu yang melakukan perbuatan tersebut dipercayai adalah seorang beragama Islam. Sekiranya benar acara yang dilaporkan akhbar berkenaan membabitkan penggunaan minuman keras yang diharamkan itu, pihak JAIPk perlulah bertegas mengambil tindakan tanpa mengambil sikap memilih bulu walaupun pelakunya merupakan orang besar dalam dunia perniagaan kesihatan negara.
Negara sebelum ini pernah digemparkan dengan berita penangkapan seorang model sambilan wanita atas kesalahan meminum arak dikhalayak ramai disebuah kelab hiburan dalam negeri Pahang. Kesnya yang mendapat perhatian dunia kerana buat pertama kali hakim mahkamah syariah telah menjatuhkan hukuman sebatan terhadap pesalah wanita. Namun hukuman itu masih tertangguh akibat campur tangan banyak pihak sehingga mengundang banyak persoalan masyarakat umum samada hukuman tersebut akan diteruskan ataupun dibatalkan dengan kuasa yang ada pada Sultan Pahang, ketua agama bagi orang Islam negeri Pahang walaupun pesalah memilih untuk menerima hukuman.
Apapun aku harapkan adanya penafian dari pihak hospital tersebut selepas ini sekiranya berita yang aku tulis ini tidak benar. Ianya bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tanggap terutama orang seperti aku. Sekian terima kasih.
* pautan gambar dari sumber Ipoh Echo [link]
i
March 23, 2010 at 1:57 pm
Assalamualaikum Chor…..
JAIPk nak ambik tindakan???……. yg maknyah2 kat Jalan Yang Kalsom tu pun deme tak nampak2…….ape lagi yg sekado gambo ateh paper ni chor……… Pengarah JAIPk kene pastikan oghang2 bawah die buat koje…… kang bukan ape…..yg disalahkan nanti Pengarah JAIPk jugakk……kena pulak Pengarah JAIPk penah bertandeng wakey PAS……… ade le puak2 deme ni nanti isu…….
Shahril TM
depan opis mike je Chor!!!
March 26, 2010 at 12:36 am
bapok yang kalsom tu sumber pendapatan negeri yop…
antara aktiviti pelancongan yang mendatangkan pulangan berbilion doler…
ate bila nak join pemuda keme nih?
ajk pemuda kawasan keme nih pn dah meriah ngan aktiviti…
rugi yop…
March 26, 2010 at 3:27 pm
kekekeke…..sumber pendapatan negeri tu…… ni makne KERAjaan PErak skang ni kena bagi penghargaan pade deme2 yg kat sana tuuu….. kalo deme2 tu ade persatuan……EmBI Halam bulih le jadi penaung persatuan……. PERsatuan MakNyah SePerak (PERAMAS) …perghhh….sesuei leee….
dah dekat dah ni chor…… tgu nak bagi kat mike je borang ni…… tapi nak terjumpe dgn mike je chor!….
March 24, 2010 at 4:36 pm
hospital tu memangnya semacam..
Ramadhan lepas pihak hospital tu ada invite company2 swasta untuk bukak puasa di lumut. Ada la wakil syarikat teman yang pegi..tengok2 restorannya bukan org Islam punya..siap penuh payung2 calsberg di depannya..
March 26, 2010 at 12:47 am
hospital jadik semacam bilamana pemegang kuasanya jugak dari kalangan yang semacam dengan agama anutannya…
Adakah sang pengarah hanya diam memeluk tubuh melihatkan aksi yang penuh berani ini?
Bertindaklah segera sebelum ajal menjemput beliau.
July 11, 2011 at 11:42 am
Akta 1 Perlembagaan Malaysia..mcm ni lebih krg bunyi nye “ Agama Islam Adalah Kuasa Tertinggi, tetapi Ketertinggian Perlembagaan Malaysia tidak boleh di cabar oleh mana-mana ungang-undang “ bodoh punya orang yg gubal perlembagaan ni