1 cadangan…
March 31, 2010
…
6 jahanam berbaju biru seragam biru muda sedang membuat rantaian manusia melindungi Ganeson dari diserang dengan serbuk lada oleh ADUN Jelapang
…
Cuba lihat gambor terkini dalam sidang DUN Perak yang sedang berlangsung mulai pagi semalam. Gambar di atas aku cilok dari laman Malaysiakini [link]. Kelihatan 6 orang ‘bodyguard’ sedang berkawal menjaga speaker R. Ganesan lagak ‘crook’ 6 Jahanam dari filem P.Ramlee dulukala. Tentulah mulanya aku sangka mamat 6 jahanam tu berkawal sebab risaukan Ganesan tu diserang atau diangkut keluar dewan dengan bangku² yang dia duduk oleh ADUN Pakatan Rakyat nanti.
Tapi aku tepis jejauh tanggapan negatif tu. Mana mungkin ADUN Pakatan Rakyat mahu berkelakuan buruk seperti lanun bertopengkan ADUN Be eNd yang merampas negeri Perak tempohari. So, untuk lebih realistik aku cuba mencari sebab musabab kehadiran mamat 6 jahanam yang diupah mengawal Ganesan tu.
AlhamduliLLah, ALlah masih mengurniakan daya ingatan yg kuat kepada aku supaya persoalan di atas tidak menghantui lena tidurku dimalam hari nanti. Korang ingat lagi x, tika mana pernah seorang ADUN perempuan dari sebatang sungai pada penggal pertama sidang DUN sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak berkata “andai berjumpa seorang India dan seekor ular, hendaklah kita membunuh India itu terlebih dahulu sebelum membunuh ular tersebut”. Makna kurang lebih dari ucapan dia tu la.
Jawapan apasal mamat 6 jahanam tu sibuk bebenor nak cover si Ganesan tu telah kutemui. Dia lebih takutkan Kak Midah upernye. Bukan takut kat ADUN Pakatan Rakyat tuh.Keh keh keh.
Pasnih aku cadang Zambery Kadeer usulkan pindaan peraturan dewan yang baru dengan mensyaratkan setiap ADUN Be eNd dibolehkan membawa masuk maksimum 6 orang pengawal peribadi ke dalam dewan DUN setiap kali persidangan. Aku yakin usul ni boleh diangkat dan diluluskan tanpa bahas. Boleh ka camtu???
i