I’m Back…
April 28, 2010
…
Keputusan PRK P.094 Hulu Selangor telahpun diketahui umum.
Yang berharap nak dapat majoriti 6 ribu terpempan kebingungan. Harapan terkubur. Senyum terukir menampakkan kelat yang ketara.
Melayau dah sokong, India dah sokong, Cina???
Kenapa Cina masih tidak mahu beralah sedikitpun, sekalipun pelbagai hidangan kemewahan telahpun dijanjikan buat mereka?
Kenapa liat sangat mereka ini?
Bukan sekupang dua yang dijanjikan, malah beratus juta. Apa lagi yang mereka mahukan dari pemerintah?
Ataupun mereka ini telahpun membakar jambatan yang menjadi penghubung dengan pemerintah, sebagaimana jaguh PERKOSA dan geng²nya lakukan lama dulu?
Atau perlukan kerajaan mengkaji semula keistimewaan yang telah diberikan selama ini kepada mereka?
Hanya ada satu jawapan mungkin…
Hanya di Sibu…
Kalau kalah pula di Sibu, nampaknya Soi Lek perlukan lebih daripada Viagra bagi menghidupkan kembali semangat kecintaan kaum Cina kepada sang pemerintah.
Atau MCA dan Gerakan turut berkalih arah bersama-sama Pakatan Rakyat???
Ianya mungkin lebih menarik, seperti mana menariknya pertarungan merebut kejuaraan antara Man U dan Chelsea sekarang ini.
Hehe… 😛
i
Bercuti…
April 14, 2010
…
i
Aku dah fedup ngan Be eNd…
Aku dah fedup ngan Hishamsiah aww…
Aku dah fedup ngan Musang Hasang…
Aku dah fedup ngan Barrack Obama pasai g tunggu Najib…
Aku dah fedup ngan APco…
i
i
So aku nak amik peluang dari kefedupan aku tu untuk bercuti dari memblog…
Tempoh percutian jangan tanya aku…
Mungkin seminggu, sebulan, setahun… ataupun hanya sepetang barangkali…
Yang penting namanya cuti…
Apapun selamat bercuti buat aku…
i
Mutiara kata…
April 12, 2010
…
Berkata Imam Syafie r.a :
“Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin, apabila kamu menjadi pemimpin maka tiada ruang untukmu menuntut ilmu”
Wahai saudaraku! Dikau tidak akan dapat menguasai sesuatu ilmu melainkan setelah terhimpun padamu enam perkara :
- Kecerdikan
- Tamakkan Ilmu
- Kesungguhan
- Perbelanjaan
- Bimbingan Guru
- Masa yang panjang
i
Mesyuarat…
April 12, 2010
…
Mesyuarat oo mesyuarat.
AlhamduliLLah semalam dh setel satu masalah tahunan paling besar melanda setiap ahli iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan.
Mana x nye, nak suh datang setahun sekali pun punya la payah. Xkan nak berangkut cam parti APco tu? Letih giler…
Ntah bile la zamannya nak dapat kehadiran mesyuarat agung nih macam hadirnya makmum time solat Juma’at tu.
Walau hadir semata-mata untuk melelapkan mata tika tok khatib ‘BACA’ khutbah, itu sudah memadai bagi aku. Dari melangung kat umah x buat apa. Haduiyaaai.
Aku lum berkesempatan nak tanya pimpinan PAS Kelantan or Terengganu samada masalah yang sama berlaku zaman diorg lum menang dulu? Kalau sama sah la ianya masalah global, bukannya glokal. Haha
Apapun tahniah, dengan isu yang panas sesuai dengan suasana markaz yang memang membahang panasnya. Para ajk dan perwakilan nampaknya masih mampu untuk terus menanti sampai saat akhir program, walaupun dah ada yang berkopah kepanasan. Tahniah n gracias 4 ur all. ALlah dah siapkan ganjaran yang besar atas sikap mulia kalian, insyaALlah aku yakin. Tu pun kalau x merungut² laaaa…
Cuma aku harap tahun depan pihak ajk program boleh memikirkan untuk mengubah ‘venue’ ke satu tempat yang lebih selesa, dihotel contohnya. Bukan mahu bermegah², tapi aku rasa penumpuan perwakilan terhadap isi mesyuarat agung adalah lebih penting dari hingar bingar akibat kepanasan bersesak dalam markaz tu. Alaaaa sekali dalam setahun.
Walaupun ada hujahan yang berpendapat inilah saat dan ketikanya memperkenalkan markaz kepada perwakilan ataupun pemerhati cawangan yang termasuk sebahagian darinya agak culas untuk hadir keprogram yang selalu diadakan di situ, namun pada pendapat aku hujahan tersebut agak klise.
Layanlah perwakilan dengan keselesaan. Sewaan bilik seminar di hotel pun pada aku tidaklah semahal dahulu, juga tidaklah dilihat ekslusif mana. Ianya demi keselesaaan ahli. Apa guna Ydp mahupun perasmi memberikan ucapan yang bagus dan bernilai, andai ianya terhalang dek gangguan kepanasan yang membahang dalam markaz tersebut.
Justeru harapan untuk melihat peserta mesyuarat mendapatkan keselesaan pada masa² akan datang akan aku perjuangkan selepas daripada ini. Kalau bukan aku yang merasanya, insyaALlah mudah²an mereka yang selepas aku dapat merasainya.
Tahniah buat semua yang berjaya menjalankan amanah semalam, takziah buat yang gagal. Mungkin sekarang anda boleh bergelak ketawa membebaskan diri dengan amanah jemaah ini, tapi jangan ingat anda akan terlepas dari pertanyaan ALlah di yaumul masyhar nanti. WALlahua’lam…
i
Santai pagi…
April 12, 2010
i
i
Apa sebab MeLAYU maleh???
April 10, 2010
…
... Selama lebih 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruksi cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga – seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu berfikir dan bergerak – Malaysiakini
i
Terpanas di ‘pasaran’… TOK GURU pun minat MU
April 6, 2010
…
Ni ghupenye logo team terpanas di pasaran tu era 50an dulu. Idak le teman tauuu
…
Jangan x caya, satu filem mengisahkan tok-tok guru pondok akan difilemkan. Aku petik sedikit sinopsis dari ‘storyline’ yang telah dilakarkan oleh penulis filem tersebut, saudara Zabidi Mohamed kalau x silap aku la…
i
Satu hari seorang lelaki Mr Richard (55th) berbangsa inggeris yang Pengetua Victoria Institution (VI) di Kuala Lumpur yang kebetulan tersesat di pondok TOK GURU ternampak Anuar, Umar dan beberapa pelajar pondok sedang bermain bola. Umar secara tidak sengaja tertendang bola tepat ke muka Mr Richard. Mr Richard terjatuh dan rasa terhina dengan kejadian itu. Mr Richard yang bongkak dan sombong kemudian mencabar anak-anak murid TOK GURU untuk berlawan bolasepak dengan pelajar VInya. Mr Richard sanggup membawa pasukan bola sepak VInya ke Kelantan jika tok guru bersetuju. Pasukan bolasepak VI ketika itu adalah die hard fan kepada pasukan Manchester United di England.
i
Apapun teman musykil jugak, kenapa harus dikaitkan pasukan Manchester United dalam citer nih? Kenapa x pilih team Chelsial ke? Liver FOOL ke? Kenapa harus MU? Hebat sangatka MU zaman tu?
Yang teman bertambah pelik dari dulu sampai ke la ni apsal bila dema nak bandingkan team yang hebat, mesti dia letak MU. Ingatkan zaman ni ja MU nih dijaja orang hebat, tapi zaman dulu pn sama. Malangnya teman yang ber’team’kan pasukan nih. Teman ingatkan Najib 1 Malaysia tu jek yang sokong team MU ni, upernyer Tok² Guru Pondok pun minat sama. Apa la malang team lain cam Chelsial tuh, sbgai contoh. Kecik le hati deme kot.
Teman bukannya apa? Teman dah anggap diri aku nih penyokong tegar MU. Nanti apa lak dikata penyokong Chelsial kalau tau feberet teman tu pernah menentang pasukan pondok Tok² Guru tuh? Idakke deme nanti kata teman ni anti Tok Guru?
Iskk bala balaaa. Mintak simpang la yop. Teman sokong jek team tu. Idak le amik kisah zaman silamnya. Kalau teman tau team teman tu pernah berlawan ngan team Tok² Guru Pondok, tobat lahum idakle teman sior nak nyokong team tu. Baik le teman sokong team Chelsial, team kawan baik teman tuh. Walaupun keberangkalian waktu tu team Chelsial tu duduk dalam Divisyen 4.
Mintak maap tok guru, ambo sembah derhako…
Kisah selanjutnya boleh dicapai di blog Zabidi Mohamed [link]
i
p/s – harap-harap puak² penyokong tegar team Chelsial idakla sampai nak buat demo antor memorandum kat Tok Guru mintak tukarkan team yang berlawan ngan budak pondok tu. Bukan apa. takut basi filem tu nanti jadi cam filem PASIR SALAK tu.
Lagi satu teman pun harap nama DUN Manek Urai (MU) tu bukan terhasil dari minat yang mendalam Tok² Guru Pondok tu dengan Manchester United 😀
i
Pesta tonggang todi…
April 5, 2010
…
…
Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:
“Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak: yang memerasnya (memerahnya), yang minta diperaskannya, yang meminum, yang membawa, yang minta dihantari, yang menuangkannya, yang menjual, yang makan harganya, yang membeli dan yang meminta dibeli.”
Jelas, apa sahaja perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram dan dilaknat oleh Allah s.w.t. oleh itu, adakah kita masih mahu ‘bertarik tali’ dengan hukum pengharaman arak?
Kenapa pihak penganjur Litar Sakhir, Bahrain boleh menukar hadiah iringan juara F1 ini dari arak kepada jus buah, tetapi tidak di Malaysia?
Ini menunjukkan pihak FIA badan induk yang mengawal aktivit sukan F1 itu sendiri tidak menentang apa yang dilaksanakan oleh pihak penganjur tersebut?
Lantas atas alasan apa lagikah pihak kerajaan Malaysia akan berikan selepas ini?
Adakah 12 tahun penganjurannya dinegara ini tidak cukup bagi menukar polisi penganjuran sukan permotoran termahal dunia ini?
Justeru aku bersama pencinta sukan tanahair mengharapkan akan ada berita baik dari pihak penganjuran mahupun pihak kerajaan, selepas daripada peralihan tempat sambutan Hari Pahlawan Negara yang tidak lagi diadakan dihadapan Tugu Negara, tokong terbesar negara ini.
i
Wajah Ahli Parlimen anda…
April 5, 2010
…
terbaik dari ladang…
i