1 cadangan…

March 31, 2010

6 jahanam berbaju biru seragam biru muda sedang membuat rantaian manusia melindungi Ganeson dari diserang dengan serbuk lada oleh ADUN Jelapang

Cuba lihat gambor terkini dalam sidang DUN Perak yang sedang berlangsung mulai pagi semalam. Gambar di atas aku cilok dari laman Malaysiakini [link]. Kelihatan 6 orang ‘bodyguard’ sedang berkawal menjaga speaker R. Ganesan lagak ‘crook’ 6 Jahanam dari filem P.Ramlee dulukala. Tentulah mulanya aku sangka mamat 6 jahanam tu berkawal sebab risaukan Ganesan tu diserang atau diangkut keluar dewan dengan bangku² yang dia duduk oleh ADUN Pakatan Rakyat nanti.

Tapi aku tepis jejauh tanggapan negatif tu. Mana mungkin ADUN Pakatan Rakyat mahu berkelakuan buruk seperti lanun bertopengkan ADUN Be eNd yang merampas negeri Perak tempohari. So, untuk lebih realistik aku cuba mencari sebab musabab kehadiran mamat 6 jahanam yang diupah mengawal Ganesan tu.

AlhamduliLLah, ALlah masih mengurniakan daya ingatan yg kuat kepada aku supaya persoalan di atas tidak menghantui lena tidurku dimalam hari nanti. Korang ingat lagi x, tika mana pernah seorang ADUN perempuan dari sebatang sungai pada penggal pertama sidang DUN sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak berkata “andai berjumpa seorang India dan seekor ular, hendaklah kita membunuh India itu terlebih dahulu sebelum membunuh ular tersebut”. Makna kurang lebih dari ucapan dia tu la.

Jawapan apasal mamat 6 jahanam tu sibuk bebenor nak cover si Ganesan tu telah kutemui. Dia lebih takutkan Kak Midah upernye. Bukan takut kat ADUN Pakatan Rakyat tuh.Keh keh keh.

Pasnih aku cadang Zambery Kadeer usulkan pindaan peraturan dewan yang baru dengan mensyaratkan setiap ADUN Be eNd dibolehkan membawa masuk maksimum 6 orang pengawal peribadi ke dalam dewan DUN setiap kali persidangan. Aku yakin usul ni boleh diangkat dan diluluskan tanpa bahas. Boleh ka camtu???

i

Besar kemaluan beliau…

March 31, 2010

KOTA BHARU – Pos Malaysia Berhad mengesan sebahagian besar daripada kira-kira 120,000 pelajar yang menyertai Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri yang diadakan baru-baru ini, tidak memahami teknik penulisan surat.

Pengerusi Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya bimbang jika masalah itu berpunca daripada ledakan teknologi siber termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) menyebabkan generasi muda hari ini gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul – KOSMO Online

i

Kah kah kah. Lawak gila. Ini tidak patut. Adakah Pengerusi POS Malaysia ni cuba untuk memalukan Datuk Seri Najib?

Adakah patut dia kata budak yang tulis surat kat Datuk Seri Najib gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul?

Apa maknanya kenyataan beliau itu?

Maknanya budak yang nulis surat kat Datuk Seri Najib tu mungkin dari spesis budak yang tidak cerdik aka budak tercicir pelajaran la kot.

Xkan la budak yang cemerlang gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul kan?

Dari 120,000 penghantar, separuhnya dihantar oleh  budak kurang bijak?

Kah kah kah… Apala malang Datuk Seri Najib dimalukan seperti ini?

Cuma satu yang positif, sekurang-kurangnya ada jugak benda berfaedah yang mampu budak kurang bijak itu buat selain dari berbalas sms ataupun monteng kelas.

Kah kah kah… kesiannnnn dia…

i

p/s – ataupun mungkin kalau diminta semak surat yang di‘reject’ POS Malaysia tu adalah yang bertanyakan soalan² sensitif berkenaan pembunuhan Altantunya ataupun isu tangkap basah di negeri sembilan bersama seorang penyanyi perempuan fofular satu masa dulu? POS Malaysia nampaknya terpaksa keluarkan kenyataan berkenaan isu ini bagi mengelakkan salah tanggap perkara demikian.

i